Illuminati?? |
Selamat Aidilfitri.
Raya adalah hari yang sangat menggembirakan. walaupun aku dah tua, kemeriahan raya masih lagi dirasai. Cuma sampai Raya kedua sahaja..lepas itu...sangap tak tau nak buat apa...
Tapi macam biasa, Raya memang membuasirkan Otak Melayu Marhaen seperti aku.
Perkara-perkara biasa yang disembang dengan kawan/saudara mara ketika beraya.
1. Kehebatan anak masing-masing.
Kalau yang datang itu kawan/saudara..Ya Allah..cerita pasal adik-beradik dia, anak-anak dia sahaja yang paling hebat dalam dunia ini. Baru belajar Phd kat UK, Baru dapat kerja gaji 20K, anak bawak jalan-jalan pergi Paris dan segala macam keriakan yang kau boleh ceritakan dalam dunia ini.
Serius, ada tak ibu bapa yang bangga kemaluan (dick) anak dia besar ?
Aku tanya ?
2. Kereta yang baru dibeli
Raya adalah tayangan kereta baru kawan/saudara. Yang baru beli Preve, Yang baru beli BMW second hand, ishh...cakap jerlah.... dan yang paling best bila kau sarkasm dengan dia, dia tak faham dan anggap itu komplimentari.
Contoh:
Kau : " Wah, dahsyat kereta baru kau ya....Mesti banyak hutang kau ?"
Dia : Tersenyum dan sedikit kembang bontot (bukan butthurt) , Aku bayar seribu sebulan duit kereta .(dengan fikiran setakat hutang seribu sebulan aku mampu)
3. Keseronokan balik umrah/haji
Alhamdullillah, kau dikurniakan rezeki dan kemampuan untuk menunaikan umrah /haji. Tapi kau punya cerita.... pasal awek Arab yang cun gila dan keseronokan melampau naik kapal terbang. Pakcik, pakcik seorangkah dalam Malaysia ini yang mampu naik kapal terbang?
Lagipun kenapa cerita pasal awek arab ? Kat Malaysia ini bersepah awek Arab yang cun...setan...
4.Perkahwinan/Pertunangan
Yang dah kawin, soalan bila nak dapat anak adalah sangat klise. Yang bujang sentiasa akan ditanya , bila kau nak kahwin?
Rugi ooo tak rasa nikmat bersetubuh...kata seorang member aku yang anaknya nak masuk tiga. Buasir otak dan hujung usus aku kalau sentiasa ditanya soalan segini. Jodoh maut kan Allah yang tentukan..sudahlah bertanya soalan klise, karang aku tanya soalan seperti
Kau apasal lepak tengah-tengah malam, tak bersetubuh dengan bini kau ? Dia datang bulan?...korang terasa kecil hati dan butthurt pulak macam Tanpa Nama...
5. Taksub politik/konspirasi
Ini part paling aku suka. Gelagat manusia-manusia yang berbaris dan berpakat. Siap lobi-lobi nak projek dengan aku pun ada. Yang peraih undi lagilah ramai.Yang tak tau apa-apa pun ada. Yang paling best adalah yang percaya dengan teori konspirasi. Yang percaya kiamat datang 2012 dan pengeboman London pada Olimpik 2012 pun ada. Mitos dan Melayu memang tak dapat dipisahkan.
Macam-macam.Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri.
JANGAN MAKAN KETUPAT SEGI TIGA SEBAB SEGITIGA ADALAH LAMBANG FREEMASON.
hahaha..semua yang dinyatakan diatas aku dengar masa raya ni,so untuk mengelakkan dari ditanya soalan seperti "kau dah kawin ke belum?","kau keje kat mana?,gaji kau berapa?","eh,kau dok pakai vios kau lagi?orang lain semua dah tukar kete"..maka aku pun melarikan diri dengan meronda-ronda ke pekan dengan alasan mahu mencari lemang,ketupat,atau ais batu.hahahahaha.
BalasPadamLaa .. Bukan Susah Pun Nak Solat ♥ Need Ur Komen :)
BalasPadamhttp://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/laabukan-susah-pun-nak-solat.html
aku taun ni raya lawak skit
BalasPadamp beraya rumah tunang org sambil cucuk2 mak dia
buat onar di hari raya hahaha
lantak lah dah dia bagi respons aku sapu la
dapat tak dapat belakang kira kekeke
doakan yg terbaik utk aku ya
p/s: komen tak ada kena mengena kekeke
raya ke-empat aku buat keje yang sama. aku syok kat sorang awek ni.actually kami satu skool just dia tua setahun. so dia invite aku datang rumah dia open house.and she didnt invite any friends sebab tujuan open house tu utk member kakak dia.so i came.alone.sembang2 dgn mak dia rupa2nya kawan dgn mak n pakcik aku masa kecik2 dulu.hurm.angau gak aku.sebab nampak line cam clear.just that she already engaged(heard from some friends) tapi tak pasti...petik dia time text tengok respon....doakan aku berjaya
PadamOk...mesti kau failed kan?
PadamHari raya keempat..
BalasPadamJom mkn ketupat..
Jgn byk mengumpat..
Nty byk dosa dapat..
setuju2....perkara2 yang dinyatakan kat atas mmg tetiap tahun time raya akan berlaku....muak rasanya....bilala org melayu ni nak berubah....
BalasPadamwahahaha....tembak tanpa belas kasihan
BalasPadammampu berserah je dgn soalan2 maut ni. kekeke
BalasPadamAku bg je jwpn standard kalo jumpa spesis cenggitu, "Jodoh, rezeki n ajal, 3 benda ni di tangan Allah s.w.t. Yg kena usaha rezeki je, yg jodoh Allah akn bg bila kita brsedia (mental, fizikal n financial), yg ajal pulak conpem akn smpai, x yah nk pi cari pulak". Rezeki Allah yg bagi, bukan manusia yg bagi. Maunye terdiam dorang, makan dlm tu..
BalasPadamaii, dlm sehari punya posting kalu xde perkataan butthurt x leh ke? mesti dasyat punya punya butthurt ko kt kite org, smpi tersedak2 aku tgh mkn biskut raya td pasal ko sebut nama aku..hehe..tukar namalah, bukan buasir otak, tp butthurt otak sbb perkataan paling banyak disebut dlm blog nie..he he he
BalasPadamseperti biasa time raya mesti ada yang tanya pencapaian dalam hidup sudah sampai setakat mana(kerja/belajar/kapel/kawin).
BalasPadamcara saya senang. saya terus terang. supaya mereka tiada ruang. untuk sangka yang bukang-bukang
Mohon jangan disebut butthurt..terdapat Mesej satanic code disebalik perkataan butthurt xD
BalasPadamAkhir kata.. Freemason memsubsidi BATU PERCUMA untuk buat Nisan kubur bagi Umat Melayu yang gila butthurt :P
hi zack, bontot panas ke terluka..hehe.. Kalau terjemah, 'hot butt'..lucah nie..tp pe pun, bontot2 jgn sebut, nnti ada org terliur..hehehe
Padameh?ni zack ke?pesal tukar nma pulak?
Padamsalam semua,aik pop soul,mcm luahan perasaan je?hehe,apapun best baca perpekstif pemikiran awak...:)
BalasPadamtahun ni g beraya umah org sambil anta kad jemputan kawen...alaaaahaii...
BalasPadamSoalan cepumas bila raya, bila nak kawen nie fifie? only if I know. Aku pun tak tahu, senyum simpul sudahhh.
BalasPadamPart bangga menceritakan tentang anak sendiri aku setuju!
BalasPadam:)
Mohon cha..
Padamuntuk bagi..
Padambalik2 je kg, pakat semua tanya ko kerja jaga ke, polis ke, askar ke sbb baru je balik raya a.k.a x cuti raya ritu..rendahnya mentaliti n knowledge diorg psl pekerjaan yg ada kt dunia nie..dh lah kena soal siasat pasal x bwk balik keta a.k.a naik bus, mcm2 teori; keta kena tarik lah dll..
BalasPadamhebat btul blog ni.berjaya mengumpulkan insan2 yang menjadi mangsa kepada soalan2 tersebut.takde sorang pun yang jenis menanyakan soalan2 tu kepada org lain.jgn dok pungpang pungpang sembang kat sini,tp realitinya diri sendiri tu yang dok gosip pasal org masa raya.
BalasPadamkau mesti jenis yg suka tanya soalan macam tu kan? he he he
Padamtanpa nama 10:47 PTG,terima kasih atas soalan anda.jawapannye,aku tak dapat cuti raya tahun ni,aku keje kat syarikat construction,bos aku cina..dia talak kasi cuti sama aku ma..jadi,bukan stkt nak menanya org soalan tu,merasa cuti raya pun tidak.arghhh!!kejam soalan ko ni.
Padamsaya ada pakcik yang cerita pasal politik je.. bosan betul kalau lepak dengan dia..
BalasPadammai lepak ngn saya..
Padambuat la identiti sendiri kalau nak buat blog.
BalasPadamshhh..kita ni tanpa nama,jgn dok sebut identiti2 ni..kita ni pun takde identiti.haha
Padamhahahaha...anon 3:15 budus!!
Padammakcik makcik : ni anak ali kan??dah besar dah ko kan..dulu keciiiikkk je..
BalasPadamaku : comel la makcik ni..haha