Halaman

Selasa, 14 Februari 2023

Sukar terima lagu baru seiring peningkatan usia

1. Anugerah Juara Lagu baru sahaja melabuhkan tirai, tapi aku perhatikan tak begitu hype seperti tahun-tahun sebelum. Rata-rata dalam circle aku yang lahir 70/80-an tak tengok, tak tau pun ada AJL, tak pernah dengar pun lagu-lagu baru yang dipertandingkan atau tak kenal pun penyanyi-penyanyinya, sama macam aku.

2. Jadi kenapa kebanyakan orang bila dah meningkat usia, mereka dah semakin susah nak dengar atau terima lagu baru? Kenapa mereka lebih suka dengar lagu-lagu lama zaman mereka muda?

3. Situasi ini bukanlah baru. Orang dewasa zaman 90-an pun tak suka dengar lagu orang muda zaman 90-an. Orang muda zaman 90-an bila dah tahun 2020-an pun tak gemar dengar lagu orang muda zaman 2020-an dan begitulah kitarannya.

4. Muzik ibarat perakam masa dan memori seseorang. Ramai orang di zaman kanak-kanak, remaja dan belia muda membesar dengan mendengar banyak lagu-lagu baru di zaman mereka membesar secara sedar mahu pun tak sedar.

5. Mereka akan dengar lagu-lagu baru yang sering dimainkan di corong-corong radio, walkman, di TV, dalam kereta, dalam bas, dalam tren, di restoran, di pasaraya, masa tengah belajar dan sebagainya, jadi otak mereka akan sentiasa diupdate dengan lagu-lagu terkini.

6. Jadi bila kita dengar suatu lagu lama, ia akan menjentik ingatan dan memori kita akan terus mengimbau zaman bila kita dengar lagu tu, waktu zaman sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah asrama, zaman universiti dan sebagainya.

7. Malah ada sesetengah lagu seakan-akan menjadi tema dalam hidup kita yang sangat menjadi ingatan dan memberi kesan mendalam dalam hidup kita kerana ia relate dengan peristiw tertentu seperti lagu yang dikongsikan dengan sahabar baik waktu sekolah, lagu yang selalu dimainkan waktu dalam bas ketika rombongan sekolah, lagu waktu kita bercinta, lagu waktu putus cinta, lagu ketika kehilangan orang tersayang dan sebagainya.

8. Sebab tu kita lebih suka dengar lagu-lagu zaman kita muda dulu, sebab kita rasa ia sangat dekat zaman kita membesar. Kita suka menggamit memori silam dan bernostalgia. Lagu baru yang muncuk tatkala kita dewasa kurang elemen nostalgia dalam hidup kita.

9. Nak kata lagu-lagu baru ni tak sedap, tak juga. Kebanyakan lagu memang tak sedap masa kita pertama kali dengar. Tapi kalau kita dah dengar 5 6 kali, ia akhirnya akan terngiang-ngiang juga dalam otak kita. Cumanya kita yang dah tak dengar lagu-lagu baru.

10. Bila usia kita sudah meningkat tua, kehidupan kita menjadi semakin sibuk. Peluang untuk kita mendengar lagu juga semakin berkurang, biasanya dalam kenderaan waktu kita pergi kerja dan balik kerja.

11. Itupun kita lebih suka dengar saluran radio yang memainkan lagu-lagu lama zaman kita muda dulu. Kita jarang dengar saluran radio yang putarkan lagu-lagu terkini. Kita pun jarang juga nak mencari lagu-lagu baru kat Youtube. Kita still akan cari juga lagu-lagu la zaman kita membesar.

12. Lagipun zaman dulu tak banyak pilihan. Kita akan dengar je lagu yang dimainkan oleh mak bapak kita, lagu yang dimainkan di persekitaran kita, lagu yang diperkenalkan oleh kawan-kawan kita. Jadi otak kita akan sentiasa diupdate dengan lagu-lagu terkini.

13. Tapi bila kita dah dewasa, kita dah banyak pilihan. Kita boleh cari dan pilih sendiri lagu yang kita nak dengar seperti di Youtube, Spotify dan sebagainya. Berapa ramai je orang berusia yang nak search di Youtube contohnya "Lagu malaysia baru 2023?"? Sebab tu database otak kita jarang diupdate dengan lagu-lagu baru.

14. Namun, kita mungkin tak dengar dan tak suka lagu-lagu baru, tapi ia tetap akan memahat memori dan ingatan pada generasi muda sekarang dan seterusnya.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ajl anugerah juara lagu keputusan sukar terima muzik baru seiring peningkatan usia umur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.