Halaman

Rabu, 1 Januari 2020

Kenapa banyak filem tempatan dapat kutipan rendah?

1. Tahun 2019 sudah pun melabuhkan tirainya. Tahun 2019 adalah tahun yang bertuah dan malang bagi para penggiat filem tempatan. Ada filem yang berjaya meraih jutaan ringgit, namun banyak juga yang kutipannya tidak sampai 100 ribu pun.

2. Tahun 2019 juga tahun yang baik bagi industri animasi tempatan di mana kutipan 3 tertinggi diungguli oleh filem animasi tempatan iaitu Boboiboy Movie 2, Ejen Ali The Movie dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Filem lain yang turut memperoleh jutaan ringgit adalah Sangkar, Misteri Dilaila dan Bikers Kental. Data kutipan bagi beberapa filem seperti Wira dan Pusaka masih belum dikeluarkan FINAS memandangkan ia masih baru dan masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam.


3. Namun terdapat beberapa filem Melayu tempatan yang sangat kurang mendapat sambutan sehingga ada pengarah dan pelakonnya kecewa dan kecil hati lalu meluahkan rasa kesal di media elektronik, media cetak dan media sosial. Antara filem yang gagal memperoleh kutipan 100 ribu mengikut data yang dikeluarkan FINAS adalah Hero: Jangan Bikin Panas, Motif, XX Ray 3, KL Vampires, Garang, Bella & Jamie dan sebagainya.

4. Disebabkan kegagalan tersebut, ada yang menyalahkan orang Malaysia yang didakwanya tidak menghargai dan menyokong industri filem tempatan. Pada aku tidak salah nak meluah rasa sedih dan kecewa, namun menyalahkan penonton dan menempelak orang lain tidak menyokong kita bukanlah satu strategi pemasaran yang sihat. Kita tak boleh bitter atau salty kalau orang tak sokong hasil kerja kita. Dia macam kau nak mintak orang tolong kau tapi dalam masa yang sama  kau kecam dia. Menyalahkan orang lain atas kelemahan dan kegagalan kita tidak akan membuatkan orang akan sokong kita, malah mereka mungkin akan menyampah dan meluat pada kita.

5. Kalau nak kata orang Malaysia tak sokong industri filem tempatan, kenapa ada filem yang boleh dapat jutaan ringgit, malah sampai RM20, 30 juta? Jawapannya senang sahaja, iaitu POPULARITI. Hal berkaitan seni hiburan dan kreatif ini benda yang subjektif. Ia sangat bergantung pada populariti dan bukan kualiti semata-mata.

6. Ada orang tengok filem kerana populariti pengarahnya. Ada orang tengok filem kerana populariti pelakonnya. Ada orang tengok filem kerana populariti OST atau lagu temanya. Ada orang tengok filem kerana populariti jenama cerita. Ada orang tengok filem kerana populariti watak dalam filem tersebut. Kalau tak banyak elemen popular dalam filem kita, macam mana kita nak jual filem kita?

7. Aku tak nak ajar macam mana nak promosi atau memasarkan suatu filem itu supaya ia jadi popular sebab kaedahnya bukan satu cara malah macam-macam cara. Namun untuk menjadikan filem kita mendapat sambutan, filem tersebut perlu popular sebelum ia ditayangkan. Jadi macam mana nak ukur populariti sebuah filem sebelum ia keluar? Kita boleh tahu dengan melihat berapa banyak tontonan yang diperolehi bagi suatu trailer/teaser/OST filem.

8. Cuba kita tengok data kutipan filem dari FINAS dengan jumlah tontonan trailer filem di Youtube bagi 6 filem teratas.

a) Boboiboy Movie 2 | Kutipan: RM29,572,074.00 | Trailer total views: 19++ juta
b) Ejen Ali The Movie | Kutipan: RM28++ juta (Masih dalam tayangan) | Trailer total views: 11++ juta
c) Upin & Ipin: Keris Siamang TUnggal | Kutipan: RM26,195,229.10 | Trailer total views: 10++ juta / Full movie 10 minutes: 38 juta
d) Sangkar | Kutipan: RM9,578,907.70 | Trailer + OST total views: 5++ juta
e) Misteri Dilaila | Kutipan: RM9,444,350.90 | Trailer total views: 1.5++ juta
f) Bikers Kental 2 | Kutipan: RM7,675,682.50 | Trailer + OST total views: 1.5++ juta

9. Berikut adalah data bagi sebahagian filem Melayu tempatan yang kutipannya bawah 100 ribu:

a) Hero: Jangan Bikin Panas | Kutipan: RM96,435.50 | Trailer total views: 150 ribu
b) Motif | Kutipan: RM78,768.00 | Trailer total views: 50 ribu
c) XX Ray 3 | Kutipan: RM56,932.00 | Trailer total views: 120 ribu (dari channel fans bukan official)
d) KL Vampires | Kutipan: RM35,448.00 | Trailer total views: 60 ribu
e) Garang | Kutipan: RM22,053.50 | Trailer total views: 36 ribu
f) Bella & Jamie | Kutipan: RM9,186.50 | Trailer total views: 26 ribu

10. Dari data-data ni kita dah boleh buat analisa dan kesimpulan, di mana filem yang mendapat sambutan hangat di pawagam, trailernya ditonton oleh ramai orang sehingga memperolehi jutaan views, manakala filem yang kurang mendapat sambutan ini trailernya tidak memperoleh 200 ribu views pun. Kalau ada banyak views pun tapi penuh dengan komen negatif pun tak membantu juga. Jadi dengan sedikitnya orang yang tahu pasal filem kau tambah lagi dengan berlambak-lambak review negatif, kau nak expect kutipan filem kau berlipat ganda?

11. Biasanya trailer filem akan dikeluarkan beberapa bulan atau setahun lebih awal dari tarikh filem ditayangkan, dan zaman sekarang ini trailer filem biasanya syarikat penerbitan akan letak di Youtube, jadi dalam tempoh masa antara trailer dikeluarkan dengan tarikh filem ditayangkan, kenalah promote dan market filem kau biar trailer filem kau dapat jutaan views di Youtube, barulah ramai orang tahu tentang kewujudan filem kau dan kau pun boleh expect ramai orang akan pergi wayang tengok filem kau. Ini trailer pun dapat 50 ribu views je kat Youtube, tapi komplen macam-macam bila dapat kutipan sikit. Korang ingat orang Malaysia ni kerjanya semak jadual waktu tayangan filem je ke?

12. Akhir kata, ubahlah mindset dari asyik menyalahkan orang kepada meningkatkan strategi pemasaran dan lebihkan usaha untuk promosi dan tarik minat orang ramai untuk tonton filem kau. Semoga industri filem kita akan bertambah meriah dan berjaya pada tahun 2020.

Sekian, selamat tahun baru 2020.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kenapa filem tempatan banyak dapat kutipan rendah sikit tak laku kurang tiada sambutan

1 ulasan:

  1. 100% setuju . Kadang2 ada saya tak tau kewujudan filem tu sbb kurang promosi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.