Halaman

Rabu, 18 September 2024

Buat-buat bodoh lebih senang dapat perhatian

1. iShowSpeed datang Malaysia. Tak nak cakap pasal lawatan dia tu sebab dah banyak yang bercakap pasal tu.

2. Dia ni streamer popular dari US. Suka main game FIFA. Peminat susah nak mati Cristiano Ronaldo. Tapi kenapa dia popular? Simple. Sebab dia suka buat-buat macam bodoh, suka cari pasal dan buat perangai gila-gila.

3. Contohnya nama player bola, dia saja-saja sebut salah. Nama negara dia saja-saja sebut salah. Nama tempat dia saja-saja sebut salah. Bahasa selain English dia saja-saja sebut salah. Gundam dia saja-saja sebut Transformer. Ultraman dia saja-saja sebut Power Rangers. Saja-saja ejek Messi. Menyalak-nyalak macam anjing. Sekadar beberapa contoh.

4. Aku yakin dia sebenarnya tahu je semua benda-benda dan tahu je apa yang betul dan salah, tapi dia cipta satu watak dengan perwatakan yang bodoh, yang saja-saja buat tak tahu, saja sebut salah supaya nampak bodoh dan kelakar, supaya orang ketawakan dia, orang triggered dengan dia, orang troll dan bahan dia.

5. Tapi iShowSpeed ni tak bodoh. Dia pandai sebab dia tahu macam mana nak exploit sifat manusia untuk tingkatkan populariti dia. Lagipun dia orang US, pada dia tiada apa yang boleh menghadkan dia dari membuat sesuatu di luar batasan agama.

6. Dia tahu manusia ni memang suka dan mudah terhibur pada benda-benda bodoh. Benda bodoh dan kelakar memang senang mendapat perhatian terutama di kalangan orang muda. Kita masa muda pun suka benda-benda bodoh, senang kena game, bila dah tua baru rasa kenapa la benda-benda macam ni pun aku boleh rasa terhibur.

7. Malah di Malaysia sendiri pun, ramai je orang dan influencer yang buat benda-benda bodoh senang dan cepat je dapat perhatian, berbanding orang yang buat benda elok dan ilmiah, nak dapat perhatian susah betul. Tapi nak buat macam mana, itu memang dah ada dalam sifat kebanyakan manusia. Kalau dia tak suka dengan benda bodoh tu pun, dia pasti akan share dan bagi reaction.

8. Aku pun masa era tahun 2011-2016 pernah beberapa kali cuba buat-buat bodoh tulis post, memang senang betul viral berbanding tulisan-tulisan ilmiah. Siap orang screenshot share kat merata-rata group. Kena maki tu biasa, tapi dah capai matlamat aku untuk buktikan hipotesis aku.

9. Sebab tu bila dia pergi mana-mana pun, fans yang datang pada dia pun macam orang bodoh, terjerit-terjerit terkinja-kinja macam beruk. Sebab itulah pengisian kontennya, maka fans yang tertarik pada kontennya adalah orang yang sama level dengannya. What you give is what you get. Bila kau buat konten macam tu, tak boleh expect fans yang datang pada kau adalah orang yang beradab, bersopan santun.

10. Seperti contoh kalau Khairul Aming pergi mana-mana, fans yang datang pada dia pun mesti jenis yang bersopan santun dan jaga adab. Kau buat perangai baik, yang suka dan datang pada kau pun adalah yang baik-baik. Kau buat perangai beruk, yang suka dan datang pada kau pun dah mestilah yang sama berperangai beruk. Ia sesuatu yang telah dijangkakan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ishowspeed datang malaysia siapa identiti biodata asal usul popular

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.