1. Trend NPC kini menular kat TikTok. NPC (non-player character) secara ringkasnya adalah watak dalam game yang tak boleh dimainkan. Ia hanya akan bercakap, bergerak atau berinteraksi dengan pemain mengikut apa yang telah diprogramkan.
2. Maka orang pun buat la Live kat TikTok berlakon seperti watak NPC. Mereka takkan bercakap atau berinteraksi dengan penonton melainkan penonton bagi gift dan mereka pun akan react pada jenis gift yang dibagi.
3. Trend ini bermula dari Jepun dan USA. Biasanya streamer akan pakai costume watak game atau anime supaya nampak betul-betul menyerupai NPC. Sekarang trend ni dah berjangkit kat orang Malaysia.
4. Kalau orang Jepun yang buat trend ni aku boleh terima lagi sebab game dan anime memang budaya yang asal dari sana, tapi kalau orang Malaysia buat lebih-lebih lagi Melayu, ya Tuhan, rasa cringe nak mati.
5. Punca orang tunggang trend ni adalah sebab ia nampak easy money. Dikhabarkan orang buat live 1 jam je dah boleh dapat sampai ribu-ribu duit, lebih-lebih lagi kalau streamer tu orang perempuan yang ada pretty privilege atau lelaki yang ada comedy value.
6. Tapi walaupun trend ni rasa cringe dan nampak macam memperbodohkan diri, sebenarnya mereka adalah oportunis yang pandai mengambil peluang. Yang bodohnya adalah penonton yang sanggup berabis duit bagi gift kat mereka semata-mata nak dengar mereka cakap "Wah aiskrim, sedapnya nyam nyam nyam".
7. Aku pun pelik banyak betul duit pengguna TikTok ni. Dah la pengguna TikTok banyak budak-budak, dari mana la diorang dapat duit nak beli coin bagi gift. Entah-entah guna duit topup mak bapak bagi. Aku ni nak beli diamond Mobile Legends atau Robux pun berkira-kira.
8. Adakah trend NPC ini suatu yang membimbangkan? Pada aku ya membimbangkan. Ia akan mempengaruhi mindset anak-anak muda yang nak buat duit tu senang je sampai mungkin mengabaikan pendidikan dan kemahiran. Malah akan menyebabkan banyak duit rakyat Malaysia mengalir ke owner TikTok.
9. Cuma aku rasa trend ni takkan kekal lama seperti mana trend-trend viral sebelum ini. Dia macam bisnes jual produk viral la. Masa mula-mula ada 1, 2 kedai yang jual produk viral memang laku keras. Tapi lepas tu bila dah ada 100 kedai jual produk viral yang sama, stok banyak tak terjual untung pun ke laut.
10. Macam orang yang awal-awal buat trend NPC ni memang laku habis, ramai orang sanggup bagi banyak gift. Tapi bila lepas ni makin ramai orang berlumba-lumba buat livestream NPC ni sampai berlambak-lambak tumbuh macam cendawan, tambah lagi big influencer pun dah join sekali tunggang trend NPC ni, last-last siapa je yang nak tengok dan bagi gift?
Begitulah.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: trend npc tiktok cringe membimbangkan menyebalkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.