Halaman

Isnin, 20 Jun 2022

Hidup cemerlang namun kesihatan mental terjejas

1. SPM adalah titik mula untuk seseorang meneruskan laluan bidang kerjaya, namun sama ada cemerlang atau gagal SPM, ia bukanlah penentu kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup.

2. Aku tak nak tulis artikel panjang-panjang compare kisah hidup aku dengan orang lain sebab kehidupan setiap manusia tak sama. Tak perlu tulis apa sebarang tips dan skillset tambahan yang kena ada untuk berjaya dalam kerjaya sebab benda tu semua common dan orang dah tahu dah pun.

3. Ramai orang yang betapa mereka dulu pelajar cemerlang di sekolah, result SPM cemerlang, dapat biasiswa masuk universiti buat degree/master, dapat kerja bagus, tapi end up rasa depress, anxiety, frustration, insecure, low self esteem, rasa tak bahagia, lebih suka bersendirian dan acapkali menitis air mata seorang diri di bucu katil.

4. Sedangkan bila kita tengok ramai orang yang bukan pelajar yang cemerlang di sekolah, SPM tak begitu cemerlang atau gagal, tak sambung belajar tinggi-tinggi, kerja pun biasa-biasa, tapi hidup sentiasa dipenuhi tawa ceria, gembira, seronok dan bahagia.

5. Kenapa ada orang yang pencapaian hidupnya sentiasa cemerlang serba serbi namun susah merasa gembira dan bahagia? Ia sebenarnya terjadi akibat high expectation dan peer pressure dari persekitaran sekeliling.

HIGH EXPECTATION

6. Semakin cemerlangnya akademik seseorang, makin tinggi harapan orang sekeliling pada dia terutamanya dari ibu bapa, keluarga dan cikgu. Sehinggalah satu tahap, dia terpaksa korbankan minat dan juga kepuasan hati dia demi untuk memuaskan hati orang lain.

7. Katakan seseorang bijak akademik tapi dia minat seni, cikgu akan suruh dia ambil aliran sains sedangkan hatinya pada bidang seni. Tapi demi memuaskan hati cikgunya, dia ambil aliran sains. Ya, mungkin akhirnya dia boleh pergi jauh, tapi tiada keseronokan dan kepuasan dalam hatinya kerana terpaksa korbankan suatu yang dia minat.

8. Ada pula pelajar yang dapat 10A dalam SPM. Kerana minat yang mendalam dengan animasi, dia bercadang nak sambung degree bidang animasi. Namun ibu bapanya suruh dia sambung jurusan medik, kerana bagi mereka dah dapat result bagus SPM, rugi kalau tak sambung jurusan yang top.

9. Ya, dia mungkin jadi doktor akhirnya, dapat kerja hospital gomen merawat pesakit, ada gaji yang stabil, dapat beli rumah, kereta, bina keluarga, tapi perasaan kesal dalam hati dalam hati kerana tak dapat kejar impian masa kecil tu terus terpahat kekal dalam hati menjadikan perasaan depresi dan anxiety itu sukar untuk hilang.

10. Tambah lagi bila dia tengok pula ada kawan sekolah dia yang dulu pencapaian akademik lebih rendah tapi dah berjaya sambung belajar dalam bidang animasi dan mempunyai kerjaya sebagai animator, deep down dalam hati terasa envy sebab kawan dia dapat capai impian dia sendiri, sedangkan dia hanya dapat capai impian ibu bapanya untuk melihat anaknya jadi doktor. 


PEER PRESSURE

11. Begitu juga dengan peer pressure di kalangan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Kadang-kadang memang kita tak mahu bandingkan diri kita dengan orang lain, tapi perasaan peer pressure tu seringkali terdetik juga dalam hati membuatkan kita rasa down, timbul rasa bimbang dan keresahan yang tak sudah.

12. Orang yang bijak pandai akademik ni biasanya lepas SPM akan sambung degree dan grad pada usia 23-25 tahun. Masa ni boleh kata alam dewasa dia baru sahaja nak bermula. Tapi lepas grad pula belum tentu terus dapat kerja seiring dengan bidangnya. Jika rezekinya baik, pada usia 26-30 hidupnya dah kira stabil walaupun gaji belum besar mana. Ada yang dah mula kahwin dan ada anak kecil.

13. Tapi kemudian bila dia belek FB kawan-kawan sekolah dia, perasaan anxiety dan insecure tu mula datang bila dia tengok kawan-kawan dia dah memulakan alam dewasa lebih awal, lepas habis sekolah dah kerja walaupun kerja biasa-biasa, usia 21 tahun dah kahwin dan ada anak, umur 23 tahun dah beli kereta/rumah, pada usia 25 duit simpanan pun dah banyak, pada usia 30 anak dah besar nak habis sekolah rendah, sedangkan pada usia itu, alam dewasa dia baru nak bermula dan stabil.

14. Peer pressure ni memang sentiasa ada di sekeliling dari kita kecil sampai la besar, dan benda ni pun memang tak boleh halang. Ada orang boleh tangani dengan baik. Ada orang tak boleh hilangkan benda tu dari kepala, selalu je terlintas di fikiran dan bermain di minda.

15. Mungkin ada orang cakap, "alah itu pun nak depress", "lemah betul", "baru sikit dah lembik", "tak reti bersyukur ke", "benda dah lama move on je la", "aku dulu lagi teruk dari kau ok je sekarang" dan sebagainya, namun bukan benda-benda itu yang mereka nak dengar, dan ia takkan selesaikan masalah mereka pun malah menjejaskan lagi tahap kesihatan mental, kerana kehidupan, fikiran dan emosi setiap manusia tak sama, dan kita tak duduk di tempat mereka pun.

16. Hal ini juga biasanya adalah kesan dari upringing seseorang sejak kecil. Dibesar dalam persekitaran keluarga yang toksik, mental abuse dari ibu bapa, pernah kena buli di sekolah, sering dibanding-banding dengan orang lain, ibu bapa dan cikgu terlalu letak harapan yang tinggi dan sebagainya. Bila dah besar, orang mungkin boleh move on, tapi nak lupakan bukan mudah, malah ia memberi kesan pada pembentukan personaliti dan kesihatan mentalnya.

KESIMPULAN

17. Jadi bila ada orang meluahkan perasaan seperti ini terutamanya di media sosial, apa yang mereka perlu bukanlah tips-tips cari kerja, tips-tips naik gaji tinggi, tips nak naik pangkat, segala bentuk kecaman atau cakap besar tentang hidup kita pula. Apa yang mereka perlukan adalah telinga untuk dengar luahan mereka. Mereka mahu berkongsi perasaan dan emosi dengan orang lain. Mereka hanya perlu kata-kata semangat dan empati seperti "Stay strong", "Kuatkan semangat", "Jaga diri", "Jangan putus asa", "Teruskan perjuangan" dan sebagainya.

18. Kepada ibu bapa pula yang anak-anaknya baru nak mengorak langkah dan hala tuju lepas habis sekolah, boleh kita nak bagi bimbingan, nasihat dan guide pada mereka, tapi jangan sampai memaksa mereka untuk memenuhi kehendak kita. Anak kita bukanlah klon diri kita, sebagaimana kita bukan klon ibu bapa kita. Anak-anak melalui hidup dan zaman yang berbeza dengan kita. Jangan kerana hanya kita ini doktor, kita mahu anak jadi doktor. Jangan kerana hanya tengok anak saudara belajar engineering, kita nak anak kita juga belajar engineering.

19. Berapa ramai orang yang dulu cemerlang SPM tapi flop bila masuk universiti sebab masuk bidang yang tak minat? Berapa ramai orang ada degree dalam suatu bidang tapi at the end memilih kerja lain kerana tiada keyakinan dan passion untuk kerja dalam bidang yang dia belajar? Berapa ramai orang yang dah kerja tapi rasa regret sentiasa menghantui diri sebab dulu tak dapat pursue bidang yang dia minat?

20. Biarlah anak-anak mengorak langkah mereka sendiri dalam bidang apa yang mereka minati. Biarlah mereka rasa gembira dengan kerja yang mereka lakukan. Kita hanya perlu sentiasa bagi galakan dan sokongan pada mereka. Sama ada mereka akhirnya berjaya atau tidak, itu bukan kerja kita. Jika mereka ikut kehendak kita pun belum tentu juga mereka berjaya dan rasa gembira. Sekurang-kurangnya jika berlaku sebarang rintangan, cabaran, kesilapan dan kegagalan, mereka lebih mudah untuk menerimanya kerana ia berlaku atas pilihan sendiri, bukanlah berlaku atas pilihan orang lain.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: hidup cemerlang result keputusan spm kerja kerjaya hebat bagus degree master first class depress anxiety kesihatan mental terjejas

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.