1. Aku rasa kalau kerajaan PH nak lakukan apa-apa perubahan, buatlah dengan cepat dalam tempoh 2 3 tahun ini kerana waktu inilah sahaja masa yang mereka ada.
2. Kalau DS Anwar nak jadi Perdana Menteri, jadilah PM cepat-cepat kerana pada aku masa ini sahajalah peluang yang dia ada untuk jadi PM. Dia pun bukannya muda lagi untuk tunggu lagi 10, 20 tahun.
3. Sebab melihat kepada iklim politik hari ini, aku tak dapat membayangkan yang PH akan dipilih lagi untuk jadi kerajaan semula pada penggal akan datang, dan mungkin untuk suatu tempoh yang lama. Kalau dia tak dipilih untuk jadi PM pada penggal ini untuk menggantikan Tun Mahathir, memang melepaslah peluangnya sampai bila-bila.
4. Ini kerana sejak PH jadi kerajaan ini terlalu banyak isu yang timbul berkaitan parti DAP sampai Tun M, parti PPBM, PKR dan PAN pun tak terhandle.
5. BN ambil masa 60 nak orang menyampah dengannya. PH tak ambil masa setahun pun untuk orang menyampah dengan mereka.
6. Makanya BN dah boleh dah nak menyusun strategi dengan PAS siapa yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan pada penggal akan datang, tapi yang mana banyak isu dulu tak perlulah calonkan balik.
7. Aku pula bila kritik kerajaan PH tak bermakna aku sokong BN, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau korang follow aku sebab korang pernah terbaca artikel aku yang berpihak pada parti korang dan ingat aku bersama korang, aku minta maaf, aku tidak pernah bersama korang pun. Aku bukan bersuara atas kapasiti mana-mana parti. Aku bersuara atas kapasiti peribadi aku sendiri.
8. Aku dah menulis berkaitan politik sejak tahun 2011 di blog Buasir Otak. Siapa yang ikut aku dah lama, tahulah macam mana penulisan aku. Jadi bila berlaku apa-apa isu pada hari ini, sekurang-kurangnya aku takkan lupa dan boleh rujuk balik isu-isu lama berkaitan yang pernah aku tulis dulu.
9. Zaman BN memerintah dulu ada benda aku sokong ada benda aku tak setuju. Hal macam pemberian subsidi bersasar dan sistem apungan harga minyak masa zaman BN aku pernah bersetuju. GST juga kalau dibandingkan dengan SST, aku lebih setuju dengan GST.
10. Begitu juga dengan pemerintahan kerajaan PH pada hari ini. Ada perubahan yang baik aku sokong, namun ada isu yang buruk juga aku bantah. Menyokong tak bermakna aku bersama korang, membantah tak bermakna aku bersama pihak lawan.
11. Tiada istilah taat dan setia pada parti dan pemimpin parti dalam kamus hidup aku. Taat dan setia aku hanya pada Allah dan Rasul.
12. Ini kerana manusia itu sifatnya berubah. Dulu wakil rakyat pembangkang selalu marah wakil rakyat kerajaan BN tak hadir perbahasan dewan rakyat. Hari ini wakil rakyat BN pula marah kerana wakil rakyat kerajaan PH tak datang dewan.
13. Dulu wakil rakyat pembangkang marahkan BN sebab bagi gula-guka pada rakyat. Hari ni PH bagi juga gula-gula pada rakyat dan giliran wakil rakyat BN pula tegur PH sebab bagi gula-gula pada rakyat.
14. Ahli politik, aku, kau, semua boleh berubah. Nak cerita pasal kesetiaan, ahli politik sendiri banyak yang melompat parti. Ramai orang yang aku kenal juga telah banyak yang berubah ideologi dan menukar sokongan mereka. Aku yang hari ini juga mungkin tidak akan bersetuju dengan artikel yang telah aku tulis 5 tahun lepas.
15. Dalam politik Malaysia ni, yang menjadi kerajaan akan sentiasa nampak bodoh dan salah, manakala yang jadi pembangkang akan sentiasa nampak bijak dan betul. Jadi, lebih baiklah kita semua menjadi pembangkang.
Begitulah...
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: satu masa peluang dato seri ds anwar ibrahim jadi perdana menteri pm tun mahathir lepaskan jawatan taat setia parti kerajaan pembangkang pakatan harapan ph ppbm pkr pan dap barisan nasional bn umno mca mic pas
tun m tu bukannya susah pun kalau dia nak bagi jawatan tpm kat dsai gantikan dengan wan azizah kalau betul dia nak dsai jadi pm selepas dia letak jawatan. pikir-pikirlah sendiri
BalasPadamHmmm Ada betoinya Tu. Setuju sngat
BalasPadam