Halaman

Khamis, 1 Ogos 2019

Punca orang tidak suka melancong ke luar negara

Pergi bercuti berjalan-jalan dan melancong lebih-lebih lagi ke luar negara memang menarik. Kita dapat tengok negara orang, kenal adat tradisi dan budaya mereka, dapat belajar cara hidup mereka, dapat merasai makanan mereka, merasai suasana baru yang tidak pernah kita rasa di negara sendiri seperti iklim 4 musim, suhu dan kelembapan yang rendah atau tinggi dan sebagainya.

Namun tidak semua orang suka pergi melancong ke luar negara walaupun ada kemampuan untuk berbuat demikian. Berikut adalah antara faktor kenapa ada orang tidak suka pergi berjalan ke luar negara (termasuk aku):


1. Mahu berjimat

Sekarang ini memang ada banyak syarikat yang menawarkan pakej pelancongan dengan harga yang rendah, yang dah termasuk dengan tiket penerbangan, tempat tinggal dan makan, namun biasanya yang buat habis duit tu bila time shopping, melainkan kalau kau seorang backpacker atau memang suka travel secara bajet. Sebab itu ada orang fikir dari habiskan duit pergi luar negara, lebih baik beli atau buat sesuatu yang dia lebih minat.

2. Tidak suka naik kapal terbang

Biasanya kalau melancong luar negara mesti kena naik kapal terbang, melainkan kalau pergi ke negara jiran seperti Thailand atau Singapura yang boleh pergi melalui jalan darat. Jadi kalau orang tu jenis tak suka atau takut naik kapal terbang, memang susah lah untuk dia untuk pergi melancong ke luar negara.

3. Susah cari makanan halal

Antara cabaran pergi melancong ke negara orang terutama bagi orang Islam, adalah mencari makanan yang halal, lebih-lebih lagi kalau pergi ke negara bukan Islam. Kalau ikut pakej pelancongan yang sediakan itinerari makan di restoran halal takpe lagi, tapi kalau nak pergi sendiri-sendiri memang susah lah. Paling senang makan ikan, udang dan sotong jelah, nak makan daging ayam atau lembu tu kena pandai-pandai cari yang halal punya. Tambah pula kalau jenis tekak Melayu yang susah nak terima makanan lain selain masakan Melayu.

4. Sukar cari tempat beribadah

Satu lagi cabaran bagi umat Islam ketika berjalan ke luar negara adalah untuk mencari tempat beribadah terutama di negara bukan Islam. Kalau di Malaysia, pergilah mana-mana masjid dan surau ada banyak, malah rata-rata tempat seperti pasaraya, stesen bas, hentian R&R dan sebagainya ada surau. Kalau nak solat tepi jalan atau atas rumput pun boleh asal ada wuduk dan kain alas yang bersih. Namun di luar negara paling tidak boleh solat di bilik hotel je lah kalau tak jumpa masjid atau surau. Nak solat tepi jalan pun boleh je cuma mungkin kurang sesuai atas perbezaan budaya dan agama masyarakat setempat.

5. Bimbang jatuh sakit

Ini adalah kebimbangan paling besar bagi orang yang pergi melancong. Memang kita harap kita dijauhkan dari sebarang kesakitan dan kemalangan ketika melancong di luar negara, namun sekali jatuh sakit, bersedialah untuk menanggung kos rawatan dan perubatan yang sangat tinggi. Kat sana mana ada hospital kerajaan bayar RM5 macam kat negara kita. Banyak kes sebelum ini bila pergi luar negara kena strok, masuk wad dan kena buat pembedahan, dia punya bayaran lebih setengah juta ringgit. Sebab tu kalau nak pergi luar negara pastikan ada insurans.

6. Lebih suka duduk rumah

Melancong memang best, tapi memang ada orang lebih suka luangkan masa duduk di rumah, atau kalau dia nak berjalan pun dia lebih selesa untuk pergi ke tempat-tempat berdekatan je yang boleh dilalai dengan kenderaan darat. Dah mereka lagi suka duduk rumah nak buat macam mana.

Ada lagi? Sila tambah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: punca sebab kenapa ada orang tidak suka melancong berjalan bercuti luar negara travel oversea

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.