Halaman

Ahad, 16 Disember 2018

Trend lompat parti menganggu kestabilan politik

Ramainya pemimpin BN kini dilihat meninggalkan parti dan mahu lompat ke parti kerajaan terutamanya dari parti UMNO ke parti PPBM (Bersatu) dilihat sebagai suatu trend yang membimbangkan, bukan sahaja kepada parti pembangkang itu sendiri malah kepada iklim politik keseluruhannya.

Parti kerajaan sepatutnya menasihatkan pemimpin parti pembangkang selesaikan masalah dalaman mereka dan membaik pulih semula parti mereka, bukan menerima pemimpin pembangkang lompat masuk parti mereka.

Nak biar parti pembangkang hancur lingkup terlungkup terus ke macam mana?

Berita dari Mstar.

Kita tak perlu kerajaan yang terlalu kuat dan pembangkang yang lemah kerana ia akan mengganggu keseimbangan dan kestabilan politik dalam negara kita.

Kita perlukan pembangkang yang kuat sebagai check and balance dan menjadi wakil kepada suara rakyat yang tidak didengari kerajaan.

Kalau kerajaan terlalu kuat dan pembangkang pula terlalu lemah, kerajaan boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk perkara yang tidak menguntungkan rakyat.

Pembangkang yang lemah pula tidak mampu nak bersuara mempertahan dan memperjuangkan isu-isu berbangkit berkaitan rakyat.

Contohnya isu berkaitan ICERD tempoh hari. Ramai rakyat terutama orang Melayu bersatu membantah kerajaan yang pada mulanya ada ura-ura untuk melaksanakannya sehingga tercetusnya perhimpunan beramai-ramai. Maka parti pembangkanglah yang sepatutnya mengambil peluang ini untuk memperjuangkan isu yang bertentangan dengan kerajaan.



Ini orang Melayu nampak macam sudah makin bersatu, tapi pimpinan kat atas semakin berpecah belah. Tatkala yang bawah bersatu padu, yang kat atas hancur lebur. Kalau macam ni memang rakyat hilang lah tempat berpaut untuk membangkang kerajaan.

Aku harap parti kerajaan hari ini, janganlah terima lagi pemimpin dan ahli-ahli dari parti pembangkang. Dan parti pembangkang pula, kau orang buat lah apa pun untuk baiki dan kuatkan parti korang semula demi untuk rakyat juga.

Pemimpin pembangkang kena ingat, kau tinggalkan parti bukan bermakna kau tinggalkan parti kau sahaja, tetapi kau dah tinggalkan para penyokong dan pengundi yang dah memberi kepercayaan mereka pada kau untuk mewakili perjuangan dan suara mereka.

Kalau ada masalah, baiki masalah tu, bukan lari dari masalah dan tinggalkan penyokong kau terkontang kanting. Biarlah di pihak yang kalah, asal tidak mengkhianati kepercayaan orang yang telah mengundi anda.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: pemimpin ahli politik parti umno bn keluar lompat masuk ph pakatan harapan ppbm bersatu tun mahathir adun parlimen mp kerajaan pembangkang

4 ulasan:

  1. politik cari makan. bila x de projek n takut rahsia terbongkar maka mrka terus melompat ke dahan yg kuat. Itu pemimpin kebendaan semata2. sila meninggal dlm PRU15 nanti.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. bisjut pala bapak kau lahanat!

      Padam
    2. Bisjut kepala bapa ko. Hanat

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.