Halaman

Rabu, 26 Februari 2020

Bukan mudah untuk menghasilkan konten lawak

1. Sudah lebih kurang 6 bulan saya buat channel Youtube Buasir Otak TV. Syukur Alhamdulillah, pencapaian setakat ini sudah berjaya memperolehi 2,000,000 Views, 8,000 Subscribers dan 90 Video. Terima kasih kepada semua yang sudi bantu dan sokong selama ini dengan Subscribe, View, Like dan Share.

2. Imbas kembali, masa awal-awal buat channel dulu susah juga nak naik, tapi tak disangka-sangka video ke 41 iaitu sketsa animasi tentang "Kisah di sebalik lagu Hutang" tiba-tiba meletup ramai orang tonton, mungkin sebab masa tu lagu Hutang nyanyian Floor 88 tengah popular, jadi bila orang buat carian lagu tu kat Youtube, video saya akan terselit sekali.


3. Bermula dari hari tu channel saya dah start konsisten dapat Subscriber dan Viewers. Jadi kalau tanya saya apa tips nak dapat Subscriber dan naikkan Viewers kat Youtube, saya tak boleh jawab sangat. Subs dan Views saya naik pun seperti dapat durian runtuh rezeki dari Tuhan.

4. Apa yang saya boleh cakap, konsisten buat video dan cuba buat topik yang menarik dan ramai orang boleh relate seperti isu semasa atau hal berkaitan kehidupan. Mana tahu kalau bernasib baik tiba-tiba ada satu video meletup, lepas tu secara tak langsung Youtube akan recommend video-video kita yang lain pada Viewers, dan dari situ orang baru mula kenal dan follow channel kita.

5. Untuk channel Buasir Otak TV ni buat masa ni saya fokus pada 2 jenis content iaitu video animasi lucu dan juga video komik yang saya ambil dari buku Buasir Otak: The Komik yang lepas seperti ENIGMA dan AWAKENING. Biasanya content animasi yang banyak dapat sambutan, lebih-lebih lagi sketsa animasi yang ada watak budak-budak.

6. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu saya jumpalah anak buah saya yang dah lama saya tak jumpa, umur baru darjah 4. Sekali tiba-tiba dia ulang-ulang dialog yang saya pernah buat dalam animasi Buasir Otak TV. Dia tak tahu saya yang buat animasi tu, jadi benda tu agak mengejutkan saya.

7. Tak sangka pulak animasi merepek saya boleh jadi ikutan budak-budak, sedangkan sasaran penonton adalah golongan belia dan dewasa sebab topik-topik dalam animasi saya tu pun agak berat. Sekarang ni pun semakin ramai budak-budak komen kat channel saya, jadi benda tu macam jadi satu tamparan bagi saya, lepas ni kalau nak buat animasi, lawak dia kena bertapis.

8. Tapi nak buat lawak ni bukannya mudah, tak kiralah kat platform mana pun sama ada video, komik, penulisan, lakon pentas dan sebagainya. Selera lawak orang Melayu ni biasanya punchline mesti ada maki, mencarut, lucah, double meaning, marah-marah, jerit-jerit, ayat sentap, sarkastik dan pickup line. Jadi nak cari idea lawak yang dalam masa yang sama ada unsur pengajaran dan kurang elemen negatif tu susah. Kalau terlalu skema dan banyak pengajaran, lawak akan jadi hambar. Kalau terlalu banyak elemen negatif, lawak mungkin lawak tapi boleh mendatangkan kemudaratan dalam jangka masa panjang.

9. Jadi nak tak nak, saya perlu juga perah otak cari idea lawak dengan lebih berhati-hati agar tiada elemen negatif seperti maki hamun, mencarut dan lawak lucah, dalam masa sama selitkan sedikit pengajaran dan kritikan sosial. Saya akan cuba buat yang terbaik. Kalau ada kekurangan dan kekhilafan tu saya mohon maaf. Jadi saya harap korang juga dapat terus sokong channel Buasir Otak TV.

10. Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Sekian terima kasih.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tips teknik cara panduan tutorial bukan mudah hasil buat konten content lawak komedi lucu funny video animasi buasir otak tv kartun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.