Halaman

Selasa, 21 Februari 2023

Pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi ya amat

1. Ada satu page ni menyenaraikan 9 pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi, antaranya Youtuber, artis, ahli sukan, agen hartanah, kerja di Singapura dan sebagainya.

2. Aku tak tau lah dari mana mereka dapat angka purata statistik ni, mungkin dari website luar negara mana entah mereka translate, tapi bagi aku ia sangat misleading.

3. Pertama sekali, apa yang di maksudkan dengan pekerjaan paling santai? Pada aku kerja paling santai adalah kerja yang kau cuma perlu tidur, tau-tau duit masuk. Haa tu santai.

4. Tapi semua kerja yang disenaraikan tu dah la tak santai mana, purata gaji bulanan pun mengarut. Contoh macam Youtuber. Berapa % Youtuber Malaysia yang dapat gaji RM360K sebulan? Yang aku tau nak dapat USD100 sebulan pun susah.

5. Tambahan lagi nak jadi Youtuber atau content creator video bukan kerja santai. Nak kena fikir idea, tulis skrip, rakam video, edit video, publish, lepas tu berdoa dan tawakkal agar video tu dapat banyak views. Kau rasa kalau video kau ada 500 views boleh dapat RM1000 ke? 1 sen pun belum tentu dapat.

6. Nak jadi artis, selebriti, influencer pun ingat santai? Contoh kalau pelakon, kena hafal skrip, pergi set lama-lama, berlakon pastu kena cut ulang lagi dan seterusnya. Privasi kurang, populariti pun tak kekal lama, kena hadap kecaman netizen lagi.

7. Ahli sukan/pemain bola sepak tu santai? Cuba tengok macam mana atlet buat latihan setiap hari? Pukul berapa mereka bangun dan tidur? Makanan apa yang mereka makan? Dah tu kena bertanding pulak. Kalau menang ok lah, kalau kalah kena kecam. Kalau santai sangat cuba korang try jadi atlet tengok sanggup tak sanggup.

8. Jadi software developer/mobile app pun santai? Ye memang nampak santai duduk depan komputer je, tapi ingat tak pecah kepala nak fikir buat coding? Pulak kalau ada error pulak, menggagau nak cari solution. Purata gaji pulak RM37K sebulan? Mimpi laa.

9. Operator pelantar minyak tu santai ye? Ingat operator pelantar minyak tu kerjanya jawab telefon kat pelantar minyak ke? Dah la kerja kat tengah-tengah laut, kena selalu berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan. Santai sangat kau cuba lah mohon tengok sanggup tak sanggup.

10. Agen hartanah/insuran santai? Ye memang la nampak macam senang, kerja ikut masa sendiri, jumpa-jumpa orang je. Hakikatnya dah la kena banyak ke sana sini, kena pujuk orang pulak. Ingat senang nak dapatkan pelanggan? Kau agen insurans call pun kau terus end call.

11. Founder cosmetics santai? Tengok beberapa founder cosmetics yang jadi selebriti nampak macam santai tu memang la. Hakikatnya nak jadi founder apa-apa bisnes ni modal kena besar, melainkan mak bapak kau kaya atau kau ada kabel, umur 18 dah boleh jadi founder. Kalau kau nak bermula dari doposen, ingat santai sangat ke nak jadi founder?

12. Ni pun bullshit juga. Kerja di Singapura santai? Kerja apa tu? Tak kisah la kerja apa pun di Singapura, tapi kau rasa apa yang santainya dengan pagi-pagi buta kau dah kena bangun menghadap jem ramai-ramai kat Tambak Johor nak masuk Singapura?

13. Hakikatnya, tiada kerja yang santai kalau dah nama pun kerja. Kerja ni kalau tak mendatangkan duit, takde siapa nak kerja. Duit ni kalau boleh dapat dengan santai, semua orang akan bersantai. Sedangkan kau nak jadi scammer pun tak santai, dah la kena call ramai orang, kena menipu, kena maki, silap-silap kena tangkap.

14. Tapi kalau ada pun kerja paling santai dan berpendapatan tinggi, ianya adalah apabila kau dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewarisi syarikat gergasi Megah Holdings atau saham mak bapak kau yang bernilai juta-juta.

15. Oh, satu lagi kerja paling santai adalah jadi admin page Facebook, duduk mengadap laptop, cari bahan kat Google, TikTok, IG, FB yang dibuat orang lain lepas tu repost je, tak pun tulis artikel yang misleading, pastu tambah link shopee. Haa yang ni baru kerja santai, cuma gaji bulanan tu tak tau la berapa.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: 9 kerja pekerjaan paling santai tapi gaji lumayan tinggi ya amat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.