2. Walaupun kita banyak perbezaan, ada ego masing-masing, selalu bergaduh sampai tahap macam boleh putus saudara, tapi sebenarnya kita ini baik, dan saling memerlukan antara satu sama lain.
3. Ada banjir di Kelantan, satu Malaysia turun bantu. Ada pencerobohan di Sabah, satu Malaysia turun bantu. Ada pencemaran di Johor, satu Malaysia turun bantu. Ada orang hilang di Perak, satu Malaysia turun bantu.
4. Kalau tak bantu dengan tenaga fizikal pun, pasti akan menghulurkan sumbangan wang ringgit dan barang kelengkapan harian serta doa. Perbezaan negeri semua letak ketepi, yang penting masalah dapat selesai.
5. Kita ni dia punya baik, kalau berlaku bencana di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia pun, anggota penyelamat kita sanggup turun hulurkan bantuan. Jangankan negara jiran, sejauh-jauh Palestin dan Syria pun kita bantu.
6. Malah tular je cerita orang sakit kronik atau orang susah di media sosial, berduyun-duyun orang hulurkan sumbangan tanpa mengenal perbezaan.
7. Orang Melayu nak buka bisnes, ambil barang dari pemborong cina. Nak potong rambut, pergi juga kedai gunting India. Bila ada masalah, minta bantuan dari polis Melayu.
8. Orang masuk wad kecemasan kat hospital jumpa doktor Melayu ke Cina ke India ke, dia tak peduli pesakit bangsa apa, agama apa, jantina apa, dari negeri mana, janji pesakit selamat.
9. Bila musim perayaan, semua orang tak kira agama apa dapat cuti. Masa hari raya Aidilfitri orang Islam cuti lama, orang bukan Islam cover kerja. Masa Tahun Baru Cina orang Cina cuti lama, orang bukan Cina cover kerja. Masa hari Deepavali orang India cuti lama, orang selain India jaga pejabat.
10. Pekerja kaunter lelaki bila pergi solat Jumaat, orang perempuan tolong jaga kaunter. Orang perempuan bila cuti bersalin, orang lelaki cover kerja.
11. Orang yang jadi bos tetap perlukan pekerja untuk menjalankan tugas tertentu. Pekerja pula tetap perlukan bos dan majikan untuk mengurus dan bayar gaji mereka.
12. Orang yang berniaga tetap perlukan pelanggan untuk beli barang mereka. Pelanggan pula tetap perlukan peniaga untuk dapatkan sesuatu barang.
13. Bila tak tahu kita jumpa cikgu. Bila sakit kita jumpa doktor. Bila kereta rosak kita jumpa mekanik. Bila ada pencuri kita jumpa polis. Bila jumpa ular kita panggil bomba. Bila nak kirim barang posmen hantarkan untuk kita. Bila mati orang bawa kita jumpa tok imam, pengurus jenazah, tukang mandi mayat, penggali kubur.
14. Rakyat perlukan pemimpin untuk mentadbir dan memayungi mereka. Pemimpin pula perlukan rakyat untuk memajukan negara dan memastikan perjalanan negara lancar. Siapalah pemimpin tanpa rakyat. Tanpa pemimpin dimanalah tempat untuk rakyat berpaut.
15. Dunia ini bukan milik kita seorang sahaja. Mungkin kita rasa macam kita boleh hidup sendiri tanpa orang lain, atau rasa diri kita lebih atas daripada orang lain, hakikatnya kita tetap memerlukan antara satu sama lain.
16. Itulah uniknya kita rakyat Malaysia. Kau jaga aku, aku jaga kau. Kau hormat aku, aku hormat kau. Jadi kita sama-samalah saling menjaga antara satu sama lain. Benda boleh kawan, buat apa sombong.
* Nah meme merapu benda boleh gaduh buat apa bincang.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: benda boleh gaduh buat apa bincang meme mathma gandhi kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain
Sesiapa pun sentiasa saling memerlukan satu dengan yang lain.
BalasPadamno 10 tu mana ada... org gi solat jumaat , yg perempuan pun nak rehat 1230-230pm jg
BalasPadamNi untuk kerja shift yang takde rehat tengahari macam jaga kaunter, juruwang dan yang sewaktu dengannya.
Padamsabo jela gune gambo Mahatma Gandhi
BalasPadamwow..aktif lagi blog ni...dulu selalu singgah sini untuk dapatkan info santai..tadi baca posting "dilema penjawat awam" tahun 2014, apa jadi dgn kawan tu? nampaknya saya dah masuk dalam situasi yang sama..rasa down betul..huhu
BalasPadamArtikel yang ni kan? - "Dilema seorang penjawat awam"
PadamYa dia masih menjalani kehidupan macam biasa. Masih lagi keje gomen, kerja pun just go with the flow, 2 tahun lepas baru naik satu gred lepas 8 tahun kerja.
Ya betul. artikel yang itu. dia pun memilih untuk go with the flow macam yang saya selalu jumpa.
Padamsaya sebelum kerja gomen pun ada pengalaman beberapa tahun di swasta tapi bukanlah jenis high performing individual. sekarang ni betul2 rasa dalam situasi sama macam yg diceritakan.
I cant think straight, perlu teruskan atau rebuild career in private sector. huhu...
kalau dah lama kerja di gomen, pada pandangan saya baik teruskan sahaja. nak rebuild career lebih2 lagi bagi orang yang dari sektor awam nak lompat balik ke sektor swasta agak susah. persaingan sangat tinggi dah hebat. nak masuk gomen pula bukannya mudah. kalau dah keluar gomen lepas tu nak apply balik dah tak boleh.
Padamlagipun bila dah cecah usia 30++, kita akan sedar takde apa sangat yang nak dikejar dalam kerjaya ni. lebih baik ada work balance, kerja tak pening kepala sangat, dalam masa sama dapat build family dan spend masa berkualiti dengan family. sebab kerja ni people come people go, kita berhenti orang lain boleh ganti kerja kita, tapi ahli keluarga tiada silih ganti.