Halaman

Selasa, 30 November 2021

Biar kurang pandai bukan kurang ajar

1. Tular gambar sekeping kertas ujian esei Bahasa Inggeris Tingkatan 3 yang mengandungi jawapan yang sangat mengarut dan tak masuk akal.

2. Antara jawapan yang di isi seperti "Saya mana reti haha mana-mana rancak berdosaaa", "Anak cina makan tea, sendiri mau ingad", "Bosan" dan "Anjaayyy".

Sumber FB.


3. Benda macam ni bukan isu baru. Budak zaman dulu pun dah ada yang macam ni. Yang tak jawab ujian bagi kertas kosong, yang tulis jawapan mengarut, yang tidur masa ujian dan sebagainya.

4. Kita faham bukan semua budak pandai dalam bidang akademik. Sebab tu dari dulu lagi ada budak kelas depan dan budak kelas belakang. Ada budak dapat nombor 1, ada budak dapat nombor last.

5. Bagi aku kalau budak kurang bijak dari sudut akademik itu kira masih boleh diterima. Ya lah, kita bukan nak semua orang jadi engineer, doktor, cikgu, pensyarah, peguam, akauntan, programmer dan sebagainya.

6. Negara kita juga perlukan pekerja tenaga mahir, separa mahir, operator kilang, rider, mekanik, juruwang dan yang sewaktunya juga di masa akan datang. Mereka-mereka ini yang akan mengisi kekosongan itu.

7. Yang paling menyedihkan adalah apabila seseorang itu biadab, kurang ajar dan miskin akhlak. Inilah yang harus dititik beratkan oleh ibu bapa pada setiap anak-anak iaitu adab dan moral, baik kepada anak yang bijak mahupun yang kurang bijak.

8. Kalau bijak sahaja tapi tak berakhlak dan tak bermoral tak guna juga, nanti bila mereka dah besar dah pegang jawatan dan kuasa, integriti ke laut, rasuah berleluasa, pecah amanah, sombong, ego, tinggi diri, zalim dan sebagainya, seperti mana yang kita tengok banyak berlaku sekarang.

9. Sebab itu ibu-ibu bapak-bapak sekalian, sila beri penekanan pada pembentukan akhlak anak masing-masing ye. Selagi mana anak itu spenda pun mak bapak beli, selagi itu mak bapak harus bertanggungjawab pada sikap anak-anak.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: budak kurang ajar biadab takde akhlak moral rendah jawab soalan esei bahasa inggeris tingkatan 3 bosan anjay

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.