Halaman

Jumaat, 1 Disember 2023

Apabila terpaling di media sosial tak sama dengan realiti

1. Tahun ni sahaja dah beberapa pempengaruh yang kecundang. Di media sosial tampak terpaling bahagia, terpaling setia, terpaling sweet, terpaling nasihat dalam perhubungan, terpaling motivasi, terpaling macam-macam lah.

2. Alih-alih, beliau sendiri melakukan perkara yang sangat bertentangan dengan apa yang pernah dia cakap, nasihat dan tunjuk pada umum.


3. Sebab tu tak payah la nak tunjuk kita lah yang terpaling, terutama yang berkaitan dengan kehidupan peribadi kita. Kita tak tahu masa depan kita. Silap-silap apa yang kita tulis, tutur dan tayang pada umum akan memakan diri kita balik.

4. Tak salah nak bagi nasihat, motivasi, tips dan sebagainya, tapi do it in a moderate way dengan cara yang sederhana dan berhikmah, bukan dengan cara yang terpaling beria, judgmental, ekstrem dan cringe. At the end, kita sendiri pun macamlah bagus sangat, sebab kita pun bukan manusia yang sempurna.

5. Prinsip aku mudah. Kehidupan peribadi adalah adalah privasi, bukan konten. Nak buat konten, kau berlakon ke, menyanyi ke, melukis ke, melawak ke, kongsi ilmu ke, kau serlahkan apa-apa bakat atau karya kau ke, ya itu konten.

6. Tapi bila terlalu banyak kongsikan kehidupan peribadi di depan lensa kamera untuk dijadikan konten, secara tak langsung kita memberi ruang kepada orang lain termasuk strangers untuk masuk campur urusan peribadi kau.

7. Serius, bila dah ramai yang kenal kau, akan banyak mata-mata yang memerhatikan kau, maka hidup kau akan semakin susah untuk tenang.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: terpaling pempengaruh influencer cerai kahwin dua 2 madu poligami siam

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.