2. Akan tetapi ada juga yang mempertikaikan pujian tersebut dengan mengatakan orang yang puji tu bukan orang Jepun sebenar, orang Jepun tu penulis upahan kerajaan PH dan sebagainya. Mereka kata orang Jepun ni ego tinggi, takkan orang Jepun ini akan puji negara yang lebih mundur dari mereka.
3. Ini masalahnya penaksub politik. Dalam kepala hotak mereka semua benda nak kait dengan politik. Mereka silap. Mungkin kerana mereka tak tahu atau tak pernah mahu ambil tahu. Hakikatnya, sudah lebih 10 tahun Malaysia menjadi pilihan pertama rakyat mereka untuk menetap selain Jepun. Dianggarkan lebih 20,000 orang Jepun sudah tinggal di Malaysia.
4. Kalau tengok di Youtube, ramai orang Jepun yang tinggal di Malaysia sudah berkongsi kenapa mereka lebih suka tinggal di Malaysia berbanding negara mereka sendiri. Antara faktor-faktor adalah kos sara hidup yang rendah, masyarakat yang ramah dan mesra, rumah yang lebih besar dan luas, cuaca beriklim sama sepanjang tahun dan juga paling utama adalah gaya hidup di Malaysia yang lebih santai dan relaks.
5. Orang Jepun sebenarnya nampak macam rajin gila, sangat bekerja keras, bukanlah sebab mereka nak sangat jadi macam tu, tapi kerana mereka tiada pilihan. Budaya kerja dan masyarakat mereka yang membuatkan mereka terpaksa jadi macam tu. Kalau mereka ada pilihan antara bekerja keras dan bekerja santai, mereka pun akan pilih untuk bekerja santai.
6. Bayangkan kat Jepun, waktu kerja mereka dah habis pukul 6 petang, tapi walaupun tugasan mereka dah habis untuk hari tu, mereka tetap tak boleh balik on time apatah lagi kalau senior atau bos mereka tak balik lagi. Jadi mereka pun terpaksa lah berlakon buat-buat kerja sampailah bos mereka balik jam 8, 9 malam. Dan benda ni bukan sekali sekala tapi berlaku tiap-tiap hari sebab ia dah jadi budaya.
7. Kalau sakit ringan macam demam, selsema dan sebagainya, mereka kena juga datang kerja. Pakai lah mask baju sejuk ke, kena juga datang kerja. Kalau tak larat rehat lah sekejap satu atau 2 jam di infirmary, lepas tu sambung balik kerja. Itu yang mereka pelik bila mereka tahu kat Malaysia ada sijil sakit atau MC, sebab kat negara diorang MC tu tak wujud.
8. Dalam masyarakat Jepun, biasanya kalau mereka berkahwin, mereka tidak ada anak atau ada anak sikit dalam satu atau dua orang. Bila ada anak, salah seorang akan berhenti kerja yang biasanya sang isteri, untuk uruskan hal keluarga dan rumah, manakala suami pula akan pergi travel bekerja macam orang gila. Pagi keluar rumah, malam baru balik.
9. Kalau keluarga yang duduk jauh dari tempat kerja, hari Isnin suami akan travel pergi ke ibu kota naik kereta api laju untuk bekerja. Habis kerja dia akan duduk kat hostel atau rumah sewa. Hari minggu baru balik rumah. Urusan rumah dan anak-anak pula semua isteri dia buat, beli barang dapur, hantar dan ambil anak di sekolah dan sebagainya. Benda ini adalah norma masyarakat Jepun.
10. Sebab tu mereka pelik bila datang Malaysia, mereka tengok cara hidup masyarakat keluarga di Malaysia amat berbeza dengan mereka. Suami isteri boleh bekerja dalam masa yang sama uruskan hal rumah dan anak-anak. Suami pergi hantar anak ke sekolah, petang isteri pula ambil. Malah hal yang sangat biasa bagi kita seperti suami hantar isteri ke tempat kerja pun mereka rasa teruja.
11. Tu belum cerita bab pakaian. Orang Jepun memang kena berbelanja banyak untuk pakaian sahaja. Bukan sahaja kerana terpaksa mengikut demand fesyen, malah kerana perubahan cuaca juga. Mereka kena beli pakaian yang sesuai untuk setiap musim, lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Nak tak nak kena beli baju sejuk, winter coat, winter boots dan sebagainya yang rata-rata harganya bukanlah murah.
12. Kalau di Malaysia, relaks je boleh pakai baju yang sama sepanjang tahun. Malah tak perlu nak berfesyen-fesyen sangat sebab orang Malaysia bukan peduli sangat pasal fesyen, asal simple dan selesa sudah. Pakai baju T plain dan seluar jeans lusuh pun orang lain takkan peduli atau judge fesyen kita.
13. Tapi benda ni jangan kata Jepun sahaja, kalau tengok trend sekarang pun, orang Korea Selatan pun makin ramai yang suka dan mahu tinggal di Malaysia. Kadang-kadang pelik takkan orang dari negara maju nak duduk kat negara membangun macam kita, tapi itulah realitinya.
14. Kita kagum dengan teknologi, anime, manga, hiburan, J-Pop, K-Pop, drama dan filem mereka, mereka pula kagum dengan cara hidup kita. Sedang rakyat Malaysia mahu belajar dan mencontohi cara hidup orang Jepun rajin dan bekerja keras namun stress, rakyat Jepun pula mahu belajar dan mencontohi cara hidup orang Malaysia yang santai dan seimbang.
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: punca kenapa orang jepun suka tinggal menetap migrate migrasi di kat negara malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.