Halaman

Jumaat, 4 September 2020

Bila ahli politik mendakwa Youtuber menipu demi views

1. Bulan Jun 2020 lalu, tular kisah adik Veveonah M kat Youtube yang sanggup panjat dan belajar atas pokok semata-mata nak dapatkan line Internet untuk jawab exam.

2. Namun tular pula apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia memberi kenyataan dalam Parlimen bahawa adik Veveonah hanya menipu semata-mata nak dapatkan views di Youtube.

3. Maka ramailah netizen percaya cakap menteri tersebut lalu kecewa dengan adik Veveonah, malah turut mengecam adik Veveonah tersebut kerana sanggup menipu demi views. 

4. Aku tak nafikan memang ada Youtuber yang menipu untuk dapatkan views, contohnya yang buat video awek curang demi RM20K tu yang ingatkan betul-betul tapi rupa-rupanya sekadar lakonan semula.

5. Tapi bila seorang ahli politik yang bertaraf timbalan menteri sendiri mendakwa adik Veveonah menipu, aku tersangatlah ragu-ragu dengan kenyataannya.

6. Ya, sejak bila cakap ahli politik boleh pakai? Apatah lagi bercakap buruk pada seorang rakyat yang bagi aku naif dan baru nak kenal dunia, tanpa bertemu dan bertanyakan sendiri pada tuan punya badan.

7. Malah jika ikut logiknya kalau adik Veveonah ni menipu, buat apa TM datang ke kampungnya siap nak naiktaraf infrastruktur? Sepatutnya dari awal lagi TM dah boleh sahkan yang budak itu menipu kerana kat kampungnya memang ada talian Internet yang laju.

8. Jadi kalau kena pilih antara adik Veveonah dan seorang ahli politik, aku takkan pilih cakap ahli politik. Apa-apa pun aku nak tunggu dulu kenyataan dari tuan punya badan.

9. Ramai kawan-kawan adik Veveonah yang sekelas dengannya telah mengesahkan yang Veveonah tidak menipu, siap tunjukkan lagi jadual peperiksaan mereka. Kemudian, adik Veveonah sendiri akhirnya telah memberi kenyataan yang dia tidak menipu.

10. Dan di pengakhiran isu ini, Timbalan Menteri tersebut mengeluarkan kenyataan di FB yang beliau memohon maaf kerana telah membuat kenyataan tidak tepat terhadap adik Veveonah.

11. Walaupun isu ini nampak sudah selesai, tapi damage has been done. Benda ni memang sangat-sangat mengecewakan. Imej Veveonah tak pasal-pasal tercalar akibat seorang politikus. Masih ramai yang terus mengeji adik Veveonah kerana belum baca dan terlepas kenyataan maaf Timbalan Menteri tersebut.

12. Lebih mengecewakan bila ada page-page besar, selebriti Internet, influencer dan Youtuber besar yang terus percaya cakap menteri dan terus turut sama kecam adik Veveonah. Sepatutnya diorang jadi benteng pertama untuk menapis maklumat, tapi diorang turut sama jadi penyebar fitnah. Sedih!

13. Bayangkan adik Veveonah yang tinggal di kawasan pedalaman, dengan kurangnya infrastruktur, kemudahan dan fasiliti, bersusah payah dan bekerja keras panjat dan duduk atas pokok semata-mata nak jawab exam, hanya untuk diperlekeh usahanya oleh orang kayangan yang hanya duduk di atas kerusi yang empuk dan selesa.

14. Orang yang berada di atas, yang ada kuasa, yang diberi peluang untuk bersuara di Parlimen, tak perlu lah cari pasal dengan rakyat marhaen yang di bawah, yang tiada kuasa, yang tidak berpeluang bersuara di Parlimen. Kami sedar, kami bukan level-level anda, kami bukan sesiapa pun, tapi usah memperlekeh dan merendah-rendahkan martabat kami seperti itu.

 
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ahli politik timbalan menteri komunikasi dan multimedia dakwa tuduh fitnah adik veveonah m youtuber panjat belajar atas pokok ambil peperiksaan menipu kerana untuk demi views



2 ulasan:

  1. menipu dalam dewan rakyat secara jelas... letak jawatan je lah ... ikutlah cara politikus di negara maju..

    BalasPadam
  2. menteri Malaysia mana ada te##r nak letak jawatan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.