Halaman

Rabu, 26 Disember 2012

Segmen Jom Main Game - Street Fighter x Mega Man

Rata2 orang lelaki yang lahir pada tahun 80-an atau 80's kids mesti pernah main game konsol Nintendo 8-bit atau yang glamer kat Malaysia dulu Micro Genius pakai cartridge game besar gedabak siap ada 1000 in 1 tapi game2 dalam tu sama je, level je lain2. Dan rata2 yang pernah main game lapan bit ni mesti pernah main game Mega Man. Street Fighter tu tak payah cerita la, kaki lumba kuda kat arcade haram mesti tau punya. Setelah 25 tahun kemunculan game Mega Man dan Street Fighter, seorang peminat game dari Singapura iaitu Seow Zong Hui telah membangunkan sebuah game crossover kedua game ini bertajuk Street Fighter x Megaman dengan support dari Capcom.



Mega Man memang antara game kegemaran aku ejak dulu, aku dah pernah main siri Mega Man dari 1 - 6 (NES), Mega Man 7 (SNES) dan Mega Man 8 (Playstation), manakala siri Mega Man X - X3 (SNES), Mega Man X4 -  X6 (Playstation) dan Mega Man X7 - X8 (PS2). Street Fighter pulak dah banyak sangat siri dia aku main dari kat console sampailah ke arcade. So bila keluar game crossover ni aku memang agak teruja.


Game ni dia dibangunkan dalam format 8-bit macam game Mega Man awal2 kat konsol NES, so semua karakter Street Fighter pun dalam 8-bit juga! So bagi old-school gamer macam aku, game ni memang sangat menimbulkan nostalgia zaman aku kanak2 dulu, sangat klasik dengan grafik dan soundtrack 8-bit. Tapi kalau gamer2 baru mungkin cakap apa grafik dengan bunyi dia cam nakharom ni, dah la susah cam gampang, save point pun takde. Gila kau, masa main game dulu2 boleh ke save2? Game Mario, Contra semua tu mana ada save point beb.



Dan yang paling penting, korang tak payah keluar satu sen pun untuk main game ni sebab ia boleh di download secara FREE a.k.a PERCUMA kat PC korang. Setakat ini game ni hanya untuk platform Windows sahaja, belum ada untuk versi Mac, Linux atau smartphone Android, Apple mahupun Blackberry.



Korang boleh download kat www.capcom-unity.com ni, tapi dalam beberapa hari ni tak boleh nak download kat situ, server diorang jadi berat sangat sebab ramai yang download, so diorang pindahkan kat download.cnet.com.

Sambil2 tu jom layan trailer game Street Fighter X Mega Man.


Dan karakter yang paling menjadi kegemaran aku sepanjang zaman adalah Zero dari siri Mega Man X yang sangat cool dan badass.





tags: game street fighter x mega man vs capcom download free percuma muat turun review preview trailer teaser cheat hack blue bomber rockman x zero ash dr wily light roll list robot master nintendo nes super snes playstation ps psone ps2 ps3 wii windows pc version character karakter ryu chun li dhalsim blanka rolento urien rose c. viper hadoken power weakness special moves segmen jom main game

23 ulasan:

  1. Bhai Noob...

    Pergh... lama tak main game camnie... best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Game ini juga merupakan agenda, propaganda, fitnah jahat dan konspirasi UMNO-BN untuk menjatuhkan karier politik saya anak beranak..

      Padam
    2. Sejak ada android..games camni dh kureng sambutan.BANkami

      Padam
    3. Anwar dah lah tu. Meh balik..

      Padam
    4. game free camnie best main kat opis...

      Padam
  2. Street Fighter Rock.. Mortal kombat ade?

    BalasPadam
  3. Mahal game ni..aku duduk kampung tak reti pun nak main..nasib baik ada jiran beli, bolehlah tumpang2 main contra:)

    BalasPadam
  4. Sayangnya Megaman dah ditamatkan riwayatnya 2 tahun lepas secara rasmi. Salute.

    Btw, aku rasa blog ni lama2 top 1 Malaya la mcm blog Obe.

    BalasPadam
  5. wahaha ya nostalgia la, dulu masa skolah rendah main game mario, connect game console yg mmg primitif n simple tu kat tv, pehtu main ngan cousins.. heheh best la zaman tu XD

    BalasPadam
  6. Wa main mario x penah abis sebab xder save point.

    BalasPadam
  7. Aku tak ada pun main game macam ni. Dulu kecik-kecik, aku selalu main teng teng, batu seremban.

    Tapi, Syukur, sekarang mak aku dah belikan X-box kat aku.

    BalasPadam
  8. korang main disket game 1000in1 memang la takda save point. psone ada jer memory kad untuk save. hehe

    btw in memang nostalgia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Korang semua ada nostalgia yang tak sihat.

      Padam
  9. Aku penah men game ni sampai gado dengan kawan satu rumah tu klau berkumpul penuh dan kecoh naik pening mak kawan aku tengok ikikikikik itu dulu masih kecik.....

    BreakingTheMysteries :WANITA DALAM PELACURAN TENTERA JEPUN

    BalasPadam
  10. noob, ko pernah main game cowboy dalam console brand casio tak? ala ala game boy. hehe. sape pernah main casio console ni betul2 otai lah. old school punya console. boleh duduk sebaris dengan atari dengan dreamcast. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. game cowboy console brand casio? game watch macam ni ke http://www.mudah.my/WESTERN+BAR+CASIO+Game+Watch+1984+CG300+Rare-11567349.htm? yg casio tu tak pernah la main tapi game watch lain tu berlambak la dulu main terutama masa baru lepas bersunat masa dalam pantang main game watch je la aku.

      Padam
    2. a'ah betulah tu. lupa plak nama dia western bar. sebelum aku kenal gameboy game casio ni lah aku main.

      Padam
    3. aku donlod dah..tapi belum main lagi heh heh..kayanya kamu orang..
      aku nak main brick game abang aku pun rebut rebut

      Padam
  11. Admin. .try main game megaman zero (gameboy advance) aest and sedih la gak. .masa tu zero ngn megaman dh mati. .zero dhidupkan balik. .T.T

    BalasPadam
  12. Wonderful blog! I found it while searching on Yahoo News.
    Do you have any tips on how to get listed in Yahoo News?
    I've been trying for a while but I never seem to get there! Appreciate it

    Here is my blog post ... Online Batman Games

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.