Zaman sekarang telefon pintar bukan lagi sekadar trend tapi sudah menjadi kemestian. Boleh dikatakan hampir setiap orang ada memiliki telefon pintar, dari yang muda sehinggalah yang tua. Malah kanak-kanak sekolah rendah pun ramai dah mempunyai telefon pintar sendiri, sama ada dibelikan oleh ibu bapanya atau mewarisi telefon lama ibu bapa atau abang kakaknya.
Setiap tahun pula pasti ada sahaja banyak model terbaru telefon pintar yang keluar di pasaran. Tahun ni model 5, 2 tahun kemudian dah model 7. Kalau kereta tu pakai 5 tahun masih boleh rasa macam baru pakai, tapi telefon ni baru pakai setahun dah rasa macam lama dan ketinggalan. Sebab tu kekerapan orang menukar telefon pintar ini agak tinggi.
Ada pula bila dah beli telefon baru, telefon lama tidak dijual atau diberi pada sesiapa. Lepas tu sebab tak tahu nak buat apa dengan telefon-telefon lama, itu yang kadang-kadang berlambak-lambak telefon pintar lama duduk dalam laci terbiar macam tu je sampai akhirnya rosak.
Jadi berikut adalah beberapa idea yang boleh kita gunakan semula telefon pintar lama (terutamanya telefon Android, iPhone mungkin terhad) untuk tujuan lain.
1. Jam loceng
Letak je telefon kat meja bilik tidur, pasang aplikasi Jam Analog/Digital dan tinggalkan kat situ. Jangan lupa set loceng untuk kejutkan korang bangun pagi.
2. Remote TV
Ada model telefon pintar yang ada infra red dan boleh guna untuk kawal TV dan Astro, jadi tinggalkan sahaja telefon pintar lama korang di sebelah sofa ruang tamu. Bila orang datang rumah tengok, peh telefon pintar guna buat remote TV je.
3. CCTV
Pasang aplikasi CCTV kat telefon anda lepas tu letak lah kat mana-mana yang sesuai kat rumah korang untuk pemantauan. Kalau ada anak kecil, boleh letak CCTV telefon ini kat bilik anak untuk pantau mereka.
4. Mobile hotspot
Kalau rumah korang takde Unifi atau sebarang wired Internet, beli sim card khas untuk langgan Internet sahaja dan jadikan telefon lama korang sebagai Internet hotspot, lepas tu kongsilah Internet tu ramai-ramai.
5. Perpustakaan digital
Kalau yang suka baca buku, boleh letak telefon lama di bilik bacaan dan jadikannya perpustakaan digital yang khusus untuk korang baca buku digital atau e-book.
6. Bingkai gambar digital
Bila tengok digital frame rasa menarik je macam nak beli, tapi bila tengok harga terus tak jadi. Tapi alang-alang dah ada telefon lama, dari tak pakai boleh letak je atas meja jadikan digital frame dan paparkan slideshow gambar-gambar kenangan korang.
7. Media player
Beli kabel Micro USB/Type C to HDMI converter dan sambungkan ke TV ruang tamu atau bilik korang. Lepas tu tengoklah Youtube, Netflix, Showbox, Popcorn Time, Kodi dan sebagainya kat TV korang.
8. Radio
Radio analog dah ketinggalan zaman. Pasang aplikasi radio, Spotify, Joox dan sebagainya di telefon pintar korang dan biarkan sahaja ia mainkan saluran muzik kegemaran korang.
9. GPS kenderaan
Biasanya telefon pintar semasa akan digunakan untuk dijadikan GPS ketika sedang memandu, namun memandangkan telefon lama ada berlambak, cuma perlu beli charger kereta dan tinggalkan telefon lama untuk dijadikan GPS. Tapi bila tinggalkan kereta tu, jangan tinggalkan telefon tu atas dashboard, nanti tak pasal-pasal cermin kereta kena pecah.
10. Dashcam
Sekarang ini dashcam kenderaan adalah suatu yang amat penting bila memandu. Bila berlaku apa-apa atas jalanraya, ia boleh dijadikan bukti, nak claim insurans pun senang. Namun harga dashcam ni tidaklah murah sangat, tapi alang-alang dah ada telefon lama, pasang aplikasi dashcam dan jadikan sahaja ia dashcam tetap dalam kereta anda. Gabungkan dengan GPS kenderaan dan anda sudah ada peranti kenderaan 2 dalam 1.
11. Storan tambahan
Telefon pintar baru anda terlalu banyak gambar dan video sampai tak muat? Jadikan telefon lama anda sebagai storan tambahan atau backup storage dan pindahkan gambar dan video lama korang ke situ.
12. Mainan kanak-kanak
Nak bagi anak senyap, nah bagi sahaja telefon lama kat dia. Jangan lupa pasangkan fungsi mod kanak-kanak dan hanya pasang aplikasi yang sesuai sahaja dengan umur mereka. Walaubagaimana pun sangat tidak digalakkan bagi anak-anak main telefon pintar lebih-lebih lagi di usia yang kecil.
13. Komputer riba
Telefon pintar walaupun sudah berusia 5 tahun lamanya, namun spesifikasinya lebih tinggi dari komputer lama yang berusia 10-20 tahun, jadi kalau korang nak buat kerja menggunakan telefon pintar tu, cuma beli bluetooth keyboard dan mouse, dan korang boleh gunakan telefon pintar sebagai komputer riba, cuma skrinnya kecil sikit lah.
14. VR Headset
Korang beli VR cardboard atau cermin mata VR yang murah-murah tu dan masukkan telefon pintar lama korang, jadilah VR headset. Lepas tu alamilah pengalaman virtual reality sampai muntah.
15. Sendal pintu
Nak sendal pintu tapi takde getah penyendal? Gunakan je telefon lama korang untuk sendal pintu. Bila kawan korang datang rumah, dia tengok kau sendal pintu pakai smartphone mesti dia kagum dan berkata "Telefon iPhone ni kau guna buat sendal pintu je? Power betul."
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: idea cara perkara yang boleh dilakukan guna semula telefon pintar lama recycle old android iphone phone
Masih setia dgn nokia e72..mmg byk model nokia yg legend2..tapi bagi aku nooB model2 terkini tk byk beza pun..hampir semua sama jerr..🚪☎📲📞📸
BalasPadamBuat Al-Qur'an audio player
BalasPadamAtau dictionary pun ok jugak
Betul juga. Idea yang bernas.
Padam