Halaman

Khamis, 27 Disember 2012

Romantik atau creepy?

Waktu aku belajar kat universiti dulu ada seorang rakan. Dia minat sangat dengan sorang awek ni yang juga satu course tapi lain kelas. Disebabkan minat punya pasal, wallpaper komputer dia penuh dengan gambar awek tu. Lepas tu dia selalu la kirim2 salam, bagi kad buatan sendiri, kirim bunga kat hostel awek tu, bagi hadiah macam2 teddy bear, main gitar rakam lagu buatan sendiri dan hantar kat dia dan buat macam2 lagi sebab nak pikat awek tu.



Tapi at the end awek tu suruh stop, bukan sebab dia dah ada boyfriend ke apa tapi sebab dia rimas dengan kelakuan member aku tu yang buat macam2 untuk dia. Member aku tu apa lagi frust menonggeng la, tapi dia masih tak putus asa dan masih terus mencuba lagi, sampailah aku jadi orang tengah pada awek tu suruh aku sampaikan pada member aku yang dia tak suka member aku tu buat macam2 kat dia sebab dia memang takde hati pun kat member aku tu.


Mungkin di mata awek tu, member aku tu seorang yang creepy dan pelik, sanggup buat macam2 demi orang lain yang belum ada hubungan apa2 pun dan hanya sekadar syok sendiri. Tapi kalau aku jadi seorang wanita yang masih single dan available, aku rasa tentu aku dah tersentuh dan terbuka hati untuk cuba menerima lelaki tu, sebab sudah pasti ramai wanita yang impikan seorang lelaki yang romantik dan sanggup buat apa saja deminya untuk jadi pasangannya. Belum ada apa2 hubungan pun dah sanggup buat macam2, kalau lepas bercinta dan kahwin nanti mesti sangat romantik.



Banyak tahun dah berlalu. Apa yang aku tahu member aku tu dah pun berumahtangga sekarang dengan orang lain dan dah pun ada anak 2 orang. Awek tu pula sampai sekarang masih belum kahwin, mungkin masih menunggu cinta sejati. Cuma ia sedikit sebanyak menyedarkan aku, bila seorang lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi seorang wanita yang dicintainya adalah belum cukup untuk dirinya dicintai kembali. 



So kepada kaum wanita mungkin boleh bagi pandangan sikit sebab hanya diorang yang boleh define samada seorang lelaki tu romantik atau creepy. Kalau korang berada di situasi di atas, adakah korang akan rasa rimas dengan perbuatan lelaki tu yang anda rasakan sangat pelik, creepy, freak, stalkers dan psiko, atau anda merasakan perbuatan lelaki itu suatu yang sangat romantis dan bangga ada orang yang menghargai diri anda sampai macam tu sekali?




tags: romantic romantik or creepy seram takut freak pelik weird stalkers psiko psycho gift rose flower teddy bear play guitar song music lagu balloon belon pikat ngurat ayat awek cinta tunang kahwin rumahtangga suami ister pakwe makwe boyfriend girlfriend love edward twillight gay movie direct download torrent meme watching you sleep every night call cops to me you are perfect

177 ulasan:

  1. romantic of course,, aku tak suke la bf yang manjang senyap sunyi tak de berita,, sampai berminggu2,, bf kebenda cenggitu,,, nanti kalau dah kawin,, gi outstation mesti tak gitau bini kalau camtu la perangai dia,,

    ps- sekadar pendapat. jgan nak sentap sangat la orang bawah. aku first kah???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko x suka laki pendiam ko boleh mampos....laki pendiam pon x ingin pompuan cam ko ni......

      Padam
    2. Jangan kacau Natjuwa Lafitt lah bangang.

      Padam
    3. Sikap romantik PM Najib terhadap rakyat merupakan konspirasi, propaganda dan fitnah jahat UMNO-BN

      Padam
    4. takper AhMad kan ade. ia sudi mengisi kekosongan di hati mu heheh

      Padam
    5. ptuiiih.....aku x ingin awek mcamni....aku nak awek yg pendiam, x bnyak mulut, pandai jaga maruah diri........

      -ahmad-

      Padam
    6. Tapi apakan daya. aku tetap forever alone
      huhuhuhu

      Padam
    7. aiya ahmad relaks la. itu pendapat peribadi minah tu. ko pun ade pendapat ko sendri kn? relaks2 sudah..

      Padam
    8. huhu.. masing2 kutuk org mcm diri bagus sgt.. entah2 forever alone jgk.

      Padam
    9. Percaturan Allah itu kadang - kadang terlalu sukar untuk difahami oleh akal kita yang serba dhaif ini. Pengetahuan dan pengalaman kehidupan kita seringkali menjadi panduan ketika kita di awal usia, melakar cita - cita dan harapan yang mengujakan . Kita mengimpikan masa depan yang sebegitu dan sebegini. Namun kuasa Allah itu mengatasi segala. Menyedarkan kita bahawa kita ini tidak lebih dari seorang hamba. Tidak kiralah berapa banyak pilihan pun yang berada di tangan kita, Allah akan mendorong kita mengambil langkah buat jalan yang telah ditetapkanNya. Dan kadang - kadang langkah yang kita pilih itu tidak pernah termasuk dalam dugaan kita dan tidak termasuk dalam pilihan yang kita miliki. Pastinya cukup menakutkan untuk melangkah dalam sejuta ketidakpastiaan yang tidak pernah kita fikirkan. Penawarnya hanya satu. Meletakkan kepercayaan mutlak bahawa Sang Pencipta Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. :)

      Padam
    10. Pipi merah adalah org yg sgt romantik

      Padam
  2. memang romantik
    tapi kalau dah keterlaluan bertukar jadi creepy.
    haha

    BalasPadam
  3. aku pernah juga buat ala ala member ko tu. means tak lah seteruk member ko buat. cuma aku lebih kepada take care and tend to protect sampai akhirnya dia rasa terkongkong. tp semua tu aku buat pas kami da kapel. taktik ni sebenarnya menjadi kepada ppuan yg mudah jatuh hati pd tingkah laku romantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. taktik ini juga berkesan kepada gay seperti anuwar iberahim.....

      Padam
  4. Baca entry ko kali ni aku teringat cerita hindi kalu xsilap tajuk Darr lakonan shahrukhan. kisah seorg psycotic admired yg sanggup buat apa sahaja demi awek bernama kiran.

    Pempuan sebenarnya beruntung dpt laki mcm ni. bukan senang nak dpt seseorg yg sanggup bersusah pyh demi kita. kalau aku.. aku takkan bersusah pyh demi seorg pempuan jika takda apa2 ikatan contohnya tunang. setakat hubungan awek- balakz bleh pegi mamposs..

    Aku cuma ada satu pengalaman yg membuatkan aku cukup serik utk gunakan kudrat, tenaga, wang, masa aku utk seorg pempuan. las2 putus tgh jln. so apa yg aku lakukan sebelum ni dh jd sia2. membazir masa wang tenaga demi seorg pempuan berstatus awek yg blum tentu akan jd bini aku.

    So pengajaran..kapel is a wasting time + money.
    Melainkan ko dah ada ikatan yg kukuh dgn dia yg memboleh korang menjadi suami isteri. masa tu berbaloi ko berkorban utk dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. relax bro..atleast kenangan manis masa ko kapel dulu adalah suatu yang benar. cuma detik tu tak panjang. hehe

      Padam
    2. kapel=maksiat.....org yg berkapel=org yg bermaksiat......nak kenal pasangan x semestinya kena kapel.....kawan dgan dia pun dah cukup.....tu pasal ramai yg berkawan terus jatuh cinta sebab dah kenal hati budi masing2.....tapi kalau dah cinta, terus kawin, jgan kapel lama2 nanti buat maksiat pulak.....kalau boleh jangan kapel, kawin je terus......

      Padam
    3. secara total aku bleh lupakan ex awek aku. cuma aku tak bleh lupa duit aku yg byk habis sepanjang berhubung.

      bila kita hilang seseorg pecaya tuhan akan bg yg lebih baik utk kita. cam skrg..aku takda kapel. dah bekenan..jumpa ngan org tua, tunang dan terus kawin..

      Padam
    4. itula.. realitinya tak semua orang yang kita sayang dan cinta akan sanggup buat seperti kita buat untuknya. bab habis duit ni lelaki memang bodoh skit la. demi ppuan dia sanggup habiskan duit untuk dapatkan hati ppuan. but at the end of the day, when she found another guy better than u, she dumbed u like a foolish guy tanpa rasa bersalah.inilah dunia. tapi tak boleh salahkan ppuan yg mcm tu jugak. adat dunia sekarang ppuan mencari security. jaminan. hensem semata2 x berbaloi. mesti ada wang yg banyak. kerja yang mantap. dan lain lain keperluan yg munasabah dgn zaman skarang. pendek cerita ada wang ada amoi.

      Padam
    5. Tapi aku bukan kaya mna pun. keja pun kecik. Pompuan skrg mmg mata duitan. ada duit confirm bleh dpt punya. kalu xda duit sori la nk duk dekat.

      Tapi pecaya dgn balasan tuhan. tiap manusia akan dibalas dgn apa yg telah dia buat.

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    7. ppuan bukan mata duitan. dorang tak minta pun lelaki tu kaya raya. dorang cuma nak jaminan dan keselesaan dari sorang lelaki. jaminan dan keselesaan tu bergantung kepada keperluan dan kehendak seseorang ppuan kerana setiap ppuan berbeza. tapi secara asasnya masih sama. so don't bother kalau seseorang ppuan tu tak terima lelaki miskin lagi hina zaman skarang nih.

      Padam
    8. ppn mata duitan, lelaki x kaya tp ppn mesti bersyukur apa yg ada dibagi utk bakal/ isteri - ALASAN utk berada ditakuk lama @ sbnr nya x mampu bela bini dan anak.

      come on la, salah satu punca utama penceraian ialah masalah DUIT. check the facts yourself if you dont believe me. xdela kalau nak kawin tu mesti kaya raya. tp income mestilah cukup utk bela seorang isteri dan anak2. do your own math la berapa byk duit kena ada. kalau x mampu, rajin2 la cari dan kumpul duit lebih. jgn terperuk je dgn income sekadar cukup mkn. lepas tu salahkan org lain.

      Padam
    9. kalau sembang pasal duit mesti ada je masalahnya..

      Padam
    10. Kalau nak cari pasangan sekufu, mestilah ambil kira jaminan hidup. Maka duit mmg wajar jadi salah satu faktor dan ukuran, lebih2 lagi untuk tahan hidup di bandar.

      "pompuan skrg mata duitan" - Tengah Malam
      pompuan siapakah yang anda maksudkan? pekerja McD? pekerja 7-Eleven? gadis2 muslimah? gadis2 yang suka berfesyen? pekerja korporat? takle bantai semua pompuan mata duitan..

      Padam
    11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang gak

      Padam
    12. Ade kitaorg kisah ko nak alih ke x.

      Padam
    13. lol M.Faiq63 apasal ko buang komen pasal mataduitan..logik apa?

      Padam
    14. perempuan skarang mementingkan kebendaan, itulah hakikatnya, alsannya nk kan jaminan masa depan yg cerah

      Padam
  5. Kena kawal sebenarnya.. Ianya jadi creepy atau rimas bila irang tak suka..

    Kalau suka hati dah berbunga semua bole buat boleh share.. Tapi kalau tak suka tengok senyum pon menyampah..

    So pelan2 lar bagi perempuan tu trust comfortable baru tunjuk care kalau tunjuk care berlebihan jadi creepy atau rimas.. Suatu yang agak complicated dan perlukan pengalaman :) apapun mencintai dan dicintai suatu yang berharga semoga cinta yang dilalui dapat membuka cinta Agong kepada Ilahhi Allah SWT..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang kot? huruf "i" dan "o" tu rapat2 je kat keyboard.

      Padam
    2. hahahaa...irang pon boleeeyyyy...:p

      Padam
  6. wow!!klau nia..ofcos mudah je nak cair klau laki wat camtu..huhu..
    tapi cinta xleh dpaksa2 jugak..kalau dah mmg xde hati kat dia nnti akn menyakitkan dia jugak..

    BalasPadam
  7. sometimes, lelaki buat macam macam sebelum nak dapatkan sorang awek tu, tapi nanti bila dah dapat, dia buat tak tahu je, sebab dia dah masuk dalam comfort zone.

    macam tu la yang jadi kat aku dulu. sebelum dapat, dia kejar bukan main sampai aku pun touching, tapi bila dah dapat dia buat layan tak layan je. mesej jarang jarang, buat aku macam tak wujud aje.

    bagi aku, okay je kalau nak tunjuk betul betul rasa cinta kau tu kat orang yang kau cinta, tapi nanti bila si awek dah bagi respon, kau pun dah dapat dia, kau janganlah stop apa yang kau dah buat sebelum ni, keep make her fall for you like before :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar2.. ekeke. lelaki memang camtu eh?

      Padam
    2. betul tu....aku setuju.....sesuatu yg kita idam2kan, kita akan kejar sampai dpat.....bila dah dapat, hm.....

      Padam
  8. Saya pun tak suka lelaki yang terlalu memaksa macam tu like dia terlalu berusaha untuk dapatkan perempuan, buat semua benda nak suruh perempuan tu syok dengan dia balik. creepy tak romantik langsung. Sebab bagi saya, perempuan kalau dah dalam kepala dia set yang dia tak suka dengan lelaki nie dia tak akan suka juga even lelaki tu sanggup buat apa saja. Tak percaya tengok sinetron melayu mahupun indon, thai, filipina. Semua sama. Yang di ambil buat bf adalah yang hampes. hahahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. typical penonton drama sinetron. patutla stereorype.

      Padam
  9. Kata orang cinta itu buta walaupun sebenarnya cinta itu tidak buta.Cuma cinta itu akan menjadi buta sekiranya pencinta itu sendiri tidak mengetahui apa makna sebenar cinta......aaaaahhh pening aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cinta itu tidak buta....mohon cari videonya di youtube......

      Padam
  10. sweet.

    tapi rasa macam nak terajang jugak kadang-kadang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terajang atas katil ke?? wah.....

      Padam
  11. bukan jodoh member ko la tu noob.. can't blame her la, sounds creepy la member ko tu.. dia tak boleh paksa pompuan tu suruh suka kat dia terus, dan ko tabley gak nak kata, "kalo aku jadi wanita, aku akan bla bla bla..", sbb ko tak akan n tak pernah jadi pompuan, so ko mmg tak akn paham apa yg pompuan tu rasa..

    apa yg ko bleh cuba buat utk memahami situasi: imagine ko berada kat tempat pompuan tu masa tu.. apa perasaan ko kalau ada sorang awek yg ko tak kenal, study course lain, n tiba2 satu hari dia tangkap syiok gila2 kat ko.. stalk ko, kasi ko teddy bear n segalabagai hadiah2 'romantik' yg lain, letak pics ko kat desktop laptop dia, kasi heboh kat kawan2 dia yg ko pakwe dia.. n ko pun cuba la kenali dia n berkawan ngan dia, tp apakan daya, jiwa ko mmg reject dia abis2, tengok muka n pe'el dia pon ko rasa mcm nak kasi penampar.. bleh ke ko paksa diri ko utk suka awek tu dlm situasi mcm tu? tak pa takyah jawab soklan tu, ko tanyala diri ko sendiri.. ko akan mendapati yg jiwa n otak ko adalah 2 entiti yg berbeza, 'mereka' selalunya tidak bersependapat dalam banyak hal.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon link video 3gp.....bosan la dengar lagu2 jepun.....

      Padam
    2. sokong...mmg sounds creepy...
      bertindak secara normal sudah...
      hati tak leh nak dipaksa
      =)

      Padam
    3. atleast he gave some effort to get what he want. just he have no luck.

      Padam
    4. Tapi kalau Jiwa dan Otak sependapat tentu besh lebih-lebih lagi orang yang kita suka pon sama.. argh sweet :)

      Tapi macam citer cinderella pulak.. eh ada ke? erk..

      Padam
  12. Selalu kena macam tu, I pun rimas. Eeeiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mariam_vs_mat_rempit.3gp

      Padam
    2. Apa ko merepek ni Syaitonnnn.

      Padam
  13. so, kesimpulannya, kapel hanya membuang masa.....macam aku yg komen kat blog ni, last2 x dapat apa2 pun.....sekadar untuk mengisi masa terluang.......sekian. terima kasih.

    "1Malaysia. Janji Ditepati"

    BalasPadam
  14. Tpi ader ker perempuan kt lelaki cam tu?

    Hurm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Tapi ader ker perempuan buat perangai kt lelaki cam tu?


      Sorry ngantuk teruk. =.="

      Padam
    2. Ada lar..
      kalau tak takda la orang buat dalam cerita melayu :P

      Padam
    3. ade je.. aku dulu suka gak diam2 kat tunang aku masa sekolah, boleh kata aku stalk dia la jugak, bagi coklat etc tapi as secret admire. tapi sampai abes sekolah x confess kat dia, x berani.

      after 10 years jumpa balik and alhamdulillah this time it works

      Padam
    4. wah hime, romantiknya..jodoh lah katakan..tuhan dan tulis jodoh kita masa 4 bln lagi dlm kandungan ibu..so kalau dah jodoh tu tak kemana..

      Padam
    5. lol ayat "jodoh kita" lain macam je..what I mean was "jodoh manusia"

      Padam
    6. amin.. tapi between those years ade la gak series of heartbreaks sebelum jupe dia balik. in some way mende tu bole mengajar kita untuk lebih hargai hubungan.

      Padam
  15. Balasan
    1. saiko tu apa?? boleh tulis betul2 x??? benci la baca perkataan sial mcam ni.....merosakkan bahasa je.....

      Padam
    2. Saiko tu adik kepada Jaiko adik kepada Giant. Batak lah ko ni.

      Padam
  16. Normal lah tu..kalau laki ni biasanya fikir 1 benda je iaitu perempuan,sbb tu berlebih-lebihan, perempuan pulak ada 8 benda lain lagi nak fikir selain lelaki..

    Tapi agak cliche yg dlm niat atau pemikiran lelaki nak mengorat ni tujuan nak couple je memanjang, dah tau couple tu tak leh tapi berusaha jg segala bagai..kalau tak dpt tu frust bagai nak masuk kubur..tapi mereka tak tau yg Tuhan tak meredhai perbuatan mereka kerana sayangkan mereka..

    anyway jauhi zina

    BalasPadam
  17. tulah, bodoh namanya tu.....berusaha untuk mendapatkan dosa.......kan bagus klau berusaha untuk dapatkan pahala....

    Kapel=maksiat+dosa+buang masa+buang tenaga+buang duit.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan bagus klau pengorbanan tu kita lakukan untuk family kita, ibu bapa kita, adik beradik kita......ini tidak, untuk awek/boipren sanggup beli hadiah mahal gile....kat ibu bapa atau adik beradik bagi yg murah je.....padahal nanti awek/boipren ko tu tinggalkan ko jugak.....ibu bapa dan adik beradik xkan tinggalkan ko....klau gaduh pun, sekejap je.....air dicincang tidak akan putus........



      Kepada yg sedang dan akan berkapel, sila renungkan komen aku ni......terima kasih.

      Padam
    2. diamla pukimak.komen mcm celaka ada hati nk nasihat org.ko lah org plg bangsat pernah aku jumpa.ludah sekali atas muka kau puuuuuuiiihhhhhhhhh.

      Padam
  18. haha.. takut. salu larikkan diri mcm perempuan dlm watak tu.. bukan sbb lelaki yg sanggup belanja berger special tiap-tiap mlm tu tak ensem, tapi masa tu fikir nak belajar dan grad dgn jayanya..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngaku je la, pompuan memang x suka lelaki yg x ensem.....

      pompuan sangat mementingkan rupa paras dalam mencari jodoh...yg x ensem tapi baik mmg sah2 kena reject awal2......yg hensem wlau jahat macam mana sekalipun akan menjadi pilihan hati.....sanggup kena dera hari2 asalkan suami muka hensem....

      Padam
    2. haha..hensem tu subjektif.. ;)

      Padam
  19. skandalxxx @ ahmad @ xxxsayapcinta, please behave.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh sama lah kita ahmad..macam beruk..lol

      Padam
    2. Beruk dah betukar jd panda. yg sorang lagi tu masih kekal, ayat sama. name user je lain. nama lain2 ip adress tetap sama. byk komen aku dlm ni selain name user yg ori. sekian.

      - tgh mlm-

      Padam
    3. kadang2 tengok ayat yg ditaip pun dah leh tau siapa pengkomennya..tak perlu nak trace2 ip addrs

      Padam
    4. tanpa nama pun kena behave jugak. komen ada yg macam xde tamadun.

      Padam
    5. tanpa nama memang ada yg komen mcm xde tamadun dan ramai jugak yg komen ok je.tapi ahmad memang sah2 xde tamadun dan komen dia lebih banyak daripda tanpa nama.

      Padam
    6. tapi tanpa nama selalunya klakar..

      Padam
    7. Klakar taik anjing ko.

      Padam
  20. Sebagai penutup, kita sebagai rakyat malaysia harus berterima kasih kepada kerajaan BN atas usaha kerajaan BN untuk memastikan kita dapat hidup secara harmoni dan bahagia.......terima kasih dato seri Najib Razak......kami semua rakyat malaysia sangat menyayangimu.....

    "1Malaysia. Janji Ditepati"

    "TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL"

    BalasPadam
    Balasan

    1. Sama2 syg. anda adalah macai sejati. meh sini dkt mama. mama nak pluk mcm pluk chong wei.

      Padam
  21. Biasa la Noob ianya suatu tindakbalas kimia yang menghasilkan emosi yang kita pangil Cinta/Kasih/Sayang

    Tindakbalas kimia ni ada tahapnya, kalau terlalu kuat kita akan sangup buat apa saja dan hidup seolah-olah tidak bermakna tanpa si dia.

    Sebagai manusia normal aku juga pernah mengalami situasi begini dan yang aku sedar ianya suatu yang sukar untuk dimergertikan, kenapa kita hanya suka kat orang tu dan kenapa kadang kita suka sangat-sangat kat orang tu berbanding orang lain.

    Tindakbalas yang sama dikedua pihak yang biasa kita sebut chemestry ;) yang ni timbul kasih sayang menyayangi.. Kalau hanya disebelah pihak yang ini orang sebuk bertepuk sebelah tangan :)

    Tidak semua dan biasanya kita tak dapat pon orang yang paling paling kita sayang? Kenapa? Kerana rasa dan emosi kasih/sayang/cinta itu adalah suatu untuk menguji kita mematangkan kita dan suatu yang tuhan beri untuk kita supaya kita sedar akan Dia yang maha pencipta.

    Ingatlah kalau kita sangup dan boleh buat apasaja untuk kekasih hati kita, fikirkan bagaimana kasih kita kepada pencipta kita yang memberi kita hidup didunia ini. Apa yang telah kita buat dan lakukan untuk Dia? Bagaimana untuk kita salurkan rasa kita untuk Dia?

    Tuhan beri/uji sesuatu untuk kita ingat akan Dia. Semoga ianya akan lebih mendekatkan kita kepadaNya.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  22. rasanya creepy kot. merimaskan kalau keterlaluan macam tu.

    BalasPadam
  23. bagi saya,mgkn lelaki cmni,dia betoi2 nk kat org perempuan tu,jadi dia usaha la sedayanya..kalau perempuan tu trima,mgkin dia leh la kurgkn usaha dia tu tp ttp romantik dgn cara lain pulak....
    mungkin dia juga akan terus setia kpd perempuan yg dia usaha nk tackle tu sbb mcm2 usaha dia buat.MAYBE terus ajak kawen??hehehe....Tingat kat sorg kawan baik aku.Dia sangat stia.Akhirnya berkahwin.Semoga berbahagia selamanya my fren..

    BalasPadam
  24. Best betul ye topik cintan cintun ni..byk je komen2 terutama dari akuskandal..

    Tapi yg best nye masa si Tsara umur 13 thn tu cakap pasal couple byk pulak yg bash ni cukup2..

    *membuat aku terfikir, apakah prinsip kita sebenar berkenaan cinta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. typo: yg bash dia cukup2

      Padam
    2. Komen aku skandal tak boleh pakai. Skandal byk berani suruh org jgn wat dosa. blahh la weii. cermin diri tu sikit. ko pun sama beruk.. jgn igt kitaorg xtau komen korang dkt aku stressgiler. melucah je keja. puiihh.

      Padam
    3. klau tnya aku, aku x tau....sebab aku manusia yg xda prinsip dan xda haluan hidup......masa depan aku gelap bagaikan angkasaraya.....tapi yg aku tau, percintaan antara suami isteri perlukan persefahaman dan toleransi serta kesabaran......

      Padam
    4. sibuk la anon sial ni.....

      Padam
    5. Anon kacak = aku skandal?...hahaha..

      tak, maksud aku..dlm video Tsara tu smua bash dia sbb cakap pasal couple, maka byk lah yg condemn dia dn cakap couple tu haram..tapi aku just assuming kalau cakap pasal awek, balak, bf, gf,cinta dll mesti yg condemn ni lupa atau buat2 lupa yg couple tu haram..so mana satu prinsip yg betui? ataupun kita (manusia) mmg senang sgt nak nampak salah org tapi salah diri ada pulak alasannya..doublestandard?

      Padam
    6. tipu lah ko akuskandal tak da haluan hidup..adakah mungkin tuhan tersalah cipta kau?

      Padam
    7. akuskandal@ahmad bukannya tuhan tersalah cipta.tapi dia memesongkan ape yg diciptakan tuhan.Inilah akibat mengkhatam kitab kerajaan jilat tapak kaki yg dicipta oleh saudara zack.saudara2 sekalian,jauhilah perkara2 yg menyesatkan.tgk aje lah hasil akibat membaca kitab tersebut.

      Padam
  25. aku sbg seorg pmpuan pnah cube untuk mgorat lelaki yg aku minat..
    dia mmg ade ciri2 sejati untuk menjadi suami.. hanya sbb itu.. ni cite mase time study dulu laa... lama jga la aku suka kt dia.. lebih kurang dlm 3 thn.. die wat aku mcm nak tak nak je.. bile die nak pinjam brg ke nk jawapan test ke mintak tolong ape2 ke..baru cari aku.. sume aku tolong.. sbb aku ingat die suka kt aku jga.. pastu boley plak bile ade annual dinner je.. die ajak nk tgkap gmba ngan aku.. smpai ramai membe2 aku ckp yg die mmg suke kt aku laa..jd aku jd sgt perasan gile.. sbb ingat die mmg suke kt aku.. at last member aku suh la aku ckp kt die yg aku mmg suka kt die.. tp die rejek aku.. gile frust aku dlm bpe bln..

    kenape la ade laki akan wat pmpuan perasan kt die dalam tempoh yg agak lama.. mmg aku rase bodoh dulu.. tapi skarang aku dapat yg lebih baik.. aku sangat bersyukur.. yg die plak masih single lagi.. pstu sibuk2 nk col2 aku lg.. aku mmg tak layan laa..
    mmg byk hikmahnye sume yg berlaku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua orang jelas tentang perasaannya dan juga dapat menilai

      Tu orang cakap kawinla dengan orang yang sayang kita jangan kawin dengan orang yang kita sayang tapi dia tak sayang kita :)


      Padam
  26. mgkin ade yg ckp kat pompuan tu "tu la dulu ade org nak xnak layan,tgok die dh kawen skang, kau ape ade?" haa maksudnya betullah jodoh laki tu dgn org lain.kalau pompuan tu layan pun, mmg bkn jodoh diorang.cuma jodoh laki tu dtg terlebih dhulu brbanding pompuan tu.kalau aku sbg pompuan tu pon akn brasa sdkit rimas dgn prbuatan laki trsbut.kalau suka, dtg cara elok2, tgur ke borak2 dulu ke,msg2 tpon2 xyah lagi.tgok mcm mana ok x mula2 tu.kalau rase serasi barulah kawan lebih rapat dan seterusnyalah.sbnarnya ape yg laki tu buat sweet tp lbih sweet lagi kalau antara diorang dah mmg brcinta.

    BalasPadam
  27. Balasan
    1. wahai perempuan itu sweet!

      Padam
    2. nazha anua ni pompuan rupenyer...

      Padam
  28. Romantik jgk..tp ada ka lg lelaki yg snggup wat cmni?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke Noob cerita tu kawan dia lelaki?

      Padam
    2. ada lelaki tu buat camtu..lepas tu habis madu sepah dibuang ....yg merana pompuan gak...

      Padam
  29. apa yg menariknya disini,kita semua tahu noob masih solo dan sedang mencari jodohnya.Sementara semua cerita cinta yg noob post berkaitan dengan kisah kawannya atau org yg dia kenal.Jadi,aku teringin nak dgr kisah noob sendiri.cube cerita sikit kisah paling tragis bila kau mengayat awek tapi tak dapat2.bukan ape,aku cuma confuse kalau kau asyik cakap yg semua tu kisah kawan kau,tapi sebenarnya itulah kisah yg terjadi kat diri kau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ironi. mungkin juga. diversion trick untuk meluahkan pengalaman sendiri.

      Padam
    2. mungkin tidak, noob ni aku tau muka tembok, selalu mencarut sambil tiggalkan link blog kat blog org lain tanpa rasa bersalah.

      Padam
    3. baca la post2 dia yg lepas, sedikit sebanyak ada la cerita tentang pengalaman hidup beliau...

      Padam
    4. Kalau baca kisah awek arked tu Noob yang diceritakan di atas barangkali bukan Noob :)

      Padam
    5. haha..kejam kau ni panda.sampai ati kau ckap noob muka tembok.tapi menarik jugak,noob..citer la pengalaman kau pulak.pengajaran pe yg kau dapat dari pengalaman sendiri.tak mau la asyik pengalaman org je.tak kan kau nak cakap kau tak penah mengayat awek.kalau memang cmtu,logik la kau solo lagi,kalau stakat nak tgu awek yg datang merayu kau jadi pakwe dia.

      Padam
    6. aku tak seromantik atau secreepy itu, tapi sapa jadi bini aku nescaya aku akan jaga dan setia sampai aku mati selagi dia menyayangi dan taat padaku.

      Padam
    7. hidup brader noob!

      Padam
    8. hidup noob, namun lagi 3 kuota harus dipenuhi juga..

      Padam
  30. senang je. kalau minah tu memang suka kat mamat tu, segala perbuatan dia jadik romantik. kalo x suka, jadik la creepy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agreed :)
      Same goes to man kalau suka awek macamna buruk perangai atau gedik pon ok je :D

      Padam
  31. Aku penah jadi macam laki tu, sbb minat tp kene reject sbb mamat tu ada gf.. frustjugak...

    Skang org len plak buat kat aku, tapi aku cakap awal2 dan baik2 la, sbb nak jaga hati bile kene reject.

    dua dua pihak jangan duk simpan2 perasaan lama2 suka atau tak atau terima ke tak...cepat2 jer bagitau perassan korang, setle masalah cintan cintun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sila luahkan sebelum parah

      Memendam perasaan lama-lama ianya akan terus mekar dan berkembang dan amat perit dan sakit nak membuangnya.

      ~ yang pernah terluka

      Padam
    2. woi, tu bukan aku la.....

      Padam
  32. Aku pulak top komentar #tetibe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggu kebangkitan aku untuk merampas takhta liga buasirotak.....

      Padam
  33. creepy kot... tapi kalo si lelaki tu memang dijodohkan untuk kamu benda creepy pun boleh jadi romantik kan...

    BalasPadam
  34. masa zaman skolah dulu,ak dengan sorang kawan aku ni,minat kat pompuan yang sama..tapi ak tahap secret admirer je,ak bg coklat yang kena bayar contoh cam ari frenship..tapi yang seronoknya,ak tak keluar duit satu sen,membe2 aku yang kuar duit sapot,terharu ak dgn kawan2 ak masa tu...hahaha..last2 ak confess gak kat die,tapi die cakap die anggap ak sebagai kawan je..sob4. berbalik pada membee ak ni,die lagi advance dari ak anta coklat mahal2,duk kat luar kelas ak,pastu nyanyi lagu cinta,depan ramai2 orang,pastu anta surat cinta yang berbentuk puisi,tapi pompuan tu tak sentuh pun,last2 budak2 kelas ak yg baca...hahaha...hampir tiap2 minggu die anta surat cinta,tapi kejadian paling ak takleh lupakan die nak terjun dari tingkat 3,masa tu die dah duk kat atas tembok nak terjun,nasib baik de sorg kawn ak ni tarik die,suh ngucap,cuak gak ak masa tu kalau die mati depan ak,tak pasal2 ak kena duk lokap. itu kisah masa form 3,setelah masuk form 5 plak die de minat budak pompuan lain plak,die wat benda yang sama,cuma peristiwa yang ak takleh lupa,die sumpah atas Al-Quran,bahawasanya die tidak akan sesekali meninggalkan pompuan tu,ak tgk muka pompuan tu dah macam serba salah,malu pun de,mungkin masa tu dalam kelas semua student tengok. Yang menariknya die dapat gak couple dengan dak tu,tapi pompuan tu mintak clash,sebab die terlalu mengongkong.. Untuk habiskan cerita,kawan lelaki ak tu dah kerja dan kawin skang,pompuan yang kiteorg usha masa form 3 tengah wat master kat jepun,pompuan yang die pernah couple masa form 5 tu skang duk umah de masalah mental,dengar kata buatan orang..wallahu a'alam. paling best,ak still belajar lagi dan forever alone...........

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu....terharu.......jom geng ngan aku....aku pun poreberalon.....

      Padam
    2. paling best aku pun still belajar lagi,awek aku dah keje dan tua daripda aku.Maka dia banyak sponser aku.yehaaa!

      Padam
    3. fuu. panjang history zaman skolah ko. aku zaman skola tak tahu nak jatuh cinta lagi. mungkin bz dengan life aku main game n as a gundamfag, aku terlupa nk ngorat budak ppuan. tapi bila aku masuk u 1st time aku jatuh cinta n itulah kali pertama aku kapel. btw taklah teruk sangat kena piss off dengan ppuan. atleast aku hilang sorang puan yang aku suka tapi allah ganti dengan anugerahkan aku kerja dan scholarship. serta seorang ibu yang sangat menyayangi aku. now aku tengah ikut nasihat otai lama. focus kepada root problem. ada duit, boleh jer nak dapat ppuan. money can buy many thing yo! no worried.

      Padam
    4. many 'things' la, plural and singular pon tunggang langgang, kau buat master in bahasa melayu ke? ni je ke taraf UM? puiii...

      Padam
    5. oh and no 'worries', bukan no worried.. nnt nak hantar research draft better kau cari proof reader and editor yg power, bayar mahal skit kat dia sbb mmg tunggang langgang bahasa kau ni...

      - hot grammar police

      Padam
    6. anon 27 dis 3:52ptg yg cakap "paling best aku pun still belajar lagi,awek aku dah keje dan tua daripda aku.Maka dia banyak sponser aku.yehaaa!"..

      ni contoh jantan yg mata duitan, x malu makan duit pompuan.. sape ckp pompuan je mata duitan? jantan mata duitan makin ramai skang nih, maruah dan otak letak kat lubang bontot.. agaknya nnt kawin apa jadi kat bini dia? mampos keje mcm nak mati duit kasi ke laki buat main game kat arcade...

      setat azha idruh ckp lelaki haram mintak duit kat bini, bini pulak mmg patut dpt duit dari laki dia.. jgn tggu smpai bini mintak duit dari laki, laki sendiri kena peka dan sentiasa bagi duit kat bini.. setat azha yg kabo deh, bukan ambo yg reke cite..

      Padam
  35. Pada asalnya romantik. Tapi dia seolah memaksa. Itu pendapat saya lah pasal tak ada pengalaman kena ngurat ni.. hahaa

    BalasPadam
  36. Kapel zaman sekolah adalah xbleh blah + noharoomm + supervangang. sia2 je mak.bapak bg duit sapot. sama gak dkt ipt. duit loan kerajaan suh byr yuran bli buku guna utk blanja awek. las2 awek kemana blajar ntah kemana.

    BalasPadam
  37. entah la..akak x pernah rasa nf akak romantik...baran ada la...

    BalasPadam
  38. Mcm citer sendiri. Tapi tak la teruk sgt mcm tu.. I just ignored coz im too shy plus time tu nak SPM but now dia dh kawen and im still single.
    Its ok la im still happy with my life :D. Jodoh ajal maut ketentuan Tuhan. Bersangka baik je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah,nak wat cmner.bukan tiap2 hari de org akan luahkan cinta dia kat kita.sekali dtg,bila kita tolak..ambil masa yg sngt lama untuk ada org lain muncul.perempuan harap laki mcm aaron aziz jadi suami,laki pulak harap prmpuan mcm lisa surihani jadi bini.last skali,hensem ketepi..yg kaya jadi keutamaan.yg cntik hanya sekadar cntik..maka kembali kepada yg pandai jaga suami.maka terjadilah poligami,rumah tangga tak bahagia,isteri curang,suami main kayu tiga.pendek kata,cermin diri sendiri dulu.kalau muka berjerawat,memasak tak pandai,perangai tak elok,solat tak jaga..jgn la impikan putera atau puteri yg sempurna dari segala segi.

      Padam
    2. Yeah right. Apapun back to Quran. Yang lain2 leave it to God.

      Padam
  39. Aiman xkisa
    Ade brader gay tu buat Aiman camniler, siap bagi kasut New Balance lagi harga RM420.00. Nasib baik Aiman xterpedaya, kalau idak bobosler bontot Aiman yang suci ni. Skang Aiman tengah usha sorang awek nie. Dia ni jenis muslimah tudung labuh siap stokin & sarung tangan....

    BalasPadam
  40. Biasa la tu Naruto suka Sakura, tapi Sakura suka pulak Sasuke.. dalam pada itu Hinata suka kat Naurto heh..
    Macam tu la kehidupan..

    Sayangi orang yang sayangkan kamu sebelum mereka hilang dari sisi kamu..
    terutama Ibu Bapa Kamu..


    BalasPadam
    Balasan
    1. ya,tapi sekarang naruto sudah mula membalas cinta hinata.sakura hanya layak masuk group frenzone.sakura takde function langsung untuk kemajuan naruto.hinata dah berkali-kali sanggup berkorban untuk naruto.

      Padam
    2. takpe sakura ada rock lee.. hahahaahaha

      Padam
  41. kalau de chance ntuk suka lelaki tu, jadilah romantik. kalau memang no chance ntuk suka lelaki tu maka jadilah ia creepy. serious.

    BalasPadam
  42. satu bende yang aku sedar bila suka orang, MAKIN KITA TUNJUK KITA SAYANG GILA BABENG, MAKINLAH DIA RIMAS.. SO baik tunjuk sayang berpada-pada .. elakkan pembaziran .. HAHA

    BalasPadam
  43. bg annur romantik perlu,tapi jgn berlebihan,kalau tak da hilang serinya...

    BalasPadam
  44. bagi dari pengalaman aku. aku pun pernah gak wat mcm tu..xla seekstrem member ko tu. bila aku dapat tau dia cuma anggap aku kawan jer dan cakap kami berdua x sesuai jadi couple. aku give up...mlas nak buang byk masa lagi.

    BalasPadam
  45. Aku memang anti dengan awek melayu. Tak tahu la kenapa, dorang tak ada pun buat masalah dengan aku. Aku cuma tak suka dengan lambakkan awek melayu yang majoritinya bangang. Bangang bukan dari aspek pembelajaran, tapi dari segi pemikiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah!yela tu.ko tak payah nak propa,wujudkan agenda yg tak wujud hanya sebab ko ade sejarah hitam dengan awek melayu (selalu kena reject la kot).Ko tu jiwa dengan akal biar waras.jgn ko pandai2 nak letak fakta atas dasar pemikiran ko yg tak waras.tak de punya perempuan melayu bangang,yg lain tak bangang.laki,pmpn,melayu,cina,india,org barat ke,jepun ke,mana2 negara ke..de je yg bangang.aku rasa ko ni zack la.btul tak?

      Padam
    2. Haha zack menyamar sbg anon. zack memang terkenal dgn sikap antinya dan suka provoke org. So xpelik la

      Padam
    3. memang si zack pun,mamat ni memang logik membenci semua benda.timbulkan provokasi je keje.jiwa kacau.tak abih2 dengan idea dia provoke org lain.busuk hati tul.

      Padam
    4. Awek melayu bangang!
      Awek melayu bangang!
      Awek melayu bangang!

      Aku bukan zack, kesian die kena fitnah. Bangang betul korang ni.

      Padam
    5. kalau ko bukan zack,ko ni mesti ahli kitab kerajaan jilat tapak kaki.sorang lagi penganut ajaran tu selain ahmad.kesian,rosak2 semua perangai.perangai tok guru (zack) dengan anak murid sama je.kena report kat jabatan agama ni..

      Padam
    6. Kau down ke? haha. Aku lone ranger, tak terikat dengan mana-mana kerajaan bangang yang kau tuliskan. Pandangan orang je suka-suka kau labelkan sebagai rosak kan. Kau ni mesti salah seorang dari lambakkan awek melayu yang bangang.

      Padam
    7. lone ranger tu memang sah2 la.org mcm kau memang tak de org nak kwan.g mati la bro,menyusahkan mak kau je

      Padam
    8. Kahkahkah. Bestnye bestnye bestnye!

      Bangang!

      Padam
  46. antara benda mengarut aku pernah buat masa kapel dulu aku kept waiting depan parking block ppuan 12th college tunggu awek aku turun dari bilik dia. masa tu kami gaduh. so aku yang masih ala ala kebudakan buat perangai. dia tak nak turun jumpa aku. aku stay kat padang rumput tepi court futsal bertentangan bilik dia. time tu kami baru pas kuliah lebih kurang pukul 10am. aku tunggu hampir nak asar. baru dia turun. 2nd time aku buat cmni gak. kami gaduh then aku paksa dia jumpa aku. btw masa aku paksa dia tgh bertugas untuk feskum(budak um tahu program ni). skali lagi dia mengalah. tinggal kerja dia demi nk jumpa aku. roomate dia pun rasa annoying dengan cara aku layan bekas awek aku tu. tapi ada jugak benda sweet aku pernah buat. aku masak tomyam untuk dia. aku suprise besday dia depan blok dia. dia bawa aku dinner dgn famili dia. aku ajar dia drive keta sampai dapat lesen. 1st time aku dpt dekan sama2 dgn dia.aku 3.78. dia 3.77. kami partner assignemnt sampai my old professor tahu hubungan kami dan selalu tanya aku kad kenduri. now kalau jumpa ex lecturer aku, aku jadi segan sebab kami x kawin pun. dan banyak lagilah yang aku buat yg tak boleh aku citer kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. *muntah hijau*

      Padam
    2. kalau aku buat post pasal kisah aku dulu, bukan muntah hijau jer, cirit birit korang baca.

      Padam
    3. Muntah darah terkeluar isi perut.

      Padam
    4. Kalau kau setempat dengan aku, memang hari-hari la kau kena bahan.

      Padam
  47. Rasanya ikut jenis perempuan kot. kalau pada pandangan saya macam creepy pula kalau over sangat. Berpada-pada lah...Tapi kalau mamat melayu memang cair kot. =P Hahaaaaa Pelik sebab minat dengan mamat melayu, XD

    BalasPadam
  48. kalau kita suka lelaki tu.. memang romantik sangat. tapi kalau kita tak suka lelaki tu.. mesti rasa rimas.

    BalasPadam
  49. ~~ aku x suke lelaki yg mcm ko crite tu PON...serius RIMAS...lbeh suke lelaki yg rilex n cool x menggelabah...hehehe...klau tarikh tertentu nk romantik2 boleh ler...tp klau da ari2..mau aku ckp cmni "kau nampak itu pintu besar, sila berambos"...hahaha..;p

    BalasPadam
  50. Kalau perempuan tu suka, dia akan anggap kawan PN romantik, tapi kalau tak, dia akan anggap creepy.

    BalasPadam
  51. zaman bujang dulu ade jugak beberape org awek yang aku mengorat.tak kira la aku cuba seromantik yg mungkin,tapi asyik tak dapat.alasannya sebab aku takde duit dan tak hensem.tapi sekarang bila aku dah de keje elok,dah kawin,pakai smart2,siap dah ade sorang anak..ade pmpn2 yg aku pernah ngorat dulu dtg tergedik-gedik nak baik dengan aku,ayat punya la manis,puji mcm2.natang sungguh.dulu kutuk2 aku,skrang aku dah bahagia dengan bini aku..mula la dtg nak kacau rumahtangga aku.yg jadi mangsanye aku.bini dok syak bukan2.nak je aku pelempang pmpuan2 murahan tu.dulu aku pakai kapcai..mentah2 kutuk aku tak hensem la,pokai la.skarang dah pakai kete besa,berduit..dtg menempel mcm pelacur.haktuihh!.

    BalasPadam
  52. Bagi aku, ianya memang creepy especially time tak ada hubungan pape, tetapi ia akan jadi amat romantik bila dah ada ada hubungan perkahwinan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.