Halaman

Rabu, 17 Januari 2024

Mencipta memori zaman budak-budak

Pernah sekali tengah driving kat sebatang jalan raya utama, tiba-tiba nampak segerombolan budak-budak main kejar-kejar lari melintas jalan, lepas tu pergi bawah longkang, masuk pulak lubang pagar yang dah dipotong.

Aku pun membebel dalam kereta cakap apa benda la budak-budak ni buat benda-benda bahaya, mak bapak diorang tak kisah ke biar je anak diorang main kat luar tanpa pengawasan?

Kemudian anak saudara lelaki aku tingkatan 4 yang duduk kat belakang cakap, "Biar la diorang uncle, diorang tengah mencipta memori tu. Nanti dah besar at least ada la memori best dengan kawan-kawan yang boleh dikenang nanti".

Pandai pulak anak saudara aku jawab. "Mencipta memori".

Tak dinafikan zaman kita kecik dulu pun kita banyak buat benda merbahaya di luar pengetahuan ibu bapa. Main tengah jalan, masuk belukar, panjat pokok, main bawah longkang, mandi parit dan sebagainya. Dan nasib baik juga tak berlaku apa-apa yang teruk pada kita ketika itu, jadi sekarang bolehlah kita rasa memori tu suatu kenangan yang indah.

Cuma aku takut, kau tak sempat nak cipta memori je dik kalau berlaku apa-apa. Yang dicipta cumalah memori sedih pada ahli keluarga kau.

Siapa la tanam yang kat minda budak-budak ni supaya "mencipta memori"? Tak salah nak cipta memori, tapi jangan cipta memori dengan buat benda-benda merbahaya dan yang menyalahi undang-undang, apatah lagi jika kau cipta memori yang kau rasa best untuk kau, tapi meninggalkan memori yang pahit dan hitam untuk orang lain. Kalau jadi apa-apa, tak berbaloi dik.

Mak ayah, tolong pantau dan bimbing proses penciptaan memori anak-anak anda.

 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: mencipta memori zaman budak kanak kecil


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.