Halaman

Jumaat, 3 Mac 2023

Pencipta kandungan VS Pencuri kandungan

1. Alhamdulillah, minggu lepas channel Buasir Otak TV mencapai 80K Subs. Perlu lagi 20K subs untuk capai target nak dapat Silver Play button.

2. Kalau ikut unjuran Future Projections dari Social Blade, akan capai 100K subs bulan November 2023. Tapi biasanya Social Blade ni tak boleh pakai sangat, jadi target mungkin dalam 2 tahun lagi baru capai 100K subs.

3. Bermula awal bulan Februari 2023 baru ini, video vertical pendek bawah 1 minit a.k.a Youtube Shorts dah boleh monetize. Maka dijangka ramai TikTokers akan reupload semula video TikTok mereka ke Youtube untuk mendapat duit tambahan.

4. Video Shorts sangat membantu untuk menaikkan views dan subcribers, namun tidak membantu sangat dalam menaikkan watchtime dan revenue.

5. Berikut adalah anggaran kadar revenue bagi sebulan (RPM) mengikut jenis video (setakat data hari ini):
- Normal video: RM1.57 setiap 1K views
- Shorts video: RM0.05 setiap 1K views
- Livestream video: RM2.42 setiap 1K views.

6. Ini bermakna kalau jumlah tontonan video Shorts dalam sebulan dapat 200K views pun, hanya akan dapat RM10 sahaja. Sedih kan? Boleh makan 2 kali je Menu Rahmah.

7. Nak jadi content creator terutama content video bukan suatu yang mudah, namun ramai yang memilih untuk jadi content stealers atau pencuri kandungan sebagai jalan mudah untuk mengaut keuntungan, malah klaim diri sebagai content creator juga.

8. Secara umumnya pencipta kandungan adalah individu atau entiti yang menghasilkan kandungan asli untuk platform media sosial, seperti video, gambar, atau catatan bertulis. Mereka melaburkan masa, usaha, wang, tenaga dan sumber mereka untuk mencipta kandungan yang menarik, informatif, atau menghiburkan kepada audiens mereka.

9. Manakala pencuri kandungan ialah individu yang menyalin atau memuat turun kandungan yang dicipta oleh orang lain tanpa kebenaran dan kemudian memuat naik ke akaun media sosial mereka seperti Youtube, IG, Facebook dan TikTok. Pencuri kandungan tidak melaburkan sebarang usaha atau sumber untuk mencipta kandungan mereka sendiri. Mereka sekadar mengambil kesempatan dari kerja keras dan kreativiti orang lain.

10. Sementara pencipta kandungan mahu mencipta nilai untuk audiens mereka dan membina pengikut yang setia, pencuri kandungan pula biasanya didorong oleh keinginan untuk memperoleh lebih banyak tontonan, pengikut, duit dan perhatian, tanpa mengambil kira hak-hak pencipta asal. Pencurian kandungan adalah tidak bermoral dan boleh menyebabkan konsekuensi undang-undang, seperti pelanggaran hak cipta atau pencurian hak milik intelektual.

11. Antara channel pencuri kandungan yang biasa kita jumpa di Youtube adalah seperti channel yang reupload video-video IG story artis dan selebriti, video rancangan TV seperti Sepahtu lepas tu letak muka dia kat tepi. Nak kata reaction video tak juga sebab langsung tak bagi komentar apa-apa pun, hanya sekadar tengok je. Tapi Subscribernya ratusan ribu, views sampai juta-juta.

12. Lepas tu ramai pula orang yang bagi sokongan dan galakan pada pencuri kandungan ini sebab reupload video atau hasil karya orang lain, siap berterima kasih lagi. Bila pencipta asal kandungan tegur, ambil tindakan copyright strike atau take down, owner pulak kena bantai dengan para pengikut pencuri kandungan.

13. Ya, pencuri kandungan memang boleh dapat banyak duit, tapi halal haram tu belakang cerita, hasil reupload content orang lain. Bila channel dah kena takedown oleh owner video, buat lagi channel lain dengan modus operandi yang sama, langsung tak serik-serik. Kenapalah ramai yang suka perolehi populariti dan duit atas usaha dan hasil karya orang lain?

14. Kalau betul-betul nak jadi content creator, cuba lah kita usaha hasilkan content sendiri. Jadilah content creator yang bermaruah. Walaupun mungkin tak dapat banyak duit tapi at least rasa la berkat sikit, malah sekurang-kurangnya content tu dihasilkan dengan usaha sendiri, jauh lebih puas hati.

15. Jadi itu sahaja perkongsian dan luahan berkaitan Youtube untuk kali ini. Terima kasih kepada yang masih sudi subscribe channel saya.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: content creator stealer thief pencipta pencuri kandungan konten vs



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.