Halaman

Isnin, 22 April 2019

Gaya hidup songsang mengganggu keseimbangan fitrah

1. Banyak negara bukan Islam terutama negara barat telah mengiktiraf GLTB atas dasar hak kemanusiaan.

2. Bagi mereka jantina bukan sekadar lelaki dan perempuan, malah ada lebih 60 jantina yang diklasifikasikan sebagai non-binary gender.

3. Antaranya lelaki maskulin straight, lelaki maskulin gay, lelaki lembut straight, lelaki lembut gay, perempuan feminin gay, perempuan maskulin straight, perempuan maskulin gay dan sebagainya.


4. Bagi mereka faktor biologi tidak boleh menentukan siapa diri mereka. Mereka berhak memilih jantina mereka sendiri kerana jantina itu bukan ditentukan dari kemaluan tapi dari hati. Jadi kalau seseorang yang lahir dengan kemaluan lelaki, merasakan dirinya seorang wanita yang terperangkap dalam badan lelaki dan mahu klaim dirinya adalah wanita, maka dia adalah wanita.

5. Hak kemanusiaan mereka bukan sekadar pada hak GLTB sahaja, malah mereka telah menuntut dan buat macam-macam benda tak masuk akal dan tidak bermoral atas nama hak asasi manusia.

6. Antaranya adalah golongan pro-choice yang menuntut hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya walaupun tanpa sebab berkaitan perubatan. Alasan mereka adalah badan mereka adalah hak mereka, jadi mereka berhak untuk gugurkan bayi dalam kandungan jika mereka mahu. Gerakan ini ditentang oleh golongan pro-life yang menegaskan pengguguran adalah suatu bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

7. Ada juga negara yang telah mengiktiraf hak untuk mati, di mana manusia memiliki kebebasan memilih untuk mengakhiri hidupnya secara sukarela. Jika ada orang rasa nak bunuh diri, dia boleh minta untuk dimatikan dengan bantuan medikal.

8. Inilah masalahnya bila hidup kita tidak berlandaskan pada agama dan nilai moral dalam kehidupan dan undang-undang kita. Kita boleh tuntut apa sahaja yang dirasakan sesuai dengan selera kita atas nama hak asasi manusia, masing-masing mahu kehendak songsang dan gaya hidup abnormal mereka diterima dan diiktiraf masyarakat.

9. Nak minum arak, hak asasi manusia. Nak hisap dadah, hak asasi manusia. Nak kahwin dengan adik beradik sendiri, hak asasi manusia. Nak berzina dengan ibu bapa sendiri, hak asasi manusia. Nak kahwin dengan patung anime, hak asasi manusia. Alasannya, dia tak kacau dan ganggu kehidupan orang lain jadi hak dia nak buat apa-apa pun.

10. Lagi parah apabila wujudnya golongan masyarakat normal yang bukan sebahagian daripada mereka tetapi turut menyokong perjuangan mereka atas dasar kasihan dan menghormati hak mereka, tanpa mereka sedar hak mereka sendiri sedikit demi sedikit oleh golongan songsang ini kerana kestabilan ekosistem dan keseimbangan fitrah tamadun manusia telah pun terganggu.

11. Makin ramainya golongan GLTB serta pro-choice yang mahu menghalalkan pengguguran bayi, kadar kelahiran dunia semakin menurun. Populasi manusia di dunia akan berkurangan dengan kadar yang tidak sihat.

12. Apabila lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan perempuan boleh berkahwin dengan perempuan, institusi kekeluargaan juga akan hancur. Peranan ibu dan bapa akan terencat. Pasangan lesbian akan menjadi ibu tumpang yang mana anaknya lahir dari benih orang lain.

13. Pasangan yang tiada anak, isterinya boleh mengandung dengan sperma yang didermakan oleh orang lain, sehinggalah satu masa nanti semua jadi caca marba, malah adik beradik kandung mungkin akan terkahwin sesama sendiri apabila lahir dari penderma sperma yang sama.

14. Pernah berlaku di negara barat di mana ahli sukan transgender lelaki menjadi perempuan, masuk bertanding dalam kejohanan sukan bagi kategori wanita memandangkan dia sudah diiktiraf sebagai perempuan. Hasilnya, dia menang pertandingan itu. Walaupun dia sudah melakukan pembedahan alat sulit dan menyuntik hormon perempuan, hakikatnya dia masih mempunyai kudrat seorang lelaki. Jadi adilkah?

15. Bayangkan seorang pondan bertanding dalam sebuah pertandingan seni mempertahankan diri dalam kategori wanita, memang patah riuklah peserta perempuan yang menjadi lawan dia. Malah ada juga selebriti transgender pondan yang baru setahun dua tukar jantina, terus dapat anugerah bagi kategori wanita, sedangkan lebih ramai selebriti wanita yang memang lahir wanita selama berpuluh-puluh tahun pun tak dapat pun anugerah kategori wanita.

16. Lalu bertempiklah kaum wanita di sana membantah penyertaan transgender pondan dalam apa-apa pertandingan dalam kategori wanita kerana dikatakan telah merampas hak mereka, sedangkan merekalah yang dulunya menyokong sangat hak golongan transgender ini. Salah mereka sendiri sehingga tercetusnya kecelaruan tersebut.

17. Bagi aku golongan songsang semua ini layak dilayan seperti seorang manusia, tetapi untuk kita menerima dan mengiktiraf gaya hidup songsang tidaklah sama sekali, terutama yang beragama Islam.

18. Negara barat mereka nak jadi apa aku tak peduli, mereka nak hidup tunggang terbalik lantak mereka. Mereka sendiri cari pasal menggali kubur sendiri. Tapi aku tidak mahu kekeliruan merapu ini berlaku dalam negara Malaysia. Aku tidak mahu keseimbangan fitrah tamadun manusia terganggu dalam masyarakat Malaysia.

19. Aku tak mahu lepas ni dalam negara kita golongan pondan boleh guna tandas awam wanita, lelaki boleh kahwin dengan lelaki, seorang ibu boleh gugurkan anak dalam kandungan hanya kerana dia tak mahu anak, pasangan yang tiada anak boleh guna khidmat ibu tumpang, pondan boleh mewakili negara dalam sukan kategori wanita, perempuan boleh jadi imam solat jemaah lelaki dan macam-macam lagi kecelaruan, aku tak mahu.

20. Kiblat kita bukan negara barat. Sekarang pun dah macam-macam benda caca marba, buat apa nak tambah lagi caca marba.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: gaya cara hidup songsang lgbt lesbian gay bisexual transgender pondan bapok pengkid penkid mak nyah male female non binary woman men man gender jantina lelaki perempuan jantan betina keseimbangan fitrah tamadun manusia

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.