Halaman

Ahad, 1 Mac 2020

Kejatuhan Kerajaan PH dan kebangkitan Kerajaan PN

1. Akhirnya penantian selama seminggu terjawab. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM ke-8.

2. Ramai yang gembira, ramai juga yang tak gembira. Walau apa pun perasaan korang, YDP Agong dah buat keputusan, jadi tolong hormat keputusan itu.

3. Jangan sesiapa lepas ni heret rakyat untuk membantah, protes, berdemo dan sebagainya. Benda ni terjadi bukan kerana rakyat pun tapi kerana ketamakan dan kebobrokan korang semua sendiri ahlul-ahlul politik. Jadi sila tanggung dan selesaikan sendiri.


4. Dan aku percaya, ia terjadi kerana banyak isu yang melibatkan sensitiviti kaum Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan yang sewaktu dengannya tidak diurus dengan baik ketika zaman kerajaan PH.

5. Secara peribadinya, aku lebih suka pada cadangan kerajaan perpaduan atau campuran yang dicadang oleh mantan PM Tun Mahathir di mana kerajaan dibentuk oleh campuran semua parti politik di Malaysia.

6. Sebagai contoh ada Menteri dari parti UMNO dan timbalannya dari PKR, ada Menteri dari DAP dan timbalannya dari PPBM, ada menteri dari PAS dan timbalannya PAN, baru semua ahli kabinet tak berani nak buat silap dan salahguna kuasa takut kantoi. Tapi benda tu tak mungkin lah sebab parti-parti kat Malaysia ni kalau bermusuh diorang bawak sampai mati.

7. Cuma aku harap lepas kerajaan baru ni, mana-mana ahli politik yang kesnya dalam perbicaraan, harap teruskanlah sahaja dengan telus tanpa ada campur tangan mana-mana pihak. Korek juga salahlaku ahli politik lain dan hadapkan sahaja ke mahkamah tanpa mengira parti. Ingat, tak bermakna bila jadi kerajaan terus semua jadi suci.

8. Semoga krisis kerajaan ini menjadi iktibar buat semua kali politik. Tak kiralah siapa yang naik, jangan sesekali buatkan hati orang Melayu dan umat Islam terguris.

9. Bukan mudah nak dapatkan kepercayaan kaum majoriti untuk mengundi sesebuah parti yang tak berteraskan bangsa Melayu dan agama Islam, jadi bila korang khianati kepercayaan mereka, mereka pasti akan kecewa dan tidak akan percayakan korang lagi.

10. Jadi nampaknya untuk penggal ini kita ada 2 kerajaan yang memerintah. Separuh pertama kerajaan Pakatan Harapan, separuh kedua kerajaan Perikatan Nasional. Maka kalau kerajaan PN boleh buat lebih baik dari PH, nampaknya kita dah dapat gambaran keputusan PRU15 nanti macam mana.

* Semua krisis politik kerajaan ini sebenarnya membuatkan aku terkilan, sangat terkilan. Tahun 2020 ni aku nak lihat sangat kemeriahan dan kemajuan negara seiring dengan Wawasan 2020. Ini wawasan entah ke mana, yang ada cuma kemelut politik yang sangat besar. Sedih.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kejatuhan kerajaan ph pakatan harapan kebangkitan muafakat nasional muhyiddin yassin jadi pm8 perdana menteri pm ke-8

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.