Halaman

Selasa, 10 Mac 2020

Kabinet Malaysia 2020 Kerajaan Perikatan Nasional

1. Tamat sudah teka teki siapa yang menerajui Kerajaan Malaysia selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan diambil alih oleh Perikatan Nasional. Jumlah menteri dan timbalan menteri kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin berjumlah 70 orang kesemuanya. Saiz kabinet Kerajaan PH yang lepas mempunyai 55 orang.

2. Ini bermakna lebih banyak wang kerajaan yang perlu diperuntukkan untuk menbayar gaji menteri. Aku harap dengan bertambah banyaknya jawatan menteri/timbalan menteri, produktiviti, prestasi dan pencapaian kementerian dan kerajaan pun meningkat, barulah berbaloi dengan peruntukan yang dibelanjakan untuk membayar gaji-gaji mereka.

Klik sini untuk besarkan.

3. Berikut adalah pecahan jawatan kabinet Kerajaan Malaysia baru:
- BERSATU: 16
- UMNO: 18
- PAS: 8
- MCA: 4
- MIC: 1
- GPS: 9
- GBS: 3
- BEBAS (Serpihan PKR): 9
- Bukan politik: 2

4. Terdapat 6 orang menteri/timbalan menteri lantikan senator. 4 orang dari parti politik, manakala 2 orang lagi bukan orang politik iaitu YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (bekas CEO CIMB Bank) yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dan DS Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (bekas mufti Wilayah Persekutuan) yang menjawat jawatan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

5. Terdapat beberapa perubahan portfolio kementerian seperti:
- Beberapa kementerian yang baru ditubuhkan, ditukar nama dan diserap ke Jabatan Pedana Menteri.
- Kementerian Pengajian Tinggi diasingkan semula dari Kementerian Pendidikan
- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dipecahkan kepada 3 kementerian berbeza.

6. Kabinet kali ini menampilkan lebih ramai muka-muka baru yang belum pernah jadi menteri/timbalan, serta memecah norma di mana terdapat menteri yang dilantik bukan dari kalangan ahli politik.

7. Ahli politik yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah tidak dilantik menganggotai kabinet. Untuk yang dah jadi anggota kabinet, aku harap semua dapat buat pengisytiharaan harta. Sekurang-kurangnya rakyat tahulah mana satu menteri yang kaya, jadi kalau ada menteri nampak mewah takdelah kena tuduh songlap duit. Ni bila tak declare tu yang rakyat terkejut bila masuk mahkamah baru tahu rupa-rupanya ahli politik tu hartawan jutawan billionaire.

8. Beberapa menteri yang melompat dari kerajaan PH ke PN dari BERSATU dan serpihan PKR, rata-rata dapat jadi menteri semula dengan portfolio berbeza. Ada juga ahli politik yang menyokong kuat Tun M sebelum ini, kini sudah taat setia kepada kepimpinan kerajaan PN yang baru dan telah menganggotai kabinet. Jadi aku kira segala kontroversi yang orang kecam dan troll sebelum ini masa mereka di kerajaan PH seperti isu semburit, kereta terbang, mak lampir, tipu sijil dan sebagainya mungkin sudah dimaafkan.

9. Memandangkan menteri dan timbalan menteri pun baru je angkat sumpah, jadi buat masa ini masih terlalu awal untuk menilai prestasi kabinet baru ini, tapi aku yakin ramai orang Melayu tak kisah sangat pun pasal tu kerana yang penting bukan DAP dan Anwar Ibrahim jadi PM.

10. Cuma aku harap kerajaan baru ini tidak buat terlalu banyak perubahan drastik terutama sektor pendidikan. Penat lah ubah sana ubah sini jadikan pelajar-pelajar bahan eksperimen. Lagipun korang ada masa lebih kurang 2 tahun lebih je pun untuk memerintah sebelum PRU15 nanti, jadi nak ubah apa sangat pun tak sempat. Silap-silap masa PRU15 nanti PN dah bubar, lepas tu BN, BERSATU, PAS dan sebagainya bertanding balik asing-asing. Nama pun politik bukan boleh percaya sangat.

11. Mana-mana dasar dan projek yang dah dirancang dan dilaksanakan tu, aku harap teruskan je kalau benda tu baik. Kalau tak pasti boleh tanya je pandangan pengurusan tertinggi dari kalangan penjawat awam sama ada suatu projek yang dah dirancang tu baik atau tidak. Kalau benda baik tak perlu batal, cuma perlu tambah baik je kelemahan yang ada. Tapi kalau ada projek yang mencurigakan dari kerajaan sebelum ini, kaji semula.

12. Memandangkan Perikatan Nasional ditubuhkan selepas PRU14, mereka tidak terikat pada manifesto pilihanraya mana-mana parti komponen. Jadi gunakan peluang ini untuk buat kerja dan majukan negara tanpa sebarang tekanan, desakan dan tuntutan rakyat yang mahu mereka tunaikan sebarang janji manifesto.

13. Yang paling penting, rakyat Malaysia terutama majoriti Melayu dan bumiputera mahu kerajaan PN terus mengangkat, memperkasa dan memelihara kaum bumiputera, agama Islam, bahasa kebangsaan dan institusi diRaja, dalam masa yang sama tidak meminggirkan kaum minoriti dan agama lain. Atas sebab itu je pun majoriti rakyat Malaysia merelakan kerajaan baru ini tertubuh, jadi tolong jaga dan jangan ulangi kesilapan kerajaan PH yang lalu.

14. Akhir kata kita sebagai rakyat harus terus menyokong segala dasar dan perancangan baik yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru ini, dalam masa yang sama tetap mengkritik segala hal yang tidak menyenangkan dan membangkitkan kontroversi. Jangan disebabkan kerajaan baru ini ramai ahli politik Melayu dan bumiputera, maka kita hanya tutup mata pada hal yang salah.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ulasan senarai kabinet malaysia 2020 kerajaan perikatan nasional pn menteri timbalan parti politik ahli jawatan portfolio kementerian

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.