Halaman

Jumaat, 2 Februari 2024

Apakah yang dikejar dalam hidupmu?

Kat pejabat aku ada seorang staff ni.
Muda lagi, umur dia dah masuk 30, masih bujang.
Nak kata takde rupa, ada la jugak rupa.
Nak kata takde duit, dia la paling rajin cari duit.
Awek dulu ramai tapi seorang pun tak jadi kahwin.

Siang kerja kat pejabat, habis kerja buat pulak grab.
Dalam masa yang sama, buat bisnes online.
Kat Shopee, kat Tiktok, asal boleh buat duit semua tempat dia jual.
Nak kata orang susah, mak bapak dia kira orang senang la juga.
Kereta dan rumah bapak dia dah belikan sebiji untuk dia.

Kalau ikutkan banyaknya duit dia, patut tak payah dah belajar tinggi-tinggi,
Tapi masa SPM dapat 10A, belajar degree dulu dapat biasiswa.
Yang lagi kagum dia sekarang tengah sambung part time buat master.
Jadi hari Sabtu Ahad pergi masuk kelas master pulak.
Tambah lagi peliknya dalam sibuk-sibuk dia pun, main ML sampai rank Mythic.

Kadang sampai buasir otak aku tak faham apa yang dia nak cari dalam hidup dia.
Jadi pernah jugak la sekali aku tanya dia, apakah yang dikejar dalam hidupmu?
Berkali ku kata padamu.
Kita singgah di dunia yang sementara.
Penuh tipu daya.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: apakah yang dikejar dalam hidupmu berkali ku kata padamu mawi kian lirik lagu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.