Halaman

Selasa, 7 Januari 2020

Meraikan kejayaan pengkomen pertama media sosial

1. Manusia suka mendapat kedudukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam banyak perkara. Sudah menjadi naluri manusia itu suka bersaing walaupun tanpa dia sedar.

2. Bila kita tengok kawan kita beli kereta baru, kita pun timbul rasa macam nak beli kereta baru. Bila kita tahu anak jiran dapat kedudukan baik dalam ujian, kita pun terdetik sedikit rasa cemburu bila anak kita dapat kedudukan lebih bawah. Bila kita masuk pertandingan, kita mesti rasa nak kalahkan orang lain dan jadi juara.

3. Sebab itu ramai orang cuba mengejar untuk jadi juara walau dalam sekecil-kecil hal pun, walaupun dia tahu kalau dia tempat pertama pun dia takkan dapat apa-apa, contohnya menjadi orang pertama yang komen.


4. Masa zaman blog dulu sangat popular, pasti ada orang yang suka komen "1st!" yang menandakan dia adalah orang pertama komen dalam artikel tu. Lepas tu ada lah orang ikut 2nd, 3rd dan seterusnya. Dia tahu kalau dia jadi pengkomen pertama dia takkan dapat hadiah pun, tapi bagi dirinya ia sudah cukup memadai untuk membuatkannya berpuas hati dan gembira dengan pencapaian kecilnya kerana telah berjaya mengalahkan pengkomen-pengkomen yang lain.

5. Lalu budaya menjadi pengkomen pertama ini berterusan ke media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan sebagainya. Youtube juga tidak terkecuali. Sering sahaja kita lihat orang pertama yang menurunkan komen di sesebuah video akan mengisytiharkan kemenangan dan kejayaannya sebagai pengkomen pertama.

6. Jadi memandangkan kejayaan pengkomen pertama ini biasanya tidak pernah dihargai, bermula beberapa minggu lepas aku mengambil satu inisatif kecil untuk memberi sedikit penghargaan kepada orang-orang yang berjaya menjadi orang pertama di ruangan komen, di mana ORANG PERTAMA yang komen di video-video di channel Youtube Buasir Otak TV, komennya akan di"Pin" lalu kekal di tempat teratas di video tersebut buat selama-lamanya.

7. Korang boleh komen apa sahaja, nak komen pasal video ke, nak komen benda takde kaitan ke, nak buat lawak bodoh ke, nak promote channel ke, nak iklan produk ke, asalkan bukan komen yang lucah, sensitif, scam dan tidak elok, dapat jadi pengkomen pertama aku akan PIN terus.

8. Walaupun penghargaan ini nampak kecil, tapi sebenarnya ia boleh memberi satu impak dan peluang yang besar kepada pengkomen. Bayangkan kalau korang berjaya menjadi pengkomen pertama di sebuah video yang dapat 1 juta views, ini bermakna komen korang berkemungkinan dibaca 1 juta kali juga. Kalau kat komen tu korang tulis "Saya ada buat Vlog Travel, jemput singgah channel saya", bayangkan berapa ramai yang mungkin akan singgah channel korang, atau tulis "Berminat nak beli alat memancing? Datang channel saya", korang mungkin berpeluang dapat pelanggan baru, atau paling tidak pun "Mohon kalian doakan kesejahteraan saya", bayangkan berapa ramai yang akan baca dan doakan korang.

9. Memandangkan Youtube bagi Pin satu komen je, jadi buat masa ni hanya komen pertama sahaja yang saya akan Pin. Kalau di masa akan datang Youtube bagi Pin lebih dari satu, tempat kedua dan ketiga pun saya Pin juga. Itu sahajalah sumbangan kecil yang saya boleh bagi kat korang buat masa ni.

10. Jadi macam mana cara nak besarkan peluang untuk jadi pengkomen pertama? Caranya mudah sahaja, cuma tekan butang Subscribe kat channel Buasir Otak TV lepas tu tekan ikon Loceng kat sebelahnya dan pilih "All". Nanti bila ada video baru kat channel Buasir Otak TV, korang akan dapat terus notification kat phone atau komputer, lepas tu komen terus untuk jadi pengkomen pertama.

Sekian terima kasih.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak youtuber pemula beginner tips panduan tutorial cara teknik dapat naikkan tingkatkan subscribers views like sub4sub view4view s4s v4v bina hubungan silaturrahim network sesama  first comment 1st komen pertama pengkomen

4 ulasan:

  1. Wow, ini satu cara baru nak hargai orang. Nice one Boss πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe terima kasih. Tahniah first komen c, tapi blogspot takleh pin komen huhu.

      Padam
  2. yeay pengkomen kedua di sini. haha :P

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.