Halaman

Selasa, 9 Januari 2024

Kewajaran menampung nafsu warga asing

1. Aku tak boleh brain bila ada selebriti berpandangan peribadi yang pusat pelacuran perlu ada untuk warga asing terutama kaum lelaki menampung kemahuan nafsu mereka.

2. Takkan hanya kerana nak melayan dan memenuhi kehendak nafsu warga asing, kita kena mewujud dan halalkan pusat pelacuran agar mereka tak mencabul dan merogol orang?

3. Dengan logik yang sama, adakah kerana kita nak menampung kemahuan penagih dadah, kita kena menghalalkan dadah agar mereka tak mencuri dan merompak orang untuk beli dadah?

4. Tak dinafikan benda-benda salah tu memang wujud, tapi jangan rasa perlu dihalalkan. Nafsu kau, kau kawal sendiri, tak perlu sampai kerajaan nak kena urus.

5. Jangan kerana nak kawal suatu jenis kesalahan, kita halalkan suatu jenis kesalahan yang lain. Semua jenis kesalahan ada undang-undang yang mengawalnya. Yang sepatutnya kena ketatkan lagi peraturan, bukan menghalalkan. Kau langgar peraturan, kau terima hukumannya. Habis cerita.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: artis selebriti menampung kehendak nafsu warga asing pusat pelacuran perlu

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.