Halaman

Jumaat, 10 Disember 2021

Kenapa budaya buli sukar untuk pupus?

1. Kerana wujudnya orang dewasa yang menjadi enabler kepada budaya buli.

2. Bila ada kes buli, mereka akan berkata "Biasa lah tu", "Nak pelik apa", "Buli adalah budaya", "Budaya buli dah sebati dalam kehidupan", ,"Buli kan asam garam kehidupan", "Nak buli buli la asalkan takde kesan" dan sebagainya. Malah mangsa pula yang diherdik sebagai lemah, lembik, manja dan sebagainya.

3. Orang dewasa dengan mentaliti seperti ini lah yang akan terus membiarkan budaya buli terus diwarisi turun temurun.

4. Mereka ini ada di kalangan kita, ada yang telah menjadi ibu bapa, ada yang menjadi guru, ada yang menjadi warden, ada yang menjadi pekerja, ada yang menjadi pegawai kerajaan, ada yang menjadi ketua dalam organisasi, mereka ada di mana-mana.

5. Kebiasaannya orang dewasa buli enabler ini adalah orang yang juga kaki buli sewaktu zaman sekolah dulu, dan mereka tidak pernah menyesali apa yang mereka lakukan sehingga kini.

6. Malah mereka akan turut membawa budaya buli tersebut di tempat kerja, dalam rumahtangga, di kawasan kejiranan, di atas jalan raya, di kedai, di media sosial, dalam persatuan dan lain-lain kumpulan masyarakat.

7. Sikap mereka ini pula akan diwarisi dan dicontohi oleh anak-anak mereka, kanak-kanak di sekelilingnya, pasangannya, orang-orang bawahannya sehingga menyebabkan rantaian ini sukar dibendung.

8. Tolong jangan membenarkan perkara yang salah walaupun ianya biasa berlaku. Benda salah tetap salah walaupun ianya biasa berlaku. Langgar lampu isyarat biasa orang buat tapi ia tetap salah. Makan rasuah perkara biasa ahli politik buat tapi ia tetap salah. Benda biasa berlaku bukan bermakna ia betul.

9. Jangan sampai bila mangsa dah cedera, mengalami trauma dan depressi, atau meninggal dunia akibat buli, baru kita nak sedar. Jangan sampai bila ia kena pada kita atau anak-anak kita, baru kita nak sedar.

10. Aku harap kita boleh buang mentaliti buli enable ini jauh-jauh. Kita mahu hidup dalam persekitaran yang selamat, untuk kita dan anak-anak kita. Jika ada kes buli, laporkan terus kepada pihak berkuasa, kerana buli adalah jenayah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: budaya buli sukar pupus semakin berleluasa kes pukul mrsm viral video gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.