Khamis, 25 Jun 2020

4 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Beberapa tahun lepas aku ada cipta sebuah lagu bertajuk Pergi. Sebab suara aku tak berapa sedap dan juga pelat "R", jadi aku tukar suara jadi chipmunk. Intro lagu ni aku gunakan untuk semua video Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) yang aku letak kat channel Buasir Otak TV ni. Jadi aku nak kongsikan lagu penuhnya. Kalau tak sedap jangan marah ye, aku hanya mencuba. Nanti aku buat kartun lagi.



Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Aku hanya insan biasa
Yang tidak punya apa-apa
Hanyut dibuai alam nyata
Terperangkap dalam kecewa

Lari, lari, dari realiti
Lari, lari, ku takkan kembali
Pergi, pergi, biarku sendiri
Pergi, pergi, takkan kembali lagi

Masih merangkak langkah ini
Menempuh jalan yang tak pasti
Hanya kegelapan di sisi
Sinar cahaya yang di nanti

Lari, lari, dari realiti
Lari, lari, ku takkan kembali
Pergi, pergi, biarku sendiri
Pergi, pergi, takkan kembali lagi
Takkan kembali lagi

Aku hanya insan biasa
Yang mahu temu bahagia

Lari, lari, dari realiti
Lari, lari, ku takkan kembali
Pergi, pergi, tinggalkan ku sendiri
Pergi, pergi, takkan kembali lagi

Pergi, pergi, tinggalkan ku sendiri
Pergi, pergi, jangan kembali lagi

Muzik/Lirik: Prince of Noob


Lagu ini bukanlah mengisahkan pasal awek, sebaliknya tentang seseorang yang cuba lari dari kegelapan yang sudah lama menghantui diri.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single pergi indie lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost


4 ulasan:

  1. Macam sesuai untuk animasi la..

    BalasPadam
  2. Aku tak minat Chipmunks dan seangkatan dengannya tapi awal-awal lagu pon vibe macam layan, dengar jugak sampai habis. Nak buat cover boleh? Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat suara chipmunk sebab suara sendiri tak sedap huhu. boleh je nak cover hehe

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners