Halaman

Rabu, 6 Februari 2019

Rahsia menjadi usahawan berjaya di usia muda

Sekarang ini ramai orang mahu jadi usahawan atau ahli perniagaan. Ada yang menceburi bidang perniagaan kerana minat, ada yang kerana terpaksa, ada yang kerana tidak dapat kerja dan sebagainya. Ada ahli perniagaan yang merendah diri, ada juga ahli perniagaan yang memandangan rendah pada orang yang kerja makan gaji. Namun nak menjadi ahli perniagaan bukanlah suatu yang mudah lebih-lebih lagi di usia yang muda.

Jadi bagaimanakah apabila ada usahawan muda yang telah berjaya klaim dirinya bermula dari bawah? Apakah sebenarnya rahsia menjadi ahli perniagaan yang berjaya di usia yang muda?


Sembang usahawan...

1. Menjadi usahawan dan ahli perniagaan itu bagus. Begitu juga dengan kerja makan gaji.

2. Taraf ahli perniagaan bukanlah lebih tinggi dari orang yang makan gaji, begitu juga sebaliknya.

3. Ahli perniagaan berniaga untuk mencari rezeki, begitu juga orang yang kerja makan gaji.

4. Ahli perniagaan dan orang makan gaji saling memerlukan. Peniaga perlu gajikan pekerja untuk menjalankan perniagaannya. Orang makan gaji juga perlukan majikan untuk bekerja.

5. Kalau semua orang nak jadi ahli perniagaan, siapa yang nak kerja makan gaji? Kalau semua orang nak kerja makan gaji, siapa nak jadi peniaga?

6. Ahli perniagaan tidak boleh memperlekeh orang yang makan gaji kerana pendapatan mereka pun diperolehi hasil pembelian oleh orang yang makan gaji atau peniaga yang lain.

7. Nak jadi usahawan dan menempa kejayaan sehingga boleh mendapat pulangan ribuan jutaan ringgit dalam usia yang muda bukanlah mudah, lebih-lebih lagi untuk orang muda yang umurnya lingkungan 18 - 30 tahun. Ia memerlukan semangat, kesungguhan, keazaman, termasuk juga ilmu, rangkaian, dan yang paling utama, duit untuk dijadikan modal perniagaan.

8. Dan nak mencari ilmu bisnes, membina rangkaian, mengumpul duit untuk dijadikan modal permulaan dan pusingan perniagaan ini pula bukanlah suatu yang mudah dan mengambil masa yang sangat lama.

9. Sebab itu bila ada orang klaim dia berjaya membina empayar perniagaan sehingga memperoleh jutaan ringgit di usia yang muda dari kosong, aku yakin dia sebenarnya bukanlah bermula dari kosong atau mula sebagai peniaga kecil-kecilan, sebaliknya di belakangnya pasti ada orang yang menyokongnya dari segi ilmu, rangkaian dan juga kewangan.

10. Ya, macamlah orang lain tak tahu. Kau nak sembang dengan siapa, kita ni bukannya budak-budak. Zaman Internet ni semua benda di hujung jari. Cari je di Google dah boleh dapat berlambak-lambak maklumat maklumat pasal diri seseorang. Kadang-kadang tak perlu Google, dia sendiri yang beritahu latar belakang diri di akaun media sosialnya.

11. Orang muda yang ibu bapanya berduit sudah pasti akan memulakan perniagaannya dengan bantuan kewangan dari ibu bapanya atau mewarisi terus perniagaan ibu bapanya. Orang muda yang mudah meluaskan rangkaian perniagaannya sudah pasti ada hubungan baik dan perkaitan dengan ahli politik. Orang muda yang sangat bijak menyusun strategi perniagaan sudah pasti ada mentor yang membimbing dan memberi tunjuk ajar.

12. Selain dari itu mungkin dia seorang usahawan selebriti popular yang sudah mempunyai ramai peminat, scammer MLM atau ada memperoleh pendapatan sampingan yang banyak seperti bermain forex, jadi pakar jual air liur dan sebagainya.

13. Bukannya tiada langsung usahawan yang membina kekayaan di usia muda yang betul-betul bermula dari bawah dengan modal yang kecil, tapi bilangannya sangat sedikit. Kalau tidak dah tentu berlambak-lambak orang jadi jutawan di usia yang muda.

14. Tengok sahaja tokoh-tokoh ahli perniagaan yang besar terutama di Malaysia. Biasanya mereka sama ada mewarisi perniagaan keluarga yang sudah sememangnya besar, atau mencipta kekayaan melalui pengaruh dan perkaitan politik.

15. Tak payah tengok Bill Gates, Mark Zuckernberg atau Jack Ma. Pertama mereka bukan orang Malaysia, dan keduanya bilangan orang yang boleh jadi seperti mereka bukan ramai pun, mungkin 1 dalam 10 juta orang.

16. Rahsia kejayaan setiap orang itu juga tidak sama. Orang yang berjaya dengan suatu cara itu, cara yang sama belum tentu berkesan pada orang lain. Kalaulah teknik kejayaan itu sama, dah tentu lahir lebih ramai Robert Kuok, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Ananda Krishnan, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Dato' Aliff Syukri dan sebagainya.

17. Kesimpulannya, buatlah kerja apa pun janji halal. Berniagalah apa pun janji ada pendapatan untuk menampung keluarga. Sikit atau banyak, rezeki masing-masing. Nak dapat lebih, tambah ilmu, buat kawan dan gandakan usaha.

19. Bila dah ada di atas pula, jangan sesekali meninggi diri. Jadilah orang yang merendah diri dan sentiasa menyebarkan manfaat pada orang lain.

20. Benda kat dunia ni, bukannya milik kita sepenuhnya pun. Sama ada harta dan pangkat kita kena tarik dulu, atau nyawa kita yang kena tarik dulu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: rahsia usahawan ahli perniagaan businessman usia orang anak muda jual produk ahli politik review program kroni

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.