Halaman

Isnin, 13 Disember 2021

Bila gaji RM10K pun masih rasa miskin

1. Dari dulu aku tekankan dalam hidup aku kalau berbelanja kena bezakan KEPERLUAN, KEMAMPUAN dan KEMAHUAN.

2. Gaji RM10K tak miskin. Hanya sebab kau guna duit gaji kau untuk belanja keperluan dan memenuhi kemahuan lifestyle kau, itu tak miskin.

3. Gaji RM10K kau guna untuk berhutang beli kereta mahal, rumah mahal, itu tak miskin. Itu maknanya gaji kau tu melayakkan kau untuk buat loan beli kereta dan rumah mahal.

4. Duit gaji memang untuk dibelanjakan, jadi apa yang miskinnya? Kalau hanya kerana gaji habis digunakan setiap bulan kau anggap itu miskin, orang gaji RM1 juta yang dihabiskan setiap bulan pun dikira miskin?

5. Jadi apa definisi miskin bagi kau? Kena belanja 5% dari duit gaji, yang selebihnya 95% boleh disimpan, baru itu dianggap tak miskin?

6. Kalau kau gaji RM10K pun dah rasa miskin, habis yang gaji RM1K ni pula nak rasa apa? Rasa kaya?

7. Kadang gaji banyak pun orang rasa miskin sebab mereka tak buat perancangan dan rekod perbelanjaan. Itu yang bila tiba hujung bulan bila duit gaji dah nak habis, mereka tak ingat duit pergi mana, terus rasa diri miskin.

8. Jadi bila kau dah gaji RM10K tapi masih rasa miskin, itu bukan sebab kau miskin, tapi sebab kau tak pandai urus kewangan.

9. Aku faham kalau ada orang nak perjuangkan kenaikan gaji minima RM1,200 sebab dah tak sesuai di zaman sekarang, tapi janganlah sampai orang yang dah gaji RM10K pun masih tak bersyukur dan rasa miskin. Agak-agak lah.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: gaji 10k 10000 kau sebenarnya miskin ingat banyak ke duduk di bandar kl kuala lumpur
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.