Halaman

Selasa, 4 Mei 2021

Perkongsian di media sosial perlu ada batasnya

1. Sejak musim COVID-19 ni antara golongan yang paling banyak dikecam adalah golongan pemimpin, ahli politik, artis, selebriti, usahawan kayangan, instafemes, so called influencer dan yang sewaktu dengannya.

2. Mereka dikecam kerana tatkala rakyat dihimpit dengan pelbagai kesusahan dan sekatan, mereka ini dilihat masih boleh ke sana ke mari, masih buat majlis besar-besaran sana sini, masih boleh bermewah-mewahan sana sini, tatkala rakyat biasa nak balik kampung jenguk ibu bapa sakit pun susah.


3. Benda ni kalau dibuat 2 3 tahun lepas, mungkin rakyat tak peduli sangat. Tapi sekarang ni saat yang getir, pantang nampak tak kena sikit pasti rakyat akan terguris dan marah.

4. Satu, kerana rakyat merasakan ada double standard. Kedua, kerana rakyat merasakan golongan kayangan ini seperti tiada empati, masih boleh hidup seperti tiada apa-apa berlaku sedang rakyat melalui waktu sukar.

5. Tapi aku rasa itu memang sudah sifat orang kita. Kebanyakan kita memang suka menunjuk, suka show off dengan apa yang kita ada, mahu orang lain tahu tentang gaya hidup kita. Kita sentiasa mahukan perhatian, lebih-lebih lagi jika kita ini seorang public figure.

6. Kita sentiasa mahu tayang kehidupan kita pada umum. Upload gambar tentang kegiatan seharian. Kongsi segala aktiviti kita di IG/FB story. Pergi mana-mana buat Live video. Kehidupan kita ibarat dokumentari dan biografi untuk bacaan dan tatapan orang lain.

7. Sebelum itu cuba kau pergi tengok IG selebriti yang popular di negara lain, seperti contoh pelakon antarabangsa Robert Downey Jr. Kau akan nampak dia hanya upload benda berkaitan karier lakonannya, trailer filem, photoshoot dan sebagainya. Post berkaitan peribadi dia sangatlah minimal.

8. Pergi tengok IG Lisa Blackpink. Upload cuma gambar photoshoot dan hal berkaitan karier. Takde share gambar tengah makan-makan. Takde share video jalan-jalan beli barang. IG story pun langsung takde.

9. Tengok IG Cristiano Ronaldo, penuh dengan gambar aksi bola sepaknya, gambar rakan sepasukan, photoshoot, dan sekali sekala ada gambar bersama keluarga. IG story letak gambar bola. Gambar tayang kereta, rumah besar dan barang mewah langsung takde walaupun satu dunia tahu dia antara atlet yang terkaya dalam dunia.

10. Jenguk IG Jeff Bezos, orang paling kaya di dunia. Perkongsian hanya tentang kerja, bisnes, kempen kemanusiaan, sesekali tentang kekeluargaan. Tiada IG story, tiada tayangan wang ringgit, tiada tayangan harta mewah, apatah lagi trying to hard nak bagitau yang dia tu kaya.

11. Cuba tengok pula IG Shah Rukh Khan. Update IG sekali dua dalam sebulan. Gambar photoshoot, poster filem, public service announcement dan sebagainya. Nak jumpa gambar dan video tentang kehidupan dan aktiviti peribadi jarang sekali. IG story takde langsung.

12. Tatkala negara India sedang dilanda krisis Covid-19 yang sangat teruk, bayangkan kalau selebriti negara mereka dengan selamba badaknya post macam-macam kat media sosial seolah-olah takde apa-apa tengah melanda negara mereka, mesti mereka pun akan menerima kecaman hebat dari rakyat negara mereka.

13. Tapi mereka tak buat macam tu sebab mereka tahu, mereka faham, mereka peka, mereka sensitif dan mereka cakna tentang keadaan sekeliling. Mereka tahu apa boleh, perlu dan sesuai dikongsikan, serta apa yang biarlah rahsia. Mereka ada batasan setakat mana yang mereka boleh kongsi, dan setakat mana orang luar tak perlu tahu tentang hidup mereka.

14. Nah, sekarang tengok pula media sosial para artis, selebriti dan tokoh-tokoh tempatan yang popular terutama yang ramai followers. Amat berbeza sekali. Kalau boleh macam-macam benda nak kongsi. Pasal karier, iklan produk, anak, rumah, kereta, gurau laki bini, aktiviti seharian, perjalanan hidup, makan apa, beli apa, buat majlis itu ini, macam-macam lah. IG story tu kalau boleh setiap jam nak post.

15. Mungkin bukan pada artis sahaja, tetapi budaya berkongsi kehidupan dan show off sememangnya sudah sebati dalam kebanyakan masyarakat kita. Tak tahu kenapa, kita sukar untuk tentukan sempadan antara public dan private, tentang apa yang patut dikongsi, apa yang patut disimpan sendiri.

16. Memang betul, media sosial kita, suka hati kita nak post apa. Kalau tak suka, block dan unfollow je lah. Tapi kita tetap tak boleh kawal reaksi dari netizen dan kesan yang bakal berlaku akibat post kita. Silap silap, kita terkongsi kesalahan kita sendiri sehingga mengakibatkan kita terhukum oleh undang-undang.

17. Bak kata pepatah, less is better than more. Sebab lagi sedikit kita tunjuk, lagi sedikit kita bercakap, lagi kurang risiko nak pening kepala akibat masalah yang kita bakal cipta tanpa sengaja.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: perkongsian kongsi berkongsi media sosial instagram facebook ig fb twitter tiktok artis selebriti langgar sop majlis anak kahwin merentas negeri beli carpet


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.