Mutakhir ini ramai warga FB menganggap budak Twitter dan bodoh berpisah tiada kerana posting warga Twitter dilihat banyak merepek dan tidak berilmiah. Warga Twitter pula menggangap warga FB acah-acah elitis tapi loser sebab selalu screenshot status kat Twitter bawa masuk ke FB.
Kenapakah ada orang merasakan suatu pengguna media sosial itu lebih baik berbanding media sosial yang lain? Jadi aku akan mengupas sedikit tentang pengguna tegar bagi tiga media sosial terbesar sekarang iaitu Facebook, Twitter dan Instagram untuk menilai tahap intelektual masing-masing.
1. Orang yang rajin guna Facebook ni biasanya golongan belia, orang dewasa yang pernah melalui zaman Friendster dan MySpace dan juga warga tua-tua sebab penggunaannya yang mudah difahami, mesra keluarga dan lebih user friendly.
2. Facebook adalah media sosial yang sangat personal-oriented, family-oriented dan friend-oriented. Jenis hubungan sesama pengguna FB adalah berkonsepkan rakan dan pengikut. Sebuah akaun FB tipikal biasanya mempunyai hubungan dengan ahli keluarga, rakan-rakan sekolah, rakan sekerja, jiran tetangga, ahli sebuah komuniti, kenalan dan sebagainya. Ini menyebabkan hubungan antara pengguna boleh jadi lebih dekat dan akrab antara satu sama lain, namun boleh juga mencetuskan perbalahan apabila ada orang yang terasa atau tidak bersetuju dengan status seseorang.
3. Atas faktor kurangnya privasi ini menyebabkan ada orang tidak berani meluahkan sesuatu atau menyatakan pandangan kerana tidak mahu mencetus pelbagai kontroversi atau mengguris hati ahli keluarga dan rakan-rakannya di FB, sehingga ada yang mencipta satu lagi fake akaun FB yang tidak mengandungi kenalan dunia sebenar dalam senarai rakannya agar dia lebih bebas untuk post sebarang benda.
4. Memandangkan kat FB lebih fleksibel, boleh ada akaun peribadi, buat page, buat group, tulis panjang-panjang, komen panjang-panjang, letak gambar, buat foto album, letak video, letak link dan sebagainya, jadi ia boleh membuatkan seseorang itu sama ada nampak sangat ilmiah, atau nampak begitu dungu.
5. Biasanya pengguna yang mempunyai profesion atau kepakaran dalam suatu bidang dan juga page FB yang rajin tulis status-status ilmiah yang berkaitan dengan bidang kepakarannya, pengalaman menariknya dan berpandangan jauh akan mempunyai ramai kawan dan juga follower. Mereka yang sudah mencapai status selebriti FB ini biasanya akan disunting oleh penerbit buku dan berpeluang untuk menerbitkan buku.
6. Disebabkan itu ia menjadikan FB sebuah platform yang paling mudah untuk para netizen berbincang, berdebat, bergaduh dan membawang akan sesuatu hal dan isu, tambahan pula dengan kewujudan pelbagai jenis page yang sering mensajikan pelbagai isu viral dan cerita yang hangat lagi sensasi. Warga FB pula ada macam-macam, kalau cerdik tu memang cerdik betul, kalau bodoh tu memang bodoh betul, sebab tu bila berdebat susah nak habis sebab masing-masing tak nak kalah.
7. Page-page murahan FB ini pula biasanya suka kutip content, artikel, gambar, video, komik orang lain je, yang lagi celakanya siap crop watermark lagi. Lepas tu bila dah takde topik sangat nak diviralkan, mereka suka screenshot status dari Twitter terutama status yang mengarut-mengarut lalu post di page FB mereka untuk dikongsi dan dibahan, lantas sebahagian warga tegar FB ini merasa megah kerana merasakan darjat mereka lebih tinggi dari warga tegar Twitter. Cuma tulah, sebodoh-bodoh warga Twitter, status mereka juga warga FB ini cari.
1. Golongan yang rajin guna Twitter biasanya dari kalangan orang muda dari remaja, belia dan dewasa yang tidak sukakan suasana FB yang terlalu berorientasikan kehidupan peribadi. Warga tua jarang menggunakan Twitter kerana konsepnya yang tidak mesra keluarga.
2. Twitter adalah media sosial follower-oriented. Jenis hubungan sesama pengguna Twitter adalah berkonsepkan pengikut dan orang yang diikuti sahaja. Ia tidak mempunyai senarai rakan seperti FB, jadi kebiasaannya suatu akaun Twitter tidak mempunyai ramai ahli keluarga dan rakan dunia nyata yang menjadi pengikut. Twitter tiada konsep Page atau Group macam FB, jadi semua jenis akaun adalah sama.
3. Memandangkan pengguna Twitter tidak ramai diikuti ahli keluarga dan rakan dunia nyata, menjadikan penggunanya lebih bebas untuk menulis apa sahaja tanpa risau terguris hati sesiapa. Jadi bagi orang Melayu Islam yang berhaluan kiri, berideologi liberal, penyokong LGBT dan sebagainya, Twitter memang tempat terbaik untuk mereka menulis apa sahaja tanpa risau dikecam makcik bawang.
4. Perkongsian yang boleh dilakukan di Twitter agak terhad, setiap post hanya boleh ditulis tidak melebihi 280 aksara, gambar boleh dimuatnaik namun tidak boleh disusun atur kerana tiada foto album, hanya video berdurasi pendek boleh dimuatnaik, oleh itu post Twitter biasanya hanya ringkas dan santai sahaja. Biasanya Twitter ini dijadikan macam satu getaway atau tempat untuk seseorang luahkan perasaan, kecam, troll, shitpost dan sebagainya.
5. Walaupun bilangan aksaranya terhad, namun pengguna Twitter masih boleh menulis artikel ilmiah panjang-panjang dengan membalas banyak kali post mereka, tapi biasanya mereka akan beritahu yang "Ini adalah thread". Ada juga yang sebelum menulis bebenang, mereka minta orang retweet dulu post mereka, lepas dah mencapai beberapa target retweet baru dia post artikel bebenangnya, dan post bebenang ini yang biasanya page FB murahan akan screenshot untuk dikongsi atau dibahan pula di Facebook.
6. Warga tegar FB selalu memandang rendah warga tegar Twitter, dan menganggap ramai budak-budak WeChat berpindah ke Twitter. Namun warga Twitter juga biasanya menganggap warga FB ni bodoh dan cetek akal kerana ramai makcik-makcik bawang yang suka jaga tepi kain orang.
7. Orang yang popular dan mempunyai ramai pengikut di Twitter digelar Tweetfamous. Biasanya Tweetfamous yang popular ini adalah seorang yang outspoken yang sering post status ilmiah ini adalah thread, atau post troll, atau shitpost, namun mereka ini biasanya popular di kalangan circle mereka sendiri sahaja.
1. Pengguna Instagram pula biasanya di kalangan kanak-kanak, remaja, belia dan selebriti kerana nak register senang, nak guna pun senang lebih-lebih lagi menggunakan telefon pintar. Orang tua tak ramai sangat ada akaun IG sebab konsep dia tak berapa kena dengan jiwa orang tua.
2. Seperti Twitter, IG juga adalah media sosial berkonsepkan follower-oriented. Jenis hubungan sesama pengguna IG adalah berkonsepkan pengikut dan orang yang diikuti sahaja. Ia tidak mempunyai senarai rakan seperti FB, tapi memandangkan konsep IG adalah perkongsian gambar, jadi pengguna IG saling ikut mengikuti di kalangan ahli keluarga dan kawan dunia sebenar.
3. Memandangkan orang hanya boleh post gambar, video pendek, video live dan story di IG, maka IG adalah platform di mana penggunanya berkongsikan aktiviti yang dilakukan, perihal kehidupan seharian, sweet moment, quote bergambar, komik, klip video pendek, video kelakar dan sebagainya kepada para pengikutnya. IG adalah platform terbaik bagi kaki selfie, kaki travel, kaki makan, pelukis, jurugambar dan sebagainya sebab senang nak upload gambar.
4. Namun kadang-kadang ada orang yang terlebih berkongsi di IG termasuk benda-benda yang tak sepatutnya sampai menimbulkan kontroversi. Biasanya kalau dah melarat sangat sampai asyik kena kecam dan dibawang merata tempat, dia akan padam post tersebut, atau tutup ruangan komen, atau set akaun ke private, tapi ada juga yang terus melawan siap saman lagi.
5. Jarang orang guna IG untuk post benda-benda ilmiah memandangkan ia tidak sesuai untuk penulisan artikel. Sebab itu seseorang yang selalu tulis hal-hal ilmiah di FB atau Twitter pun, di akaun IG mereka cuma kongsi hal berkaitan peribadi sahaja seperti gambar tengah makan, gambar kucing, gambar jalan-jalan, gambar event dan sebagainya.
6. Warga tegar IG pula biasanya tidak ambil port sangat dengan drama kat Twitter atau FB, tapi warga tegar FB dan Twitter ada juga ambil modal dari IG untuk dijadikan bahan atau drama. Tambah lagi dengan page FB murahan, blogger, channel Youtube, wartawan hiburan yang suka cedok bahan dari IG terutama dari post dan story IG para artis dan selebriti.
7. Memandangkan IG ini ramai selebriti, budak-budak, remaja dan golongan belia, jadi ramai yang menjadikan ia platform untuk mencipta nama dan populariti. Kadang-kadang ada yang bukan artis dan orang biasa je tapi boleh kumpul beratus ribu dan berjuta pengikut, mereka ini digelar Instafamous atau influencer dan dah boleh mula jana duit dengan buat product review. Orang yang popular di IG ini biasanya akaun mereka kena spam dengan iklan bodoh-bodoh ubat tinggi.
KESIMPULAN
Jadi kesimpulannya antara pengguna tegar tiga media sosial popular ini iaitu Facebook, Twitter dan Instagram, pengguna mana satu yang nampak bijak dan juga paling bodoh?
Pada pandangan aku, bodoh itu bergantung pada individu, bukan pada medium. Orang pandai kalau pegang pisau, dia pergi potong ayam dan ikan. Orang bodoh kalau pegang pisau, dia pergi tikam orang lain.
Maka jawapannya adalah, kebijakan dan kebodohan seseorang bukanlah bergantung kepada media sosial yang digunakan, sebaliknya atas diri sendiri.
Kalau orang tu memang bijak, guna WeChat pun dia nampak bijak.
Kalau orang tu bengap abadi, gunalah LinkedIn sekalipun tetap nampak bodoh.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: tahap intelektual warga pengguna user tegar facebook twitter instagram bodoh bijak
betul betul.. sy setuju tu
BalasPadamIG user here hehe, FB kadang2...Twitter, jarang yg amat
Untungggg lerr..🤗🤗😘
Padamfb cukup la, lantak la nak kata orang tua ke ap fb pun dah nak berenti pun sush adoi
BalasPadamProooottt
PadamYoutuber?
BalasPadam