Halaman

Isnin, 1 Mei 2023

Tiada apa perlu dibanggakan dengan hasil kerja AI

1. A.I. atau Artificial Intellegence bukan hal yang baru. Ia dah lama wujud dan dipaparkan dalam filem lama seperti Teminator.

2. Cuma dalam beberapa tahun ini, dengan berkembangnya pelbagai teknologi maju, penggunaan AI nampaknya seperti telah mencapai tahap kematangan.

3. AI juga mula dikomersialkan secara meluas di mana pengguna boleh gunakan AI untuk hasilkan penulisan, lukisan, rekaan grafik, video dan sebagainya terutama dalam industri seni kreatif.

4. Malangnya, ada pengguna AI yang terlalu glorify AI sehingga menyatakan tak perlukan lagi penulis, pelukis, pereka grafik, jurufoto, model iklan, influencer dan sebagainya kerana boleh buat semua benda pakai AI.

5. Kalau ramai yang berfikiran begini, yang merasakan AI boleh menggantikan kerjaya manusia, percayalah, perkembangan seni kreatif akan terbantut, malah AI juga hanya akan berkembang setakat ini sahaja.

6. Kena faham AI hanyalah mesin yang tidak kreatif, tiada emosi dan tiada daya cipta. AI hanya belajar dari berjuta-juta perkara yang manusia telah cipta, lalu mengolah dan mengubah dari apa yang telah wujud mengikut pada arahan yang diberikan yang mana siapa-siapa pun boleh buat.

7. Sebagai contoh, AI akan belajar berjuta-juta lukisan yang pernah peradaban manusia hasilkan sebelum ini. Kemudian dengan set arahan yang diberikan, AI akan cuba mengubah dan mengolah lukisan-lukisan yang telah dipelajari kepada bentuk yang lain.

8. Bayangkan selepas beberapa tahun, tiada lagi manusia nak menghasilkan lukisan kerana semua nak pakai AI, maka tiada lagi lukisan baru hasil manusia yang boleh dipelajari oleh AI.

9. Akhirnya, AI hanya boleh belajar lukisan-lukisan baru yang dihasilkan oleh AI juga. Hasilnya, setakat itu sahajalah perkembangan kreativiti seni lukis bila mana tiada karya baru hasil tangan manusia yang boleh dipelajari AI. Tiada lagi penciptaan baru, semua hanya pengolahan dari apa yang telah wujud.

10. Sebab tu tak perlu terlalu mengagungkan hasil kerja AI. Ia tak membuatkan kita bertambah hebat pun. Sebab kita hanya sekadar bagi soalan dan set arahan, kemudian mesin yang buatkan semuanya.

11. Tak salah nak gunakan AI tapi gunakan sekadar untuk bantu memudahkan kerja kita, tapi bukanlah untuk mengambil alih sepenuhnya kerja kita dan rasa boleh downgrade kerja orang lain. AI sendiri pun belajar dari hasil kerja orang lain juga.

12. Aku sendiri kalau post benda hasil kerja AI, aku malu nak cakap aku guna AI. Takde benda yang nak diglorifykan bila guna AI, sebab semua orang boleh guna. Sama macam dulu buat assignment search guna Google je. Malu nak cakap rembat kat Google.

13. Tak salah mempromosikan penggunaan AI, tapi dalam masa yang sama galakkan juga manusia terutama generasi baru untuk terus meneroka kreativiti, inovasi dan daya cipta. Jangan biarkan ia mati.

14. Kalau nak gunakan AI sepenuhnya pun, silakan. Cuma tak perlu berbangga bila dapat bunuh kerjaya orang lain dan rosakkan industri seni kreatif. Macam bodoh je rasa. Program AI tu pun bukan korang yang cipta. Korang pun pengguna je.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ai artificial intelligence chatgpt midjourney illustration bangga pakai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.