Halaman

Rabu, 23 Oktober 2019

Dendam tak tentu hala tanda hati hitam dan busuk

1. Kita semua manusia. Manusia tidak sempurna. Ada ketika kita pasti terlakukan kesilapan dan kekhilafan kecil yang tidak disengajakan.

2. Atau adakalanya kita terlakukan sesuatu yang kita sendiri tidak perasan yang ianya salah, namun hanya sedar apabila orang lain menegur.

3. Apabila kita sedar yang ianya salah, kita merendahkan diri turunkan ego dengan meminta maaf. Itulah yang sewajarnya setiap orang buat.

4. Kesilapan kecil ini pula bukanlah sampai ke tahap jenayah pun seperti mencuri, membunuh, rasuah, membuli, merogol dan sebagainya pun yang memerlukan penghakiman pihak berkuasa, tetapi mungkin hanya kerana tersilap kata, terguris hati atau berbeza pandangan.


5. Jadi apabila pelaku sudah meminta maaf, kita seharusnya menerima dengan hati yang terbuka, apatah lagi jika dia sudah berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
6. Jika kita tidak dapat menerima, mahu terus berdendam, mengungkit, mengecam, menyakiti, menghina, memperlekeh, mengaib dan memalukan orang tersebut, yang bermasalah itu sebenarnya kita, apatah lagi jika kita ini tiada apa hubungan terus pun dengan pelaku malah tidak pernah kenal pun.

7. Orang itu melakukan kesilapan dengan orang lain, kita hanya tahu dari orang lain atau melalui media sosial sahaja, tapi kita pula yang lebih-lebih menghentam dan berdendam tak tentu hala dengan orang itu, sedangkan mangsa yang terlibat sudah memaafkan pun pelaku tersebut.

8. Jadi andai kita manusia sebegini, nilailah diri kita balik. Jika kita susah nak temui kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup, masalah itu mungkin bukan datang dari orang lain, sebaliknya kerana hati kita yang sudah hitam dan busuk.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: dendam tak tentu hala tiada arah tuju buat kesilapan kesalahan kecil minta maaf maafkan gaduh

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.