Syukur Alhamdulillah, channel Youtube Buasir Otak TV, akhirnya telah mencapai 20,000 Subscribers, beserta pencapaian milestone lain iaitu 4,500,000+ Views dan 250+ Video.
Walaupun sasaran untuk dapat Silver Play Button masih jauh, namun tak akan ada pencapaian besar tanpa pencapaian-pencapaian kecil.
Terima kasih kepada semua yang masih sudi memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.
Sedikit perkongsian, sekarang ini channel ini kebanyakan penontonnya adalah budak-budak dan remaja, walaupun target audience aku pada asalnya adalah golongan belia dan dewasa.
Walaupun adakalanya topik sketsa yang dibawakan adalah isu-isu semasa yang tular di kalangan orang dewasa, namun disebabkan ia dihidangkan dalam bentuk animasi, ia tidak dapat menghalang dari ramai golongan muda untuk tertarik padanya.
Jika diikutkan sejarah Buasir Otak, aku aktif menulis blog bermula tahun 2011. Masa tu ramai audien di kalangan belia muda dan dewasa.
Pada tahun 2015, aku aktif pula dalam penghasilan karya komik Buasir Otak: The Komik. Masa tu ramai audien di kalangan remaja dan belia muda.
Kini, channel Buasir Otak TV yang dimulakan pada tahun 2019 mendapat tempat di hati kanak-kanak dan remaja pula.
Pada mulanya agak ralat juga apabila mengenangkan lebih ramai audien kecil berbanding audien dewasa yang mengikuti channel ini, namun bila difikir-fikirkan semula, ia sebenarnya ada kelebihan juga.
Ya, golongan muda ini makin lama makin membesar. Bila mereka sudah besar kelak, mungkin ada yang masih tengok, dan mungkin ada juga yang sudah tidak tengok lagi channel aku.
Namun yang aku pasti, animasi-animasi ini pernah berpahat di hati mereka dan pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak mereka pada suatu ketika dahulu, dan aku harap, mereka akan mengenangkannya sebagai salah satu memori indah dalam hidup mereka.
Sekian sahaja coretan aku buat masa ini. Kepada yang belum Subscribe tu, harap dapat Subscribe ya. Bagilah aku peluang nak merasa Silver Play Button huhu.
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: kenapa aku buat channel youtube animasi kartun buasir otak tv kenali audien audience
Syabas bhai.. Tahniah...
BalasPadamC++
CipanTapirTenuk.Blogspot
terima kasih. wah lama tak jumpa. semoga sihat2 selalu
Padam