Halaman

Isnin, 10 Mei 2021

Perlukan jodoh untuk berubah menjadi baik

1. Selalu baca terutama kat page-page confession yang entah apa-apa tu, orang tulis yang dia perlukan pasangan hidup agar dapat membimbing dia ke jalan yang baik.

2. Yang lelaki berharap ada perempuan hadir dalam hidup dia untuk mengubah dia jadi baik. Yang perempuan pula berharap ada lelaki hadir dalam hidup dia untuk ubah dia jadi baik.

Gambar hiasan

3. Sekarang ni kau nak mengubah diri jadi baik ke, atau semata-mata nak cari jodoh? Kalau memang nak ubah diri jadi baik, kau sendiri boleh buat tanpa mengharapkan orang lain hadir dalam hidup kau.

4. Mahu orang lain bimbing kau jadi baik tak semestinya kena cari suami atau isteri. Boleh je cari ustaz ke, ustazah ke, mak ayah ke, ahli keluarga ke, kawan yang baik ke, masuk kelas agama ke, kelas motivasi ke.

5. Takkan kita ni lemah sangat nak kena tunggu ada suami atau bini bimbing baru kita nak berubah? Kira selagi takde laki atau bini, kita tak boleh berubah lah? Orang bujang yang masih belum dapat jodoh tak berpeluang untuk berubah kah?

6. Lagipun baik lelaki baik perempuan, kan dari kecik dah masuk sekolah, dah belajar agama, dah ada bimbingan ibu bapa, tapi kenapa rasa masih susah nak berubah? Rasa nak kena tunggu ada pasangan hidup bimbing baru boleh ubah?

7. Tak salah nak cari jodoh dengan orang yang baik-baik, yang nampak beriman dan sebagainya, tapi jangan terlalu berharap dan meletakkan tanda aras yang terlalu tinggi pada manusia kerana manusia itu manusia. Tiada manusia yang sempurna.

8. Bayangkan kalau kau berkahwin dengan seseorang yang sebelum ni nampak sempurna dan kau ingat dia boleh bimbing kau, sekali lepas kahwin rupanya dia taklah sesempurna mana. Pasti kau rasa kecewa dan lepas tu salahkan pasangan kau sebab gagal bimbing dan ubah diri kau.

9. Nak mengubah diri menjadi lebih baik, niat dan usaha tu kena datang dari diri sendiri. Kalau orang lain asyik suruh kau berubah tapi kau tak nak berubah, tetap tak jadi apa-apa.

10. Malah kau kalau dapat pasangan ustaz atau ustazah sekali pun, diorang bebel dan bagi tazkirah tiap-tiap hari suruh kau ubah itu ini tapi kau keras kepala tak nak ikut, tak guna juga.

11. Jangan terlalu harapkan orang lain untuk ubah diri kita, dan jangan pula salahkan orang lain sekiranya mereka tak boleh ubah diri kau.

12. Dan sebelum nak mengubah orang, ubah dulu diri kita agar kita sendiri boleh tunjukkan teladan yang baik pada orang lain. Ini kalau setakat sembang macam malaikat tapi perangai masih macam syaitan tetap tak guna juga.

13. Kerana pada akhirnya, kita tak boleh kawal orang lain, sebaliknya kita hanya boleh kawal diri kita sendiri.

Sekain.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: mahu pasangan perlu jodoh suami isteri bimbing ubah jadi baik ke jalan syurga jannah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.