Halaman

Isnin, 24 Jun 2019

Bagaimana perubahan membuka dan menutup peluang

Kemas-kemas rumah tadi terjumpa buku peta jalan Lembah Klang yang dibeli sekitar tahun 2007 dengan harga RM34.90. Dengan buku peta ni senang nak cari tempat pergi mana-mana

Namun buku peta macam ni dah tak relevan lagi sejak munculnya aplikasi GPS Garmin, lepas tu Waze dan Google Maps.

Betapa teknologi memudahkan kita dan membuka peluang bisnes baru, dalam masa yang sama memusnahkan bisnes yang lama. 



Itulah yang berlaku pada bisnes gergasi yang sangat gah pada suatu masa dahulu seperti Kodak, Friendster, MySpace, Nokia, Xerox, Reader's Digest, Motorola, Toys R Us, Yahoo, Atari, Blackberry, Polaroid, Toshiba, Netscape dan sebagainya yang kini sudah jauh ditinggalkan dalam industri mereka atau pun pupus sama sekali.

Bukan salah sesiapa, memang itulah cara dunia ini bekerja.

Mereka yang boleh bertahan lama bukanlah yang paling bijak atau yang paling kuat, sebaliknya mereka yang boleh menyesuaikan diri pada perubahan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: bertahan survive bukan paling kuat pandai bijak menyesuaikan diri perubahan

2 ulasan:

  1. Nokiaa&atari..πŸšͺπŸ“»☎πŸ“²πŸ“±πŸ–¨πŸ–₯πŸ’»πŸ“ 

    BalasPadam
  2. Aku nk beli peta tuu noob..rm35 boleh noob..πŸ—ΊπŸŒπŸŒŽπŸŒ

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.