Berikut adalah antara manifesto2 Parti Otak Bersatu:
- Menurunkan cukai kereta2 import atau jenama luar negara, so secara tidak langsung harga kereta tempatan akan dapat diturunkan dengan lebih rendah bagi menyaingi kereta jenama luar negara.
- Menurunkan kadar tol2 di semua lebuhraya seluruh Malaysia. Yelah kereta makin banyak lalu tol tapi kenapa tol makin naik? Sepatutnya makin banyak kereta makin untunglah syarikat tol. Mana2 lebuhraya yang kutipan tolnya dah dapat cover kos pembinaan, tolnya akan dimansuhkan.
- Membina rumah yang berkos sederhana dan menurunkan harga rumah terutama yang di sekitar lembah klang agar mampu dimiliki oleh golongan pertengahan. Ini aku tengok kebanyakan rumah yang dibina di sekitar lembah klang semua rumah besar dan mahal2. Ramai sangat ke orang kaya dalam Malaysia ni?
- Memberi kemudahan internet WIFI percuma di semua tempat2 awam dan juga di dalam pengangkutan awam seperti di LRT dan keretapi.
- Menggubal garis panduan perkhidmatan Internet dan cyber dengan pelaksanaan rangkaian Internet yang menyokong IPv6 di seluruh negara serta menapis semua laman2 web porno yang berlambak2 kat Internet dengan kerjasama semua ISP di Malaysia. Ada yang tak setuju kaaaaaa?
- Menyediakan pendidikan percuma dari tadika kerajaan, sekolah2 kerajaan, institut dan kolej kerajaan serta yuran percuma bagi melanjutkan pelajaran di IPTA bagi semua pelajar yang layak masuk ke universiti. Biasiswa akan diberikan pada pelajar yang cemerlang, dermasiswa untuk yang miskin dan memberi pilihan membuat pinjaman untuk membiayai kos sara hidup bagi yang tidak dapat biasiswa dan dermasiswa.
- Memberi elaun perkahwinan sebanyak RM500 bagi pasangan yang akan berkahwin yang pendapatan kedua2nya tidak melebihi RM5,000 dan juga hantaran untuk pengantin kurang dari RM8,000. Kalau dah hantaran boleh bagi sampai RM10K RM15K takkan nak mintak jugak elaun RM500.
- Memberi elaun melahirkan anak sebanyak RM200 bagi setiap ibu yang melahirkan anak yang ketiga dan ke atas bagi memberi galakan kepada generasi muda untuk meramaikan lagi bilangan populasi penduduk di Malaysia. Yelah orang zaman mak bapak kita lahirkan anak sampai 6 7 8 orang, zaman generasi sekarang nak jumpa anak 3 orang pun susah.
- Menggubal dasar baru bagi menetepkan gaji minima yang lebih tinggi bagi warga2 Malaysia berbanding warga asing bagi menggalakkan lebih ramai warga tempatan untuk bekerja dalam bidang2 tenaga mahir seperti pekerja pembinaan, pembantu rumah, stesyen minyak, restoran2 24 jam, ladang2, kebun2, bengkel2 dan sebagainya.
- Mengurangkan kemasukan warga asing terutama dari negara2 Afrika yang datang hanya nak buat onar dan jenayah serta mengetatkan kemasukan warga asing dari China yang datang untuk dijadikan pelacur atau teman seks oleh bapak2 dan ibu2 ayam.
- Menggubal sistem pendidikan di Malaysia daripada exam-oriented kepada knowledge-oriented. Pelajar diberi kebebasan untuk explore bidang dan minat mereka dari awal dan seterusnya pendidikan mereka akan dikembangkan mengikut minat mereka secara berterusan.
- Mengangkat martabat golongan cendekiawan dan ilmuwan di Malaysia serta memberi pendedahan yang lebih meluas golongan ini kepada orang ramai agar dapat dijadikan contoh.
- Menggubal dasar baru untuk kebebasan media cetak dan elektronik agar lebih terbuka dan adil kepada semua pihak. Mengasingkan entiti syarikat2 media dengan mana2 pihak termasuk pihak kerajaan agar segala berita dan laporan dapat dibuat dengan lebih telus serta menapis semua berita2 yang terlalu lucah.
- Memperkasakan institusi masjid dengan membina pusat rekreasi dan riadah serta memperbanyakkan program2 bukan sahaja program berbentuk keagamaan malah juga majlis2 ilmu yang berguna yang lain di masjid2 di seluruh negara bagi menggalakkan umat Islam lebih rajin untuk ke masjid.
- Memperkukuhkan program2 sukan serta pencarian bakat2 baru diseluruh negara bagi sukan2 utama di Malaysia dan di dunia seperti bola sepak, badminton, squash, tenis, rugby, hoki, bola keranjang, bowling dan lain2 serta mengasingkan entiti badan kesukanan dengan mana2 individu yang mempunyai kuasa besar dan berpengaruh. Juga bagi mana2 individu yang dikenalpasti bakat mereka dalam bidang sukan, mereka akan dibiayai untuk membuat latihan di luar negara bersama jurulatih2 peringkat antarabangsa yang profesional.
- Menetapkan garis panduan industri hiburan di Malaysia dengan menapis semua bentuk cerita yang terlampau tahyul, adegan2 lucah dan separa lucah dan menggariskan etika berpakaian bagi pelakon dan penyanyi.
- Memperkukuhkan lagi peraturan larangan pembelian minuman keras dan masuk ke kelab malam/disko/clubbing di kalangan orang Islam serta memantau tempat2 ini dengan lebih kerap. Hukuman yang lebih ketat akan dikenakan pagi umat Islam yang melanggar larangan ini.
- Menggubal dasar baru sistem perbankan di Malaysia di mana umat Islam wajib untuk menggunakan perkhidmatan perbankan yang beteraskan Islam manakala bukan Islam dibenarkan untuk menggunakan pekhidmatan berteraskan Islam atau konvensional.
- Mengeksplorasi lebih banyak kawasan2 semulajadi yang menarik yang boleh dijadikan pusat tarikan pelancong luar negara tanpa perlu mengeluarkan kos yang begitu banyak untuk pembinaan serta membina sebuah taman tema baru seperti Disneyland atau Universal Studio yang terbesar di Asia yag lebih senang untuk diakses tanpa perlu naik bukit atau gunung sebagai pusat tarikan baru pelancong untuk datang ke Malaysia.
- Membangunkan semula program angkasa bermula dengan menghangat unmanned exploration ke angkasa lepas dengan teknologi yang dibangunkan sendiri oleh anak tempatan.
- Akhir sekali, melaksanakan undang2 Islam dan hudud di Malaysia bagi mereka yang beragama Islam... ada mana2 orang Islam nak tolak kaaa???
Setakat ni je dulu idea yang gua terfikit untuk manifesto Parti Otak Bersatu. So sapa2 yang nak sokong Parti Otak Bersatu boleh nyatakan di komen di bawah. Anda juga boleh menambah apa2 yang anda rasakan sesuai untuk dimasukkan dalam manifesto parti gua dan anda secara tidak langsung akan gua lantik sebagai menteri atau timbalan menteri kabinet kalau gua menang jadi Perdana Menteri nanti huahuahua.
tags: manifesto janji ditepati pilihanraya pru pru13 parti otak bersatu buasir barisan nasional bn umno mca mic pakatan rakyat pr pkr pas dap change perubahan logo bendera calon wakil rakyat
Suma wa sokong,KECUALI HUDUD.
BalasPadamMotip x sokong hudud? Sebab lu bukan muslim?
Padamapesal bro? bumi ni tuhan punya..lu tak sokong hukum tuhan cari planet lain maa..
PadamBuat hudud bila semua rakyat dah dapat pendidikan sempurna, pendapatan sempurna dan warga asing dapat diusir dari Malaysia. Kalau tak, rakyat malaysia je yang kena hudud nanti, walhal, warga asing yang buat onar..
Padambgi ah unifi free haha
BalasPadamrasuah? wifi? masjid? hudud? angkasa? sistem pendidikan? kebebasan bersuara?
BalasPadamapakebenda semua ni??
kami org malaysia ehemm melayu, hanya akan pangkah kamu kalau kamu bg RM10k satu kepala
sekian
RM5 pun da kira ok.lepas duit makan tyme mengundi.he3
Padamno money no vote!
BalasPadamyeaaAAAAh!!!!
Padambest idea bro ..tak mustahil bro noob jadi menteri..undilah parti otak bersatu..ehhh gambaf tu cam muka obama jer..
BalasPadamparti kau tu boleh jadikan nilai RM lebih tinggi dari SGD. ntw noob kau takde cerita pun pasal golongan makan gaji apa kamu ingin merain sokongan kapitalis. hehehe
BalasPadamSokong semua manifesto tu... :)
BalasPadamdan kalau boleh nak jugak pengukuhan pihak berkuasa dan badan2 kerajaan supaya nampak lebih berfungsi dan cekap :)
sokong manifesto ni.....PUB akn mng pilihanraya nnti
BalasPadamSokong POB.
BalasPadamMohon jemput Hassan Akidah jadik Penasihat parti supaya tidak ada parasit2.
aku takkan sokong hg.kecuali manifesto hg ada penggubalan akta bahasa untuk memberi kelebihan kepada ayat 'mohon' dalam penggunaan harian mahupon formal atau tidak formal dan pada peringkat tadika, sekolah, kolej, universiti hingga ke tahap parlimen sekalipon.
BalasPadamMohon sokongan anda
Padamlupa pulak
BalasPadamaku takkan sokong hang
sebab hg tak pakai serban & jubah
Tambahan:
BalasPadam- Jadikan internet sebagai "human right" cam kat france.
- Tutup dan hentikan lesen untuk kilang arak dan premis judi.
- Serbu pusat urut yg makin byk ni. P/S: nk tau kt mne, blh check kt cheongster. confirm ada lokasi. =P
Kamu mahu demostrasi jalanan dibenarkan di dataran merdeka dan diberi hak untuk merusuh jika perlu.Mohon FRU mengawal lalu lintas dan mengiringi kami semasa merusuh.hahaha
BalasPadamMohon En. Noob dilantik menjadi musrsyidul am Parti Otak Bersatu (POB). Sila hapuskan hak keistimewaan orang melayu,pasti negara akan maju
BalasPadamfuck you
Padamselaras semua jabatan/majlis agama setiap negeri jadi satu je..ini tidak, jais,jheik,jawi,jaip, jaipk dan mcm2 lain..blum lg setiap undang2 n enakmen setiap majlis/jabatan agama lain2 mengikut negeri..ape lain negeri lain anutan islam nya? Ini adalah semata2 nk tunjuk yg dipertua/sultan ketua agama negeri masing2 tp sebenarnya memecahkan agama ikut negeri..
BalasPadamserius aku sokong gila..tahap gila punye..
Padam1 lg..tandas awam percuma.jimat wang tabung
BalasPadamSokong Parti Otak-otak... Perkemaskan lagi Hak istimewa Orang2 Melayu dan Bumiputra.
BalasPadamBiar Non-Bumiputra terus berbulu..sentimen Rasisme sangat penting dalam arus politik Malaysia.. Kah3 xD
yes sokong pob..tapi bukan duit ka yang utama.huhuhuhu politik pulak kau noob...m
BalasPadamKat manifesto tu ada jugak imbuhan duit apa. Nak kawin dpt duit, dpt anak dpt duit, kete murah, tol murah, rumah murah, yuran pendidikan percuma, dpt jimat duit kita apa.
Padamtambah satu lagi....hapuskan kedai mamak dan kedai pattani...kesian tengok orang melayu tak berapa nak maju bab2 restoran ni.....
BalasPadamgila kau..semua tu rest. muslim kot..apa kejadahnya nak hapuskan..orang melayu kena lebih inovatif dan kreatif la.. baru persaingan sihat..
Padamterpaksa racist skit bab ni...mamak tu tak semua muslim....pattani punya source bahan mentah banyak dari thai...halal or haram depend la kat korang ok...aku duk sebelah kedai pattani aku tau la sorce bahan2 depa....permit kerja macam imigresen makan rasuah kaw2 punya....sori to say...
Padamkalau dah libatkan halal haram, rasuah semua tu, tak kira Islam ke tak, hapuskan jer.. pedehal ko Islam ke tak. Kalau dpt kat pemerintah islam pun dia hukum org tu..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAku akan upload video skandal PON...selepas pembentangan manifesto...kecuali dibayar 500K dan sebuah rumah di Australia...
BalasPadammohon upload... ana mahu jadi glamor juga macam anwar ibrahim
Padamwww.***holeNOOB.com.uk...:-)
Padamsalam,
BalasPadamyang tol itu logik
KLIK warganegara ekspress kepda PATI di Sabah membimbangkan
belog kau dah macam Papagomo dengan Milo Suam je aku tengok.
BalasPadamoh ye, mohon kaji balik kadar gaji pak-pak menteri.
kalau boleh, turunkan la sikit gaji menteri.
kata berjiwa rakyat, ye dak.
Gaji rasmi pak menteri tak banyak bro. Gaji 'lain-lain' tu yang kena siasatan lanjut
PadamMohon memanda menteri POB semua mengisytiharkan harta sekarang dan juga selepas 3 tahun memegang tampuk kepimpinan negara. Mohon juga maklumat tidak diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi agar kami rakyat jelata boleh menjalankan kajian perbandingan secara telus. Sekian, mohon menang besar.
BalasPadamana akan isytiharkan harta ana sekarang juga...
Padam- pendapatan bulanan bersih - rm1,500, elaun overtime - rm5/1 jam
- harta2 lain:
1) rumah setinggan bernilai rm10,000 di pedas linggi
2) motor ex-5 second hand tahun 1997 bernilai rm2,000 dgn bayaran bulan rm50 selama 9 tahun
itu sahaja harta ana... mohon undi ana sebagai perdana menteri
Oh mohon maaf. Saya hanya mengundi hartawan yang dermawan sahaja. Bagi calon yang tidak berharta adalah dikhuatiri akan sibuk mengumpul harta sendiri sepanjang tempoh berkhidmat hingga mengabaikan kami rakyat jelata. Mohon menjadi kaya terlebih dahulu (hingga tak heran tengok duit) sebelum menjadi calon. Sekian, mohon cepat kaya.
Padamelaun utk anak ke 3 keatas sampai anak tu umur 18 atau one-off?? mohon pejelasan..
BalasPadam-coma-
one-off sahajalah... dapat anak ke-3 dapat rm200, dapat anak ke-4 dapat rm200, dapat anak ke-5 dapat rm200 dan begitulah seterusnya... mohon buat anak byk2
Padamone-off RM200.00 skit... mohon RM1000.00 kalau one-off... dan ahlil sukan yg wakili negara pun dapat biasiswa utk ke IPTA...
Padamhttp://alamsoccer.blogspot.com/2012/07/manchester-united-teratas-lagi.html
sukung r
BalasPadamLB sokong POB!! :)
BalasPadamkompom menang parti nie
BalasPadammanifesto menarik
sokong...sokong...poom..poom...suke....:))
BalasPadambagaimana dengan lambakan graduan?
BalasPadamgaji minima?
dasar luar negara?
penerokaan bidang2 baru?
Hub halal? koridor? msc?
dasar2 sedia ada hendak diteruskan atau gubal dasar baru?
program rakyat termiskin dan golongan pertengahan?
rakyat yang dah kaya cemana?
cara merapatkan gap kekayaan?
pengagihan sumber asli negara, sumber bumi?
hendak jadi negara pertanian atau perindustrian?
itu je persoalan buat kali ni
NEGARA KEBAJIKAN JE....kahkahkah! semua kutip derma. tak payah kerja.
Padamtrolllllllllllllllllll
Bagaimana pula dengan isu-isu pendidikan?
BalasPadamContohnya, untuk mencapai gagasan 1Malaysia sekolah satu aliran mesti segera diwujudkan dan tidak sepatutnya masih wujud lagi sekolah-sekolah vernakular spt SJK(C) dan SJK(T)...
Fikir-fikirkanlah bagaimana nak laksanakan.
Bhai Noob...
BalasPadamHak melayari laman PORNO aderlah hak kami.... hahaha