Halaman

Selasa, 14 Jun 2022

Masuk dan kekal dalam Comfort Zone

1. Seringkali kita dengar dari para influencer, orang-orang berstatus tinggi, sifu-sifu bisnes, motivasi dan yang sewaktu dengannya yang acah-acah suruh kita keluar dari comfort zone. Disuruh kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

2. Orang yang selalu dikatakan hidup dalam comfort zone adalah orang yang kerja makan gaji dengan majikan. Mereka dianggap sudah terlalu selesa hingga hilang daya saing dan daya kreatif. Mereka ini diajak keluar dari zon selesa, perlu berubah dengan berniaga atau bekerja sendiri. 

3. Pertama sekali, tak perlulah suruh semua orang berniaga. Kalau semua orang nak berniaga dan kerja sendiri, siapa yang nak jadi pekerja? Kita sendiri pun kalau buka bisnes, mesti akan cari pekerja untuk bekerja kat syarikat kita. Dah tu kau nak suruh semua pekerja kau tu berhenti buat bisnes?

4. Kedua, kerja makan gaji tak semestinya berada di comfort zone. Ada orang kerja makan gaji masih struggle dengan pelbagai isu, cabaran dan masalah tersendiri. Ada yang gaji besar tapi ada persekitaran kerja yang toksik. Ada yang ada persekitaran kerja yang sihat tapi gaji pula kecik.

5. Orang yang kerja sendiri pula tak semestinya kau keluar dari comfort zone sampai bila-bila. Kalau syarikat kau dah stable dan kau pun dah hidup senang lenang, tenang dan aman, itu maknanya kau dah berada dalam comfort zone juga.

6. Ketiga, bukan mudah bagi seseorang nak capai comfort zone. Comfort zone ni bukan tiba-tiba datang. Mereka terpaksa berusaha dan bersusah payah dahulu sebelum akhirnya masuk dalam comfort zone. Tapi bila orang dah berjaya masuk comfort zone, tiba-tiba kau suruh mereka keluar dan struggle balik.

7. Bukan ke ia sangat bertentangan dengan peribahasa "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"? Kita dah bersusah-susah dahulu demi mencapai kesenangan iaitu comfort zone, tiba-tiba kena melepaskannya dan bersusah-susah balik? Baik ubah peribahasa tu jadi "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, bersusah-susahlah kembali".

8. Cuba fahamkan apa sebenarnya comfort zone atau zon selesa? Zon selesa adalah suatu keadaan psikologi di mana sesuatu perkara terasa biasa kepada seseorang. Dia merasa selesa dan berjaya mengawal persekitaran, serta mempunyai tahap kebimbangan dan tekanan yang rendah.

9. Maka adakah perkara yang negatif kalau seseorang berada dalam zon selesa? Tidak. Semua orang sebenarnya mahu ke arah zon selesa. Nak hidup selesa, nak kerja selesa, nak tinggal selesa, nak makan selesa, nak beribadah selesa, nak bermain selesa. Nak buat apa pun rasa selesa. Tidak serabut, kurang tekanan, baik untuk kesihatan mental.

10. Malah, seseorang yang berada dalam zon selesa, kebiasaannya tahap prestasi mereka adalah yang paling stabil. Ini kerana mereka suka kerja mereka, mereka gembira dengan persekitaran mereka, emosi mereka stabil untuk melakukan kerja, mereka lebih tahu apa nak kena buat dan hasil kerja biasanya lebih baik sebab dah ada kepakaran dan pengalaman dengan kerja yang dah biasa mereka lakukan.

11. Jadi jika ada seseorang yang sudah berada di comfort zone tapi memilih untuk keluar, ya silakan, tapi tak perlulah nak ajak orang lain keluar sama, dan tak perlu lah juga pandang rendah orang yang mahu kekal berada di comfort zone.

12. Sebab bila seseorang keluar dari comfort zone, dia membawa bersama risiko. Risiko ini boleh jadi lebih menguntungkan, boleh jadi lebih merugikan. Macam kau labur duit dalam saham, forex, bitcoin, emas, MLM, bisnes dan sebagainya. Tak semua orang suka nak ambil risiko. Ada orang lebih suka hidup dengan tenang dan aman, seperti melabur dalam ASB contohnya. Cukup setahun makan dividen. Sikit pun takpe asalkan selamat.

13. Lagipun, definisi comfort zone setiap orang berbeza-beza. Ada orang kerja makan gaji, tapi gaji cukup untuk tampung hidup keluarga dengan selesa, tenang dan aman, dia dah rasa duduk dalam comfort zone. Ada orang buat bisnes pendapatan juta-juta pun, tapi selalu rasa hidup tak cukup, tak tenang dan tak aman, dia masih belum berada dalam comfort zone.

14. Akhir sekali, cuba tengok siapa sebenarnya orang yang suka suruh orang keluar dari comfort zone? Pertama, orang yang dah berjaya, yang kaya, yang dah berada dalam comfort zone. Dia dah sedap duduk dalam comfort zone, dia suruh orang keluar pulak. Orang macam ni dia tak boleh nampak orang lain hidup selesa macam dia. Dia lebih suka tengok orang lain struggle dan terus struggle sampai bila-bila.

15. Kedua, orang yang masih struggle tapi tak boleh tengok orang lain hidup senang. Bagi dia, kalau dia tengah struggle, orang lain pun tak boleh hidup senang, kena struggle macam dia. Tenang, orang yang dah berjaya capai comfort zone, biarkanlah, itu rezeki dia. Kita yang masih struggle, teruskan usaha, doa dan tawakkal. Insya Allah, masa kita akan tiba.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: keluar masuk kekal berada dalam comfort zone zon selesa

 

2 ulasan:

  1. saya lebih rela duduk dalam comfort zone dari suffer zone haha. Lain orang lain keadaan kan.. x payah nak dengki kalau org tu dalam comfort zone heee

    BalasPadam
  2. Selain sifu2 bisnes dan influencer, yang suruh orang keluar dari comfort zone adalah dari kalangan leader leader insurans. Mereka hasut dan pancing orang supaya keluar dari comfort zone sedangkan leader leader insurans itu sendiri berada dlm comfort zone dgn income dijana oleh downline bawah kendalian mereka. Ini sekadar pandangan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.