1. Bila ada anak mengadu yang dia diganggu secara seksual oleh ibu/bapa/adik beradik/ibu bapa saudara/sepupu/atuk nenek sendiri, atau isteri mengadu dia didera suami, atau suami dipukul isteri, ramai orang cakap jangan sebarkan aib suami/isteri/ibu bapa/ahli keluarga.
2. Pertama sekali, kena bezakan aib dan jenayah. Aib ni suatu kelemahan atau tabiat seseorang yang agak memalukan, contohnya orang tu kuat kentut, kat badan ada parut besar, tidur kuat berdengkur, berak tak flush dan sebagainya.
3. Aib orang itu ya, memang tak boleh diceritakan pada orang lain hatta keluarga sendiri mahupun kawan baik. Tak elok kita cerita aib suami/isteri/ibu bapa hatta aib sesiapa pun pada orang lain. Kalau nak cerita sangat pun cerita secara anonymous kat page Kisah Rumah Tangga (KRT) atau page confession yang lain.
4. Jika kes anak 5 tahun kena cabul dan perkosa oleh bapa sendiri, isteri kena terajang dengan suami, suami kena ugut untuk dicederakan oleh isteri, murid diliwat guru, pakcik membuat sexual grooming dan pedofilia pada anak saudara, itu bukan aib. Itu adalah suatu perbuatan salah dan jenayah.
5. Tapi disebabkan masyarakat kita terlalu nak menjaga aib lah, ramai anak-anak membesar di bawah ibu atau bapa yang jahat, ramai isteri atau suami yang sanggup menahan diri didera pasangan yang jahat, murid terpaksa menahan sabar dijaga guru jahat dan sebagainya.
6. Mangsa perlu mendapatkan bantuan dan pertolongan. Mangsa perlu adukan isu yang mereka hadapi pada orang terdekat. Perbuatan jenayah perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa agar penjenayah dihukum dan mangsa dapat pembelaan.
7. Namun ada masanya, mangsa tak dapat nak mengadu atau membuat laporan sejurus kejadian itu berlaku atas pelbagai sebab, antaranya mangsa masih kecil ketika kejadian berlaku, mangsa terlalu trauma, takut akan dipersalahkan, depresi dan sebagainya.
8. Apatah lagi jika menerima tekanan dari ahli keluarga lain, seperti contoh seorang perempuan dicabul oleh abang atau sepupu lelaki sendiri. Bila mengadu pada mak dia, mak dia suruh diamkan je sebab yang lakukan tu darah daging sendiri, tak nak dia kena hukuman dan memberi malu pada keluarga.
9. Itu yang banyak kes, selepas dah bertahun-tahun lamanya mengalami depresi dan menahan tekanan mental serta emosi, barulah akhirnya mangsa mempunyai kekuatan dan keberanian untuk mengadu dan membuat laporan. Tapi masa tu nak hukum pemangsa pun susah sebab bukti semua dah tiada.
10. Jadi kalau ada mangsa yang speak up tentang gangguan dan penderaan emosi, fizikal dan seksual yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri, tak kisahlah secara tertutup atau terbuka seperti di media sosial, tak perlulah kecam mangsa cakap jangan aibkan suami/isteri/ibu bapa. Mangsa yang perlukan bantuan kita, bukan pemangsa yang perlu kita pertahankan.
11. Kita tak berada di tempat dia. Bukan kita yang terpaksa menghadap segala kejadian tu yang akan menjadi trauma dan menghantui kita seumur hidup. Hanya orang yang pernah menjadi mangsa yang akan faham perasaan mangsa yang lain.
12. Kita yang selama ini dibesarkan dalam keluarga dan persekitaran yang baik tak layak untuk tohmah dan kecam mereka. Kita bertuah tapi mereka tidak. Anak-anak tak pilih untuk lahir dan dibesar oleh ibu/bapa yang toksik. Tiada orang yang mahu hidup dengan pasangan toksik yang melakukan keganasan rumahtangga.
13. Bapa tak bapa. Ibu tak ibu. Suami tak suami. Isteri tak isteri. Ahli keluarga tak ahli keluarga. Kau buat jenayah, kau penjenayah. Malah lagi celakalah kalau kau lakukan jenayah tu pada ahli keluarga kau sendiri yang sepatutnya kau jaga dan bimbing. Orang macam ini tak layak pun dianggap ibu/bapa/suami/isteri, lebih layak dianggap setan.
14. Biasanya mangsa yang berani untuk speak up secara terbuka ini adalah mangsa yang akhirnya dah ada kekuatan dan revolusi untuk berhadapan dengan titik hitam dalam hidupnya. Dia mahu memberi pengajaran dan spread awareness untuk bantu mangsa-mangsa lain dan sedarkan masyarakat kita yang benda itu wujud dalam komuniti kita, bahkan mungkin wujud dalam persekitaran terdekat kita.
15. Di negara luar seperti US ada database yang menyimpan senarai nama pesalah seks atau sexual offender yang boleh diakses oleh semua orang. Ia sebenarnya sangat bagus agar anak-anak kita dan orang ramai dapat dilindungi dari penjenayah seks. Tapi di negara kita nampaknya benda itu mustahil sebab masyarakat kita lebih utamakan "aib" pesalah dari nak melindungi orang ramai.
16. Akhir sekali, aku harap orang yang pernah menjadi mangsa abuse ahli keluarga dan pasangan ini, beranikan diri untuk speak-up, dapatkan bantuan dan buat laporan polis, walaupun mungkin anda akan kena backlash dari ramai orang. Ahli keluarga yang lain pula harap jangan terlalu nak pertahankan perbuatan jenayah pemangsa. Dalam hal ini, mangsa adalah lebih utama dari pemangsa.
Semoga ada sinar baik untuk kita semua. Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: pelakon cilik kecil kanak dicabul cabul rogol bapa ayah kandung sendiri dedah sexual abuse grooming pedophile pedo sex predator offender pesalah pelaku penjenayah seks keganasan rumah tangga toksik toxic
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.