Halaman

Isnin, 21 November 2022

Sisih sengketa demi menyelesai kemelut PRU15

1. Keputusan PRU15 menyaksikan kemelut politik parlimen tergantung yang tak pernah berlaku sebelum ini, di mana tiada gabungan parti yang berjaya memiliki majoriti mudah 112/220 kerusi.

2. PH mendahului dengan 82 kerusi, PN 73 kerusi, BN 30 kerusi, GPS 22 kerusi, GRS 6 kerusi dan WARISAN 3 kerusi. Maka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, perlu ada gabungan parti yang harus menjadi sekutu demi mencukupkan majoriti mudah. 

3. Jadi mungkin PH perlu gabung dengan PN, atau PN gabung dengan BN, atau BN gabung dengan PH, ditambah lagi dengan GPS, GRS dan WARISAN. Malah jika semua parti nak gabung untuk buat kerajaan campuran pun, takde masalah. Sebab tak kira apa gabungan, ia suatu yang perlu dilaksanakan. Negara lain pun sudah banyak wujudnya kerajaan dari pelbagai parti campuran.

4. Dalam hal ini, tak kisah lah kena jilat ludah sendiri ke, semua orang harus berlapang dada, baik pemimpin parti mahu pun kita sendiri rakyat jelata. Kita dah lakukan tanggungjawab kita dengan mengundi, inilah pilihan kita, kini tinggal tugas mereka untuk mengatur langkah untuk mentadbir negara.

5. Tak perlu juga siapa-siapa mendabik dada serta mengejek dan mencerca sesama sendiri kerana dalam PRU15 ini, tiada siapa pun jadi pemenang. Tak payah nak macai taksub totok sangat. Kita semua dah tiada pilihan. Kini masing-masing memerlukan sesama sendiri, masing-masing harus melakukan pengorbanan.

6. Boleh jadi juga, ini adalah peluang untuk semua parti bermuhasabah, mencari titik persamaan dan meraikan perbezaan yang selama ini menjadi sengketa antara satu sama lain. Tak perlu lagi asyik nak berpolitik sana sini. Kini masa untuk bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.

7. Hal ini bukan suatu yang baru. Dalam sejarah dunia sebelum ini dari zaman dinasti China, zaman perang dunia pun sudah banyak alliance telah dibentuk walaupun terpaksa bersama musuh demi untuk mencapai tujuan dan matlamat yang sama.  

8. Maka tak salah jika seteru politik ini perlu membentuk pakatan, biarlah walau untuk sementara pun, demi untuk mencapai tujuan dan matlamat yang sama, iaitu membentuk kerajaan yang amanah, bersih, kukuh dan stabil.

9. Malah makin banyak campuran parti di dalam sesebuah kerajaan, bagi aku lebih bagus sebab susah untuk menteri nak menyakau kerana akan ada lebih banyak mata memerhati, lebih banyak check and balance dilakukan di antara mereka.

10. Cuma harapnya yang mana ada kes mahkamah tengah berjalan tu, sama ada bersalah atau tidak, biarlah ia diteruskan sehingga ke akhir bicara. Jangan sebab dah berkawan, kes-kes yang sedang berjalan terus digugurkan. Kalau tidak, orang dah tak akan percaya sampai ke sudah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags:analisan ulasan kajian keputusan pru15 pilihan raya pn bn ph kemelut politik pasca membentuk kerajaan gabungan campuran

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.