1. Tular pasal cikgu buat group Whatsapp untuk murid kelas, murid-murid dia tukar nama group kelas 'Kami Tak Nak Homework'. Lepas tu ada pula yang left group.
2. Ada juga cikgu mengadu dia buat video pembelajaran upload kat Youtube, suruh semua murid-murid subjek dia tengok. Video dia cuma ada 10 views je sedangkan bilangan muridnya lebih ramai.
3. Anak buah aku sendiri, kelas dia dalam 40 orang. Ada sekali tu cikgu Sains dia invite Google Meet untuk buat kelas online. Yang join, anak buah aku, kawan dia seorang, dan cikgu dia. 3 orang je.
4. Anak buah aku tu bukanlah budak yang cemerlang dalam pelajaran, tapi bab belajar, bab akhlak, bab hormat orang tua, bab hormat cikgu, memang mak bapak dia ambil serius.
5. Bayangkan dari 40 murid dalam kelas, hanya 2 orang sahaja masuk kelas. Lagi 38 pergi mana? Ok katakan lah 15 orang mungkin ada isu seperti takde telefon, takde komputer, takde Internet dan sebagainya, mana pergi lagi 23 orang? At least dapat separuh kehadiran pun OK lah, ini tak sampai 5% pun.
6. Belum cerita yang cikgu suruh buat homework, latihan, kuiz semua tu. Dari berpuluh-puluh murid dia, yang hantar cuma 10%. Penat je sekolah dan KPM buatkan akaun Google Classroom untuk setiap murid, yang pakai berapa kerat je. Guna buat komen bukan-bukan kat Youtube ada lah. Lepas tu guna phone buat main PUBG, Free Fire, Mobile Legends berjam-jam boleh pulak, tapi masuk kelas online sekejap tak boleh.
7. Budak tu satu hal, yang aku lagi pelik, MAK BAPAK diorang ni tak kisah ke? Tak ambil peduli langsung ke? At least kalau anak tak pandai, takkan akhlak dan adab pun tak boleh nak ajar? Mak bapak jenis apa ni tahu sekadar buat anak je?
8. Nampak macam cikgu je beria terhegeh-hegeh nak ajar anak-anak orang, tapi mak bapak buat tak tahu pun, jadi what's the point?
9. Jadi aku cadang lepas habis PKP apa semua ni, bila sekolah buka balik, pihak kerajaan bagi jelah option kat mak bapak ni masih berminat nak hantar anak ke sekolah ke tak? Kalau tak berminat, pandai-pandailah anak kau nak hidup.
10. Sekolah dah la kebanyakannya terlebih muatan. Ada sekolah satu batch je ada yang sampai 18 kelas. Satu kelas pulak sampai 35-40 murid. Jadi takde point kalau dari 40 murid, yang berminat belajar dan yang mak bapak peduli tak sampai separuh pun.
11. Jadi lebih baik budak-budak yang macam ni tak payah pergi sekolah. Cikgu-cikgu pun tak payah pening kepala boleh fokus mengajar pada kumpulan sasaran yang betul-betul berminat nak belajar je. Tak semestinya kena pandai, asal berminat nak belajar, asal ada moral dan akhlak, asal tahu hormat guru, asal mak bapaknya peduli pun dah cukup.
12. Ini pergi sekolah main-main, kerja sekolah tak nak buat, ponteng sekolah, pau duit kawan, curi barang, habis sekolah melepak hisap rokok hisap vape, ada motor merempit sana sini, kacau budak, buli budak lain, bila cikgu mengadu kat mak bapak, mak bapak backing anak, jadi apa point pergi sekolah? Buat kacau murid-murid yang nak belajar je.
13. Jadi budak-budak yang tak berminat belajar dan mak bapak tak kisah ni macam mana? Pandai-pandailah mereka nak hidup dan cari alternatif lain yang dirasakan lebih baik dari cikgu dan sekolah kerajaan. Mak bapak nak besarkan dan guide anak mereka macam mana, terpulang.
14. Sekarang pun katanya pelajaran tak semestinya menjamin kerja masa depan kan, jadi pandai-pandailah. Anak sendiri, tanggungjawab sendiri. Kalau dah besar nanti anak tak jadi orang, kalau kantoi buat benda yang menyalahi undang, tangkap dan sumbat je dalam penjara. Masa tu mak bapak menyesal pun tak guna dah.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: runtuhnya generasi muda apabila ibu bapa mak bapak ayah tidak lagi peduli tukar tajuk whatsapp group kelas murid pelajar cikgu guru tak nak homework elearning vc google classroom homework
Anak buah kak PC sampai nangis-nangis suruh ibunya call Cikgu.Suruh cikgu buka sekolah.Nak sekolah macam biasa.Bila cikgu bagi kerja sekolah sikit siap kata kenapa sikit sangat.Hari-hari paksa ibunya call cikgu.Ibunya naik segan dengan cikgu.Hehehe.
BalasPadambagus lah anak buah bersemangat nak belajar. semoga jadi orang berjaya di masa depan ya
PadamSetuju bab guru yang nampak terhegeh-hegeh tu. Orang yang patutu cari ilmu, buat macam tak bernilai sungguh ilmu tu.
BalasPadamtu lah pasal. cikgu pulak nampak beria lebih, tapi mak bapak tak kisah pun.
Padam