1. Sebelum ini selepas kejatuhan kerajaan PH, aku pernah tulis yang BN mungkin akan menang besar dalam PRU15 akibat kekecewaan rakyat terhadap PH semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan.
2. Ini dikuatkan lagi dengan keputusan PRK-PRK yang diadakan selepas PRU14 kebanyakannya berpihak kepada BN. Dari 12 PRK yang diadakan, 7 kemenangan berpihak pada BN. BN juga berjaya merampas 2 kerusi dari PH dalam PRK Dun Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai.
3. Akan tetapi selepas melihat senarai pencalonan dan juga parti yang akan bertanding dalam PRU15, kemungkinan BN nak menang besar tu agak sukar. Malah susah nak jangka parti mana yang akhirnya akan menang majoriti dan berjaya membentuk kerajaan persektuan.
4. Malah sama ada PH akan menang majoriti tu pun susah nak jangka, namun yang pasti mereka akan menang banyak kerusi terutama kerusi kawasan bandar. Kenapa dan bagaimana?
5. Analisanya mudah. Kita tengok kembali pada PRU14 bagaimana PH boleh menang majoriti? PH menang bukanlah kerana PH itu kuat dan BN itu lemah, tetapi kerana hadirnya satu lagi parti gabungan besar yang bertanding iaitu Gagasan Sejahtera (PAS).
6. Apa yang berlaku ketika itu adalah kebanyakan pengundi Melayu berpecah kepada 2 antara BN dan PAS, sedangkan pengundi bukan Melayu majoritinya solid mengundi PH.
7. Maka pola pengundinya banyak yang seperti ini, contohnya jumlah keseluruhan pengundi di suatu kawasan adalah 9,000 orang. PH mendapat 4,000 undi, BN mendapat 3,000 undi dan PAS mendapat 2,000 undi, maka PH yang menang sebab dapat undi terbanyak. Tapi sekiranya ditambahkan undi BN dan PAS, jumlahnya adalah lebih banyak dari PH iaitu 5,000 undi.
8. Itu yang berlaku dalam PRK selepas PRU14 di mana berlakunya Muafakat Nasional antara BN dan PAS. Kebanyakannya PRK adalah pertembungan antara BN dan PH sahaja tanpa PAS turut bertanding. Hasilnya, 2 kerusi berjaya dirampas BN.
9. Tapi bila dilihatkan PRU15 kali ni, nahhh. Kita ada 4 parti gabungan yang utama iaitu BN, PN, GTA dan PH. Majoriti orang bukan Melayu sudah pasti solid mengundi PH. Ya lah, parti apa lagi yang boleh diharap oleh pengundi bukan Melayu dan bumiputera? BN? MCA dan MIC dah hilang taring. PN? GERAKAN dah macam tak wujud. GTA? Ni semua parti bumiputera.
10. Kebanyakan orang muda semuda usia 18 dan pengundi kawasan bandar juga boleh nampak kecenderungan untuk undi PH. Manakala undi orang Melayu pula bakal terpecah kepada 3 iaitu BN, PN dan GTA. Jadi tak mustahil jika PH akan menang banyak kerusi malah silap-silap boleh menang majoriti dan membentuk kerajaan.
11. Aku sendiri tak kisah dan tak cenderung pada mana-mana parti. Cuma aku harap, kita sebagai pengundi jangan tengok pada parti semata-mata. Tengoklah juga latar belakang dan sejarah calon yang akan mewakili kawasan korang tu.
12. Pada aku, cukup-cukuplah kita undi para warlord, dinosor tua kayangan yang dah bertakhta jadi wakil rakyat sampai 3, 4, 5 penggal tak kisah la dia dari parti mana. Kena ingat, mengundi ni ibarat nak cari pekerja, bukan nak cari Tuan. Kita nak cari orang yang boleh kita henyak, lanyak suruh buat kerja dan bersuara untuk kawasan kita, bukan nak cari orang nak dipertuankan, yang kita pula kena puja salam cium tangan.
13. Sepatutnya seorang wakil rakyat tu 2 penggal dah cukup. Sebab bila dah terlalu lama dia diangkat kat kawasan dia, dia akan rasa kawasan tu macam bapak dia punya. Dengan dia, dengan bini dia, dengan anak-anak dia, perangai sikit punya berlagak serupa gangster kepala mafia, langsung tak boleh sentuh dan usik. Yang kita pun ikut bodoh je sebab jiwa hamba kita tebal nak mampus. Takut sangat nak buat perubahan undi orang lain.
14. Juga mana-mana wakil rakyat atau menteri yang ketika berkuasanya menunjukkan tahap prestasi yang teruk, pernah viral buat benda-benda bodoh, pernah bagi kenyataan macam budak tak sekolah, jadi katak lompat sana sini, jadi beruk terlolong-lolong, mencarut, memaki hamun dalam Dewan Rakyat tu, tak payah lah undi mereka lagi. Siapa masih lagi undi mereka, anda bodoh tahap intelektual serupa ayam. Simple.
15. Aku juga harap pengundi bagi peluang pada muka baru tapi bernama besar di media sosial macam Lando dan Ayahanda Rani Kulup. Aku nak tengok juga diorang tibai ahli politik secara live depan-depan kat dalam dewan, selalu sebelum ni tibai kat media sosial je. Malah lebih baik kalau Lando dilantik jadi Menteri Kerja Raya, dengan track record beliau sebelum ini, aku yakin akan ada perubahan besar pada infrastruktur jalan raya kita.
16. Akhir kata, datangnya majoriti undi dari marhaen, untuk orang marhaen, kerana hanya marhaen yang faham marhaen yang lain. Kalau korang ni marhaen pergi undi ahli politik kayangan, kau ingat mereka faham kita? Orang yang berpendapatan berpuluh ratus ribu, yang memiliki harta jutaan ringgit, kau ingat mereka faham kita yang bergaji 2 3 ribu yang dalam simpanan pun tak sampai 50K? Fikir-fikirkan lah. Ayuh bangkit dan turunkan ahli politik kayangan dari takhta mereka.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags:analisa kajian analisis bagaimana kenapa ph bakal akan menang banyak kerusi pada pru15 pilihan raya umum malaysia 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.