Halaman

Khamis, 18 Julai 2024

Penaip imej AI sila guna otak

1. Kita semua ada fantasi dalam kepala kita, tapi tak semua benda dalam kepala otak kita kena dijana gambar guna AI dan disiar di media sosial.

2. Antaranya jana gambar AI perkara yang berkaitan agama seperti Al-Quran dan tulisan yang mengandungi ayat Al-Quran, sebab tulisan ayatnya semua tunggang langgang tak betul. Kau marah bila orang hina Al-Quran, tapi dalam tak sedar, kau sendiri pun dah hina kesucian Al-Quran. Nak gambar Al-Quran, kau snap je la guna kamera phone kau, generate guna AI buat apa?

3. Juga buat gambar AI tentang suatu berita buruk, tragedi, kematian orang lain dan yagn seumpamanya konon macam prihatin, tapi sebenarnya tunggang musibah orang lain semata-mata nak Like. Foto sebenar mangsa ada, nak juga buat gambar AI.

4. Cipta gambar AI guna wajah orang sebenar sama ada yang masih hidup atau dah meninggal dunia tak kira apa tujuannya, nak fitnah ke, nak troll ke, nak clout, nak Like dan sebagainya, macam dah tiada pedoman. Nak guna muka, guna je la muka sendiri.

5. Hasilkan gambar AI untuk mengutuk dan menghina seperti gambarkan orang lain dengan haiwan seperti anjing, babi, syaitan dan sebagainya. Mentang-mentang nak buat gambar semudah taip-taip, senang-senang je kau nak hina orang.

6. Benda-benda lucah/menghampiri lucah dan bertentangan dengan agama, seperti gambar perempuan muslim bertudung seksi baju ketat dan sebagainya. Sedangkan yang lukis pun boleh kena hentam bila lukis watak seksi macam tu, tapi gambar seksi yang dijana guna AI semua diam seolah dihalalkan.

7. Selain dari tu, fikir jelah sendiri apa benda yang sesuai untuk digambar dan disiarkan. Ini lah masalahnya bila semua orang diberi kuasa untuk hasilkan gambar. Yang bodoh, yang benak pun boleh buat dan siarkan gambar tanpa sebarang sekatan.

8. Kalau nak sangat guna AI buat gambar, biarlah beretika, dan pakai otak. Dah la tak payah melukis, cuma nak kena taip-taip je pun, itu pun tak nak pakai otak.

9. Nota tambahan, selalu bila aku stalk profile orang yang acah-acah AI artist banyak post gambar-gambar AI tanpa motif kat FB dia, sendu je Like, komen pun takde, walaupun imej AI tu nampak bombastik. Kat group geng-geng penaip imej je dapat sambutan, tapi kat profile sendiri sendu macam takde kawan.

10. Berbeza dengan profile pelukis yang post lukisan walaupun lukisan amatur, still lebih banyak Like dan komen dari post penaip imej kat profile dia. Mungkin sebab kawan-kawan dia pun tahu, bukan dia pun yang lukis tapi cuma taip-taip je. Takde apa yang perlu dikagumkan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: penaip imej ai sila guna takde otak

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.