Halaman

Sabtu, 14 September 2024

Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Bermula Semula

Yang paling sukar selepas berakhir adalah untuk bermula semula.


Buasir Otak: The Muzik - Bermula Semula
 
Lirik:
 
Tak mudah untuk aku melupakan
Kenangan yang pernah kita lakarkan
Walau kau tidak lagi di sisiku
Bayanganmu masih menghantuiku

Hati ini pernah terluka dalam
Ku cuba terbang namun masih tenggelam
Langkah ke depan bagai mengundur
Membalik waktu resah berbaur

Bagaimana harus ku buka hati
Sedang luka tidak sembuh lagi

Bila kisah berakhir sudah
Bermula semula bukanlah mudah
Hati ini belum sedia
Saat jiwa masih terluka

Sekuat mana ku mahu lupakan
Wajahmu masih dalam ingatan
Apakah ada peluang terbuka
Untuk ku cuba bermula semula

Setiap kali ku cuba lepaskan
Sejarah lama menghimpit perasaan
Ku tahu masa terus berjalan
Namun hatiku tidak ke depan

Detik bahagia yang telah berlalu
Masih tetap membelenggu diriku
Ku mahu bina hidup yang baru
Bermula semula tanpa ragu

Bagaimana harus ku buka hati
Sedang luka masih berdarah lagi

Bila kisah berakhir sudah
Bermula semula bukanlah mudah
Hati ini belum sedia
Saat jiwa masih terluka

Sekuat mana ku mahu lupakan
Wajahmu masih dalam ingatan
Apakah ada peluang terbuka
Untuk ku cuba bermula semula

Masa berlalu takkan kembali
Meninggalkanku tanpa peduli
Apakah hatiku boleh terbuka lagi
Atau selamanya aku sendiri

Bila kisah berakhir sudah
Bermula semula bukanlah mudah
Hati ini belum sedia
Saat jiwa masih terluka

Sekuat mana ku mahu lupakan
Wajahmu masih dalam ingatan
Apakah ada peluang terbuka
Untuk ku cuba bermula semula

Aku mahu bermula semula
Tapi ku tak mahu merasa kecewa
Tak sanggup aku melaluinya lagi
Keperitan yang pernah aku alami

Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost bermula semula


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.