Halaman

Selasa, 26 Julai 2022

Kongsikan lokasi dengan orang tersayang sekarang

1. Negara kita dikejutkan dengan penemuan sebuah kereta di sungai Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan milik pemuda yang dilaporkan hilang pada hampir setahun yang lalu. Salam takziah buat keluarga mangsa.

2. Biasanya kejadian kemalangan yang melibatkan seorang diri di kawasan terpencil memang sukar untuk ditemui dan dikesan kerana tidak melibatkan orang lain dan juga tiada saksi.

3. Oleh itu, saya sarankan kepada semua orang, buka telefon pintar anda sekarang dan ikuti langkah-langkah berikut untuk kongsikan lokasi anda dengan orang tersayang.

4. Saya yakin majoriti orang ada telefon pintar dan ada akaun Google/Gmail yang disetkan pada telefon. Jadi pertama sekali, buka aplikasi Google Maps.

5. Klik kat icon profile anda di atas kanan, tekan Location sharing. Tekan New share > More > Masukkan alamat e-mail orang yang anda nak kongsikan lokasi anda.

6. Jangan lupa setkan Share your real-time location tu "Until you turn this off", maksudnya anda akan share location anda sepanjang masa secara real time pada orang yang anda benarkan.

7. Pastikan anda Turn On GPS dan Mobile Data sepanjang masa. Data tak pakai banyak tapi mungkin akan drain battery sikit bila on GPS tapi jangan risau, power bank kan ada. Beli juga charger kereta senang.

8. Anda boleh share lokasi real-time anda kepada seramai mana yang anda mahu, dengan suami isteri, ibu bapa, anak-anak, kawan rapat dan sebagainya. Kalau rasa nakkan privasi tak nak orang lain tahu lokasi anda, sekurang-kurangnya share lah juga pada seseorang yang anda betul-betul rapat dan percaya untuk kecemasan.

9. Orang yang share location dengan anda pun anda boleh nampak terus di aplikasi Google Maps. So kalau nak ajak jumpa tak payah dah nak Whatsapp mereka minta location. Tekan je icon mereka dan tekan Directions, lepas tu terus je pergi sergah.

10. Jangan takut kalau Google tahu location kau. Diorang dah tahu lama sejak korang beli phone dan set akaun Google kat phone. Apple tahu, Microsoft pun tahu, bergantung pada phone apa kau beli. Tenang. FBI dan CIA bukan nak cari kau pun. Yang penting kita tahu kat mana orang tersayang dan orang yang kita ambil berat berada.

Sekian, semoga bermanfaat.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags:howto how to cara tutorial panduan guide share location sharing kongsi lokasi google maps gmail app


1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.