Menjadi orang sederhana adalah yang paling bahagia. Sederhana ini bererti tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu ekstrim dan tidak terlalu ambil ringan, hanya biasa-biasa sahaja di pertengahan. Sederhana itu adalah apabila kita merasa cukup pada yang sedikit dan yang banyak.
Berikut adalah beberapa contoh:
1. Orang kurus akan ditanya kenapa kurus sangat? Orang gemuk akan ditanya kenapa gemuk sangat? Orang berbadan sederhana tidak akan ditanya kenapa sederhana sangat?
2. Orang kaya akan ditanya kenapa tak bantu orang susah? Bila bantu orang anggap riak pula. Orang miskin akan ditanya kenapa tak minta bantuan? Bila dibantu orang anggap malas pula. Orang sederhana pula tidak akan ditanya kedua-duanya dan boleh bantu dan dibantu tanpa banyak mulut.
3. Menjual barang dengan harga mahal akan ditanya kenapa mahal sangat? Menjual barang dengan harga murah akan ditanya kenapa murah sangat? Menjual barang dengan harga sederhana tidak akan dipersoalkan kenapa harga sederhana sangat.
4. Dapat keputusan peperiksaan banyak A orang akan cemburu dan tanya kenapa pandai sangat? Dapat keputusan banyak E orang akan keji dan tanya kenapa bodoh sangat? Dapat keputusan banyak B dan C, orang tak tanya kenapa sederhana sangat?
5. Bawak kereta laju sangat, orang maki kenapa bawak laju sangat? Bawak kereta perlahan sangat, orang maki kenapa bawak perlahan sangat? Bawak kereta dengan kelajuan sederhana, orang tak maki kenapa bawak sederhana sangat?
6. Orang kuat makan akan ditanya kenapa tamak makan banyak sangat? Orang makan sikit akan ditanya kenapa sikit sangat makan diet ke? Orang makan dengan kuantiti sederhana, orang takkan tanya kenapa makan sederhana sangat?
7. Terlalu menyokong suatu pihak, orang akan tanya kenapa fanatik dan taksub sangat? Terlalu hentam suatu pihak, orang akan tanya kenapa benci sangat? Kalau menjadi neutral di tengah-tengah, kita bebas untuk menyokong dan mengkritik mana-mana pihak tanpa judgemental orang lain.
Kita tak boleh kawal mulut dan hati orang. Memang kita boleh tidak mempedulikan kata-kata orang lain, namun ada kalanya kata-kata orang itu lebih tajam dari pisau dan kesannya boleh menusuk ke hati. Jadi jalan penyelesaiannya, jadilah orang yang bersederhana.
Sekian sahaja dari seorang yang sangat bersederhana dalam serba serbi.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: orang sederhana kaya miskin gemuk kurus pandai bijak bodoh lembab paling bahagia
Orang yang paling bahagia ialah orang yang banyak bersyuku walau keadaannya kaya, sederhana atau miskin.
BalasPadam