Halaman

Sabtu, 14 Disember 2019

Peminat komik Jepun tahap kesabarannya tinggi

Kadang-kadang jadi peminat manga ni frustrating.

Peminat filem tengok filem 2 jam, cerita dah tamat.
Peminat novel baca senaskah novel, cerita dah tamat.
Peminat drama tengok drama beberapa bulan, episod dah tamat.
Peminat game main satu game beberapa hari/minggu/bulan, cerita dah tamat.


Peminat manga bila dah start baca sebuah manga, 10 tahun belum tentu tamat cerita dia.
Bayangkan babak 5 minit dalam dunia manga boleh jadi 10 chapter dalam dunia sebenar yang memakan masa 2 bulan lebih.
Itu tak campur lagi kalau manga tiba-tiba diberhentikan atau hiatus sebab pelukisnya ada masalah.
Baca manga start sekolah rendah, boleh jadi dah anak 3 baru cerita tamat.

Sebab tu peminat manga ni tahap kesabaran dia tinggi. Sedangkan cerita 20 tahun pun boleh setia ikut, apatah lagi dalam relationship.

Jadi kalau nak cari jodoh yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, carilah peminat manga.

Sekain.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: peminat minat komik jepun manga fans otaku weeb weeaboo tahap kesabarannya sabar sangat tinggi cerita lama nak habis

1 ulasan:

  1. betul2. saya mula minat anime dari anime terus ke manga. kdg2 nk update satu chapter sampai setahun kena tunggu. hahhahahaa

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.