Halaman

Isnin, 6 Mac 2023

Sindrom manusia terpaling

1. Benda paling aku jelek bila baca komen kat media sosial adalah bila mana orang komen acah dia lah manusia yang terpaling.

2. Konon dia lah yang paling baik, paling suci, paling alim, paling bagus, paling mulia, paling merendah diri, paling savage, paling bijak, paling tahu semua benda, paling semua lah.

3. Bila ada apa-apa isu atau benda-benda viral, dia punya toxic, humblebrag, guilt trip, party poopers, killjoys, bitter, self-centered, lengkap semua pakej.

4. Dia tak boleh tengok orang lain gembira, seronok, bahagia, menjalani kehidupan sendiri, ada je benda nak spoil.

5. Contoh, bila ada orang post pergi melancong pergi Perancis, dia pun komen, kalau aku dari pergi Perancis lebih baik pergi umrah.

6. Orang beli kereta besar, dia pun komen kalau aku lebih baik beli Axia, ada duit lebih baik bagi derma kat orang miskin.

7. Bila orang pergi makan kat restoran sedap-sedap sikit, dia komen dari makan mahal-mahal ni lebih baik sedekah kat orang susah.

8. Bila nampak orang lain gembira sikit, dia komen gembira-gembira ni tak ingat ke orang lain yang tengah ditimpa musibah?

9. Ramai orang ada sindrom ini, yang sentiasa merasakan diri mereka lebih baik, lebih mulia, lebih better dari orang lain.

10. Rasa diri terpaling eligible untuk bagi komen, terpaling eligible tentukan hidup orang lain, terpaling eligible masuk syurga.

11. Dia rasa dunia ni berputar di sekeliling dia, semua ada kaitan dengan diri dia. Semua orang kena dengar dan ikut cakap dia, dia je lah yang terpaling betul.

12. Orang yang ada sikap macam ni biasanya bila check balik profile dia, boleh nampak lah something wrong dengan otak dia, kadang delusional, kadang egoistik, kadang hipokrit pun ada.

13. Kat komen dia lah yang terpaling suci, tapi bila tengok status dia, friendlist dia, page yang dia Like, profile yang dia follow, kopiah pun boleh tercabut.

14. Orang yang terpaling di media sosial ni juga biasanya di dunia nyata tak ramai kawan pun, sebab siapa je yang suka berkawan dengan orang yang terpaling.

15. Jadi bila dia takde ramai kawan sebenar, takde siapa nak layan dia, maka berkokoklah dia dengan begitu terpaling di media sosial.

Sekian.

 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sindrom perangai sikap manusia terpaling


1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.